webnovel

Bab 3

"Aduh.... kenapalah aku boleh langgar dia. Ha , tu pun nasib baik terlanggar jer. kalau terpeluk macam mana? aduh.... malunya.... Ni semua sebab Aisyah. Manalah perginya budak ni. Eeeee...malunya..." Sumaiyah mengomel sendiri. Habis disalahkan si Aisyah tu. Padahal yang bagi idea tu dia. Haihh apa nak jadilah aku ni.

" Hahahha!!!Akak. Kau pergi mana dowh, aku cari kau dari tadi tak jumpa. kau dah habis beli ke barang kau tu.?" Soal Aisyah yang datang entah dari mana pun Sumaiyah tak tahu. Yang dia tahu dia sangat geram dengan Aisyah sebab terkejut kan dia. " Kurang ajar punya adikkk! terkejut aku tahu. Hmm, dah. Dah siap dah. Kau dah beli ke belum barang yang aku minta kau beli tuu?" Aku menyoal kembali kepada Aisyah. "Eh mestilah dah.... tengok orang lah..." Balas Aisyah sambil menabik dada berlagak. " Hmm yelah.... jom lah balik aku dah penat lah" Malas aku nak layan perangai budak ni, aku nak balik nak tidur. Lagi best.

Sesampai sahaja di kereta, aku membuka kerata dan memanaskan enjin kereta tersebut. Tiba tiba..." Aisyah aku laparlah.. kau tak lapar ker?" Ngadu aku kepada Aisyah dan bertanyakan kepada dia sama ada dia lapar atau tidak. "Hmm lapar lah juga. Kenapa kau tanya ni kau nak belanja aku ker? kalau kau belanja aku on. No hal lah." Jawapan Aisyah sungguh pedih. Ada hati dia minta aku belanja dia..... Tapi... dia dah tolong aku beli barang. "Ok lah kali ini jer tau lain kali tak boleh" Aku hanya bersetuju sahaja.

" Kau tunggu dalam kereta tau kunci kereta ni nanti lepas aku keluar, bahaya. Faham!" Aku menyoal sedikit tegas. "Ok" Pendek balasan Aisyah tidak ku layan. Yang pasti aku nak cepat untuk makan dan balik rumah. aheheh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aduh... ramainya orang... lambat lagi ker ni..." Rungut aku perlahan. "Hai awak!" Tiba tiba seseorang yang tidak dikenali menegurnya. 'Apa kes dowh' Aku hanya menjeling tanda tidak selesa. " Eh korang, girl ni sombong lah dengan kita. Nak kenal jer sapa nama awak ya? Nama saya Nazim. " Si Nazim ni memperkenalkan dirinya. Tapi aku tetap tidak melayan. Aku buat derrk jer. Selesai membuat bayaran aku terus menuju ke kereta. Tapi kereta aku terletak jauh. So, aku kena jalan jauh lah sikit.

Tengah aku berjalan tiba tiba sekumpulan orang yang tidak dikenali mengelilingi aku. Aku dah cuak habis dah. Umi..... tolong kakak umi... abah.... kakak takut... " Hei cik adik, nak pergi mana tuu, tak nak lepak lepak dulu ker dengan kita orang. hmmmm?" Salah seorang daripada mereka yang hampir sepuluh orang ni bercakap.

"Eh, korang ni sapa ya. Ketepi aku nak lalu. aku nak balik boleh faham tak?" Soal aku dengan bengang yang dah berpenghujung. "Eh ada suara rupanya ya. Ingatkan bisu tadi... Oh asyik nya mendengar suara dia walau dalam keadaan marah....ni buat aku lagi geram...aduhhh!" Sungguh pelik dengan orang yang dipanggil Arif oleh kawan kawannya.

"weih tepi lah!!" Jerit aku sekuat hati. Tanpa keberanian, semua perasaan tak menentu. Takut, sedih dengan nasib diri hari ni, tapi kenapa aku tiba tiba tak berani ya? sedangkan aku ada silat. Lagi satu masalah, silat apa yang aku belajar. Aku pernah belajar itupun tak sampai dua minggu aku dah berhenti belajar. 'Tapi dia orang ramai sangat.... aku tak akan mampu lawan dia orang ni walaupun aku tahu silat ke tekwando ke gusti sekalipun.Aku tak akan mampu'

"Eh, kasar pulak kau yer" Jerkahan dari salah seorang dari mereka mengejutkan aku. "Eh bro jangan kasar ngan dia nanti bos marah, ye tak bos?" Seorang lagi mengusik bos nya pula. ' Anih anih betullah dia orang ni' " Hmm" Ringkas sahaja balasan dari bosnya itu. 'Boslah sangat :| menyampahnya aku '

"Heret dia masuk kereta sekarang!" Arahan yang keluar dari 'bos' mereka itu sungguh mengejutkan aku. 'Masuk kereta.... aku nak kena culik ker?... oh no...' Dua orang kuncu kuncunya memegang tangan aku. Mereka berdua cuba untuk mengheret aku. Untuk mengelakkan diri di heret secepat mungkin, aku hanya mampu melengahkan masa sahaja dengan menjatuhkan tubuh ke atas tanah dan memberatkan badan aku ini. Aku harap ada orang yang lalu sini nanti. Haraplah.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku keluar dari pusat membeli belah. Kaki melangkah, tapi otak dekat orang lain. "Menyesalinya aku parking kereta jauh jauh." Harraz mengomel sendiri. Semakin jauh berjalan dia akhirnya hampir sampai dekat kereta abangnya. Dia berharap abangnya sudah habis dating dengan tunangnya itu.

"Hishhh lepas kan aku lah! Lepaslah, tak faham bahasa ke!? lepaslah. Tolong, tolong, tolong!!!" Jerit Sumaiyah sekuat hati berharap agar ada yang mendengar. Walau dia tahu usahanya itu agak sia sia. Walaupun ada yang mendengar, mereka kadang kadang hanya akan sekadar melihat bukan hendak menolong. " Hoi perempuan diamlah! Bising lah kau ni. sakit telinga aku ni tahu tak! Tutup mulut dia." Ketua mereka mengarahkan agar mulut aku ditutup. Gila ke apa?.

" Eh, suara sapa pula tu. macam pernah dengar saja. Eh, kenapa ramai ramai tu? Ada apa apa ker?" Harraz kepelikan lalu menghampiri sekumpulan lelaki tersebut dan bertanya. " Maaf tumpang tanya, kenapa ramai ramai ni. Ada apa apa masalah ke?" Tiba tiba suasana yang kecoh tadi menjadi sunyi sepi. krik krik, krik krik.

" Aaah, tak ada apa apa. kau menyebuk kenapa. Berambus kau dari sini sekarang. Ini bukannya hal kau." Salah seorang dari mereka menjawab. 'huish kurang ajarnya.... nak aku ajarkan tak. Aku pelajar terbaik dekat sekolah tahu.' " Oh, iya ke. Maafkan saya ya kerana menyebuk" Harraz tetap membalas dengan sopan.

"Harraz tolong!! awak tolong saya awak! Aw....." Dia yang dah masuk sedia di heret masuk ke dalam kereta itu menjengulkan kepalanya untuk memanggil orang yang dia rasa kenal. Dan orang itu adalah Harraz, orang yang dia langgar tadi. Lalu dia berusaha untuk menjerit memanggil Harraz.

" Sumaiyah??" Dia, dia..dia buat apa kat dalam tu. Dia ke yang minta tolong tadi? Tapi apa yang dia orang nak dengan Sumaiyah... "Harraz tolong keluarkan saya dari sini. Tolong saya dia orang nak culik saya.. dia..hmm hm hmm." Harraz cuma mendengar perkataan culik sahaja. yang lain semua bunyi 'hmmm hmmm' sahja. "Maksudnya.... korang nak culik Sumaiyah aku lah ye!" jerkah Harraz kepada mereka.

"Eh memandai jer kau.... kau tu sape tolong pergi sebelum sesuatu yang buruk bakal terjadi kepada engkau." Gertakan salah seorang dari mereka langsung tidak menakutkan Harraz. Harraz terus menuju ke arah letak nya kereta. Dia hanya berjalan bersahaja dengan menjawab. " ok. No problem. Aku pergi." Lelaki yang bernama Arif tadi mengatakan sesuatu kepada Harraz. " Baik kau pergi cepat dari sini kalau tak mati kau aku kerjakan." Ugut dia.

Aduh... Dia betul ke nak biarkan aku kat sini sorang sorang. Umi maafkan Su, umi. Abah, maafkan Su. "Siapa kata aku nak pergi dari sini. Hmm" Soal Harraz sinis. 'Eh bukan tadi dia cakap nak tinggalkan aku ker?' "Kurang ajar, kau main kan kami ya!" Mereka semua mengelilingi Harraz untuk membelasahnya. "Saya cuma berharap yang kamu semua tidak akan menyesal kerana ingin cari fasal dengan saya, ya." Harraz cuma memberi amaran sebelum sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka semua.

" Oh, iya ker? Kau cuba nak pujuk kami untuk mengundur ke?" Arif menyoal dengan berlagak. Sedangkan dia tidak tahu pun nasib yang akan menimpanya jika dia melawan Harraz. " Oh ok, baiklah. Kalau itu yang kamu semua mahukan. Tapi sebelum itu lepaskan dia" Harraz berkata sambil tangan menunjuk ke arah aku.

"Hapuskan dia." Suara beku di sebelahnya mengarahkan untuk menghapuskan Harraz. Oh tidak... mana boleh. Jangan....Tapi... tak sampai sepuluh minit pun tiba tiba pintu disebelahnya terbuka. Takkanlah Harraz dah.... Oh no!!!!

"keluar sekarang!" Aku terkejut bila mana apa yang aku sangka tidak berlaku. Harraz masih hidup! " Kau tunggu perempuan, kali ini kau terlepas lain kali.... kalau aku jumpa kau, kau tahulah akibatnya....Dah, gerak! gerak!. " Lelaki tadi mengugut aku. Dia mengarahkan orang orangnya bergerak pergi. Badan aku menggeletar kerana terlalu takut. Tapi aku cuba untuk tidak menunjukkan yang aku takut. Tapi, orang disebelah aku mengetahuinya terlebih dahulu yang badan aku menggeletar. "Tak payahlah takut...saya yakin yang dia orang tidak akan jumpa awak lagi. Hmm jumlah saya hantar awak ke kereta awak. Awak datang sorang ke?" Pujuk dia. Dia juga bertanya. Ada juga dia menawarkan untuk menghantar aku pulang.

Aku menolak untuk dihantar oleh dia kerana aku datang dengan kakak angkat aku. Dia sedang dating sekarang ni. Maklumlah dah bertunang. Jadi dia hanya menghantar aku ke kereta sahaja. Aku memasuki kereta dan menutup pintu dengan rapat sekali selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Harraz. Dia berharap yang dia tidak akan lagi menyusahkan sesiapa lagi lagi Harraz, orang yang tidak dia kenali.

" Kakak, tu siapa. Boy friend eh...."Aisyah bertanya dan mengusik aku tentang Harraz. "Oh...tu kawan lama akak. kita orang dah lama tak jumpa. last jumpa pun dua tahun lepas... sebab dia dah pindah sekolah. lagi pun kita orang sebaya." Aku menjawab soalan Aisyah dengan menipu sedikit. Sedikit jerr tak banyak pun...sikit jer tipu.. hehehehe.

"Ooo ye ker,ok."Dia berhenti sejenak sebelum menyambung. "Tapi asal lambat sangat. Orang lapar tahu. Borak apalah.. lama sangat macam pergi cari baju pengantin tahu tak! " Marah Aisyah kepada aku. Aku tahu lah aku salah. Karang kalau aku cerita perkara yang tadi berlaku kang.. dia marah pula.

"Alah.. sorry lah tadi borak dengan dia tak perasan pulak lama sangat. Sorry eh?" Pohon aku. Aku tahu ini salah aku. " Oh ya. Ni makanan nya. hmmm mana kak Elisya?"