webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · General
Not enough ratings
37 Chs

Kosong

Zein membuka matanya perlahan-lahan.

Silau cahaya lampu.

Setiap wajah di dalam bilik itu dipandang kosong.

Mereka berpandangan satu sama lain seakan mengerti keadaan Zein.

'Jane' nama yang mula-mula disebutnya.

Mama Zein menghampiri anak lelaki kesayangannya dan mengusap kepala Zein.

"Zein sayang, Zein jangan risau.. Polis kan Ada hm?" pujuk mama Zein.

Zein memandang lama ke arah wajah mamanya.

"Jane ma... Daniel culik Jane. Jane, tinggalkan Zein sebab tak nak Zein kena bunuh Ma! Jane mana ma!" Zein mula bertindak luar kawal apabila menyedari yang wanita kesayangannya di culik.

Mama Zein memeluk tubuhnya erat.

"Zein.. sabar Sayang. Sabar okay? Shhh.." pujuk mama Zein sambil mengusap belakang tubuhnya.

"Jane... Mana awak Jane? Sayang..." raung Zein sambil menutup wajahnya.

Tangisan Zein samakin kuat.

Dia cuba meleraikan pelukan mamanya dan ingin turun dari katil, dia mahu keluar dari bilik itu dan keluar mencari Jane tanpa menghiraukan langsung keadaannya.

Doktor yang merawat Zein masuk bersama dua orang nurse.

Nurse tersebut membantu memegang tubuh Zein.

Doktor tersebut memberikan Zein suntikan 'Ubat penenang'.

Tak lama kemudian Zein semakin senyap dan terlena.

Papa dan adik perempuannya menunduk.

Turut sama bersedih.

Mereka tak pernah melihat Zein sesedih itu.

*Dalam mimpi\semasa tak sedar Zein

*Zein menangis dalam keadaan tidak sedar.

*Kejadian itu seperti berulang kembali.

*Tubuh Zein bergerak-gerak seperti cuba menyelamatkan Jane.

*Tangisan dan raungan Jane ketika dia ditembak Daniel teriang-iang di dalam mimpinya.

(Jane mengeleng kepala berkali-kali dengan tangisan yang semakin kuat'

Jane cuba meredakan keadaan, dia cuba menghalang Daniel daripada bertindak lebih gila. ) - flashback dalam mimpi Zein.

*Tika Jane merayu-rayu untuk menyelamatkan dirinya dari Daniel.

( "Please! Tolong...tolong jangan apa-apakan Zein! Please!" rayu Jane sambil melutut dihadapan Daniel sambil memeluk kaki Daniel. ) - flashback dalam mimpi Zein.

*Detik-detik dia terpisah dengan wanita kesayangannya.

( Daniel mengheret paksa Jane berlalu pergi meninggalkan Zein berseorangan.

'Jane meronta-ronta sambil memandang ke arah Zein'

"Zein!" jerit Jane sambil meronta-ronta.

"Sayang...sayang!!" jerit Jane sambil cuba melepaskan genggaman Daniel.

Tangisan dan raungan Jane langsung tak dihiraukan Daniel. ) - flashback dalam mimpi Zein.

*Sentuhan terakhir Jane

( Jane pantas mendapatkan tubuh Zein yang terbaring lemah.

Jane memangku kepala Zein, mata Zein ditatap dalam.

Zein mengeleng kepala berkali-kali.

"Jangan sayang... Please, ja-ngañ..tinggalkan Saya..." kata Zein perlahan menahan sakit dengan air mata yang mengalir.

'Jane mendekati dahi Zein dan memberikan ciuman (di dahi) terakhir buat lelaki yang paling dicintainya itu'

'Lama' ) - flashback dalam mimpi Zein.

Setiap kali dia sedar, setiap kali itulah Zein akan cuba untuk keluar dari wad itu.

Bagi orang sekelilingnya, yang mereka lihat hanyalah Zein semakin tak waras, semakin bertindak luar kawalan.

Tubuhnya semakin susut.

Makanan yang disediakan hospital mahupun yang dibawa mamanya sendiri langsung tidak disentuh.

Dia hanya makan bila mamanya sendiri memujuk dan menyuapkan makan.

Setiap suapan ditelan terpaksa.

Bagi Zein, hanya mama mengerti perasaannya ketika itu.

Air matanya sudah kering.

Hati Zein terlalu sakit sehingga dia tak mampu untuk menangis.

Dia yang selalu tersenyum selepas kemunculan Jane dalam hidupnya kini senyumannya hilang. Hilang bersama wanita kesayangannya.

Hanya kerana nasihat dan kata-kata semangat mamanya, Zein patuh arahan mamanya.

Dia hanya akan makan ditemani mamanya sendiri.

Selama dia di hospital, Zein akan termenung sendirian di tingkap hospital mahupun di bangku taman.

Orang-orang disekelilingnya seakan tiada.

Semenjak ketiadaan Jane, hidup Zein K.O.S.O.N.G.

Doktor mengesyorkan supaya Zein dirujuk kepada pakar psikologi.

Parents Zein terpaku dengan cadangan doktor itu.

"Tapi doc, anak saya tak gila! Dia cuma terlalu rindukan Jane and terkesan dengan kejadian itu. Itu sahaja!' mama Zein Cuba mempertahankan anaknya. Dia Tak mahu anaknya dilabel pesakit yang mempunyai masalah mental.

"Puan... Saya cuma sarankan sahaja. Saya tak mahu keadaan Zein semakin teruk. Awak berdua sendiri tengok keadaan Zein macam mana kan? Memang dia tak sakit mental, saya tahu. Saya cuma nak Zein kembali macam dulu. Bersemangat. Teruskan hidup." terang doktor muda yang merupakan kawan kepada Zein.

Mereka sendiri sedar akan perubahan Zein.

Dia banyak menyendiri, tak lalu makan, semakin susut, dah tak senyum macam dulu!

*Di luar bilik doktor yang merawat Zein.

'Pakar Psikologi?'

Zein berdiri kaku di luar bilik doktor itu sambil mendengar segala perbualan doktor tersebut bersama-sama dengan parents nya.

Tangannya yang memegang tombol pintu itu dilepaskan.

Dia menunduk dan kemudian mengetuk pintu itu sebelum melangkah masuk.

Berpura-pura seperti tak tahu atau dengar apa-apa.

"Doc, Ma, Daddy.. Saya dah boleh keluar kan?" soal Zein sambil berpura-pura ceria.

Senyuman yang diukir sangat kekok seolah2 dia tak tahu bagaimana untuk tersenyum lagi.

Doctor Syahid memandang ke arah nya seperti mengetahui yang rakannya sedang berpura-pura.

Parents Zein memandang ke arah Doctor Syahid menunggu keputusannya sama ada dia dibenarkan keluar ataupun tidak.

Pandangan kasihan Zein kepadanya membuatkan Doktor Syahid akur dengan permintaan rakannya.

*Setelah lebih sebulan dia di dalam pemantauan rakan baiknya, Doktor Syahid.

"Zein boleh keluar hari ini.. TAPI. Tapi dia mesti check up dengan saya setiap minggu. Bermula minggu ni hingga minggu ketiga, then saya akan rujuk dia pada rakan Saya. Dia doktor Pakar Psikologi.. Sorry Zein. Don't get me wrong. Aku nak yang terbaik untuk kau." kata Doctor Syahid tegas.

Doktor Syahid mendekati Zein dan memeluk tubuh rakan baiknya erat.

"Aku tahu kau tak gila Zein. Don't worry okay?" kata Doctor Syahid perlahan.

Zein membalas pelukan rakannya dengan tepukan perlahan di bahu Doctor Syahid.

Persahabatan mereka telah lama. Sejak dari kecil lagi. Dia tahu segalanya tentang Zein.

Zein dan kedua parentsnya pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, Zein melalui hadapan Bakery Jane.

"Pa, stop pa." Papa Zein segera memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Mama dengan papa baliklah dulu. Zein nak lepak dekat bakery kejap. Jangan risau.. Zein okay.. Hm?" kata Zein sambil mengukir senyuman palsunya.

Mamanya memandang ke arah papa dan kemudian ke arah Zein.

'Mama Zein menganguk mengiyakan'

"Nanti Zein balik naik grab je, mama dengan papa jangan risau okay? Bye.." kata Zein dan terus keluar dari kereta.

Wajah mama Zein berubah sayu.

Dia tahu anak lelaki kesayangannya masih tak dapat melupakan Jane.

Papa Zein mengenggam erat tangan mama Zein seolah2 tahu yang isterinya sedang bersedih tentang Zein.

Mama Zein memandang ke arah suaminya sambil tersenyum hiba.

Mereka berdua berlalu pergi setelah memastikan Zein telah tiba di bakery itu.

*Kerusi di taman Bakery D'licious J

"Sayang.. I'm here" kata Zein sambil memandang ke arah bakery itu.

"Mana awak Sayang? Kenapa tinggalkan Saya?" Zein bercakap seorang diri seakan dia melihat Jane di hadapannya.

"Saya rindukan awak Jane. Rindu sangat. Tapi orang tak faham. Orang ingat saya gila. Saya, saya cuma rindukan awak, baliklah sayang hm? Saya tunggu awak dekat sini." kata Zein sambil mengusap air matanya yang mengalir.

Kerusi di sebelahnya dipandang sayu, kosong.

Tempat yang selalu Jane duduk ketika bersama-sama dengannya.

"Saya akan sentiasa tunggu awak dekat sini. Kita kan kenal dekat sini sayang.. " kata Zein sambil terkenangkan saat dia dan Jane mula-mula berjumpa.

Senyuman bahagia terukir di bibirnya saat mengingati kembali saat-saat dia dengan Jane.

Lama kelamaan senyuman itu hilang.

Seakan dia kembali ke dunia nyata, yang dia kehilangan Jane.

Zein bangun dan berjalan mendekati pintu masuk bakery.

'CLOSED'

'Zein mengintai ke dalam bakery'

Berharap yang Jane berada di dalam bakery itu.

"Sayang.. nanti Saya datang balik okay? Saya tunggu awak" janji Zein.

Setelah memesan grab, dia berjalan pergi dari bakery itu.

Zein berdiri menunggu ketibaan grab sambil menatap lama ke arah bakery itu.

Tak lama kemudian grab itu tiba, Zein memandang ke arah bakery itu sekali lagi sebelum masuk ke dalam grab dan berlalu pergi.

Hatinya berat meninggalkan kawasan bakery itu.

Banyak kenangan yang tercipta di situ.

'Saya akan tunggu awak Jane' bisik hati Zein.

Hidup Zein KOSONG setelah Jane hilang dari hidup Zein.

Orang disekelilingnya tak memahami apa yang dirasai Zein.

Senyuman palsu yang diukir sekadar tidak mahu orang sekelilingnya risau akan keadaannya.

Adakah Jane turut sama rasai apa yang dirasai Zein?

Ke manakah Daniel bawa Jane lari?

Kembalikah Jane?

JH_Dreamcreators' thoughts