webnovel

Kekasih hati

Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?

Adiknovel_2136 · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Muncul pasangan baru

Aiman yang berdekatan dengan Arnis terus mengangkat Arnis ke bilik guru untuk dibawa ke hospital.Faizul yang mendengar amri memanggil Arnis "adik" terus mengatakan kepada beberapa orang yang berada disitu untuk tidak mengungkit hal ini dan tidak dibenarkan untuk memberitahu orang lain tentang hubungan mereka kalau tidak mereka aku tau apa nasib mereka.

Apabila sampai di hospital Aiman menunggu di bilik kecemasan selama 3 jam dia sangat risau akan Arnis.Selepas 3 jam dokter keluar dan mengata kepada guru kelas mereka,cikgu ros bahawa Arnis sedang stabil sekarang dan berkata bahawa tidak ada hal yang serius berlaku dikepalanya.Selepas mendengar kan apa yang dikata oleh dokter,Aiman terus berkata"Apa saya boleh masuk lihat keadaan dia?"

"Boleh.Kamu tentu teman lelaki dia kan kalau tidak kamu tidak akan terlalu risau sebegini."kata dokter itu.

"Eh tidak lah"balas Aiman.Dokter itu hanya tersenyum mendengar kata-kata aiman.Selepas habis persekolahan Amri terus pergi ke hospital untuk melihat adiknya.Sebaik sahaja sampai di bilik sakit adik nya dia terlihat Aiman berada disitu.

"Kau buat apa dekat sini ha?"tanya amri

"Aku yang sepatutnya tanya kau."balas aiman

"Aku nak tanya betul ke Arnis adik kau?"tanya aiman.

Amri hanya terdiam "kau keluar sekarang."kata amri.Aiman hanya melihatnya sahaja dan mengabaikan kata-katanya.Amri yang yang berasa marah terus menarik baju aiman membawanya ketepi ruang didalam bilik itu lalu menumbuknya dengan kuat dengan berkata"kau nak apa dari aku,tak cukup ke dulu kau dah amik sebahagian kebahagiaan dari hidup aku takkan sekarang kau nak amik kebahagiaan aku lagi? Aku tak nak adik aku terluka disebabkan kau,kau faham tak ,cukuplah kau dah luka kan aku."kata amri dengan sangat marah.Aiman hanya berdiam dan berkata "masa tu aku tak sengaja nak luka kan kau,aku mintak maaf".Arnis terbangun apabila terdengar suara bising mereka tetapi Arnis hanya mendiam kan diri sahaja.

"Berhenti"kata Alya apabila mendengar bunyi bising dari bilik Arnis.

"Korang tak nampak ke Arnis tengah berehat tu."kata alya dengan perasaan marah.

"Alya?"kata amri.Selepas mendengar kata-kata Alya,Aiman terus memandang Arnis dan dia melihat Arnis sedang menangis dalam keadaan diam"Arnis"Aiman terus bangun dan pergi ke sebelah katil Arnis,dan Amri pergi ke tempat alya.

Aiman mengelap air mata Arnis yang jatuh dan berkata"jangan menangis lagi,saya mintak maaf sebab dah buat awak terbangun."

Arnis hanya tersenyum dan mengelap darah yang ada ditepi mulutnya kerana dipukul oleh amri tadi."Awak tak apa-apa ke?"tanya Arnis

"Saya tak de apa-apa,ni luka sikit je."kata aiman.

"Ni luka sikit?".balas Arnis sambil mengambil ubat kirim diatas meja sebelah katilnya untuk disapukan ke tepi mulut aiman.

Pada masa yang sama,Amri meminta maaf kepada alya dengan apanya terjadi di sekolah tadi,dia berjanji dia tidak akan keluar dengan mana-mana perempuan lagi.Alya berasa pelik lalu berkata"kenapa janji tak nak keluar dengan perempuan lain?ini tak de hubungan dengan saya."

"Humm,orang tunjuk orang ikhlas tapi dia kata macam tu.Sebenarnya...saya..."

"Sebenarnya amri suka kau."kata Arnis yang mendengar perbualan mereka.

"Kalau dah dengar apa yang dikata kan oleh Arnis boleh..."

"Jum kita bercinta,boleh tak?"kata alya sambil tersenyum.

Amri hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya.