webnovel

Kau Ingin Kumiliki

perjalanan Aron ingin mendapatkan hati wanita pujaannya sejak kecil ,Aira . mereka telah berpisah setelah SPM dan kini Aron cuba meluahkan perasaannnya akan tetapi Aron menghadapi pelbagai dugaan untuk mengejar cintanya. Aron tetap berusaha untuk mendapatkan cintanya yang telah lama beliau pendamkan

NiceDwish · Teen
Not enough ratings
2 Chs

Kau Ingin Kumiliki

"Mak ada oder grab ke? tanya Aira

"takde-takde, mak tak oder apape, lagi pun mak baru je nak masak" kata mak Aira yang berada di sebelah Aira

Aira pun membuka pintu nya lalu kelaur untuk menegur rider grab yang berada dihadapan rumahnya

"Asalamualaikum bang, saya rasa abang dah salah rumah ni , kitaorang tak oder apa-apa pun" kata Aira dengan sopan

"Waalaikumsalam" kata Aron sambil membuka topi keledarnya

"Haih kau rupanya ingatkan sapa lah tadi, buat suspend je." kata Aira

Mak Aira pun keluar dengan bertanya "Kakak sapa tu … "

"Aron lah Mak" balas Aira

"Kau dah kenapa bawak kotak grab? Muat ke nanti aku naik?" tanya Aira

"Ehhh Aron apa khabar? Ibu ayah macam mana? Sihat? " sampok Mak Aira

" Khabar baik Aunty , Ibu ayah pun baik-baik saja " jawab Aron sambil tersenyum tipis"

"Ehhh jawablah" kata Aira

"Oouh maaf-maaf , takde tadi ada oder masuk, alang-alang sekali jalan aku hantar je terus , tu ada box ni "

"Nampak tu Kakak, ranjin je Aron ni, bukan macam awak tu malas" kata Mak Aira dengan nada menyakat

"Ehhh dah lah, jom kita dah lambat ni nanti cikgu marah kang" kata Aira dengan sedikit marah.

"Amboi marah betul, yelah-yelah jom" kata Aron yang sedikit terkejut

Aira pun bersalaman dengan Mak nya sebelum pergi outing

"Ok lah mak Kakak pergi dulu eh" kata Aira sewaktu bersalaman dengan Mak nya

"Emmm yelah , jangan balik lambat sangat, paling lambat pukul 7 dah on the way balik "

"Ok mak " balas Aira

Tiba-tiba Aira terasa ada sesuatu dalam tangannya , apa bila dia membuka tangan nya , terdapat 200 ringgit,

"Ambillah duit tu buat belanja" kata mak Aira

Aron memakaikan topi keledar untuk Aira lalu Aira membonceng motor Aron

Mereka pun bergerak ke Shopping mall yang mereka ingin tuju