webnovel

Once upon a time...Siri-2

Keep calm and write something...2013-imbas balik😒

Tragedi lama yang telah lama berlaku, kembali membuka lembaran sejarah baru pada setiap lima tahun. Pelbagai cerita mistik yang dicereka, atau kejadian sebenar yang terjadi di sejarah silam-tidaklah diketahui. Hanya yang benar-benar tahu, memerhati perjalanan cerita yang diputarkan secara sengaja.

Malam itu. Suara jeritan yang bergema di setiap kelas tingkat atas itu tidak berhenti, umpama badai ribut yang tiba-tiba melanda dan membawa sama ketakutan pada anak-anak muda yang mentah. Semua pelajar yang masih waras, panik secara tiba-tiba, bergejala mencari ruang beredar sepantas kekuatan mereka. Manakala yang hanyut dan dirangkuli ketakutan, mulai dirasuki bangsa halus tanpa kerelaan mereka.

Dimana pelajar atas yang masih mengenggam kekuatan dan mengalas bebanan tanggungjawab, berlari mengikut rentak hati mereka mencari adik-adik yang menjadi mangsa. Hatta, rakan mereka jua yang telah menjadi korban pada detik itu.

Sepantas langkah, mereka bergerak laju melingas ke setiap kelas. Risau yang menggamit jiwa, seakan tidak berbatas!! risau juga, kalau-kalau akan berlaku pertumpahan darah yang meragut nyawa, kerna ianya mampu sahaja terjadi di kelas yang berada di tingkat satu itu. Langkah yang terhalang oleh sisa keberanian itu membuatkan langkah-langkah yang diambil agak terbatas.

Ramai diantara belia muda yang ketakutan berundur di dalam kumpulan seperti kumpulan binatang yang ketakutan dan menjadi sedikit selamat diruang kecil, dan ada juga yang berakal yang cuba menenangkan si adik-adik muda agar tiada lagi yang menjadi mangsa dirasuk makhluk alam ngaib. Bangsa jin itu, bangsa yang punya muslihat dan sentiasa perlu bersiap siaga mendepani mereka dikala mereka mempunyai dunia berbeza alam

Dalam kerisauan, masih ada kegusaran.

Muncul tanpa sengaja bantuan dari para jemaah lelaki yang bergerak tanpa izin ke atas. Gerakan mereka untuk merawat namun, gerakan rawak itu mencetuskan fenomena yang ganjil. Bantuan mereka itu, sesungguhnya tidak diminta.

Hairan!

Janggal di pandangan mata. Bacaan ayatul quran yang bergema di lisan itu, jelas. Adalah perkara wajib, untuk merawati mangsa namun...bahasa persilatan yang di lenggok di sekitar mangsa itu, menjadi persoalan?? Pentasan apakah yang diadakan pada malam itu, seakan drama pentas yang bersandiwara. Mungkin kalam dan tempat, berbeza hala dan maklumat hingga tingkah laku mereka dijerkah oleh manusia yang digelar guru.

Batas tetap batas. Buat apa dibina batasan, jika ianya perlu dilangkau tanpa izin??

Serentak!! hilang segala cengkaman makhluk berpuisi halus yang tidak kelihatan di pacaindera manusia biasa. Mana yang di kawal, mana yang di ceroboh-bangun dan sihat seperti sediakala. Jiwa mereka bebas dengan jerkahan manusia bernama guru.

Tahulah...senario yang menari di pentasan mata. Semua ini, adalah sengaja. Hanya kerana...ujian. Ujian yang di takdirkan, untuk mengenal setiap kepingan hati yang masih tersisa kebahgian.

Malam itu, kelibat semua berundur. Tinggal persoalan. Mengapa??? mengapa mereka turun mengempar pelajar yang tak bersalah??

-TAMAT-

P/s; Aku diantara sukarelawan yang tak bertauliah, yang berlari ke sana ke mari sebab nak jaga adik2 junior. Nasib kuat semangat.😏😏

-Kejadian sebelum aksi jerit menjerit histeria.-

Dan...yang paling memgharukan aku, apabila aku dengan semangatnya menjirus satu botol minyak wangi berperisa apple hijau dekat satu badan. Konon-konon nak cover bau badan, sebab tak mandi masa pergi Prep malam.😧😧😧 Last2, kau antara salah seorang senior yang terpaksa tolong pengang budak histeria. Dahlah yang baca surah rukhyah itu, budak lelaki satu kelas. Budak baru pindah. Tahfiz pulak itu!!🤦‍♀️🤦‍♀️

Alahai...hilang satu lagi crush aku😌😌

-gurau~😂😂