webnovel

K.C 8

Tuju hempaskan badannya atas tilam. Hanya melihat siling yang bewarna putih. Memejamkan matanya untuk seketika.

"Awak kat mane tu?" Tanya Tuju melalui panggilan telefon yang dibuat sebentar tadi.

"Saya dah sampai ni. Awak kat mane? Tak nampak pun." Fifi sudah pun sampai di Sutera Harbour Marina Kota Kinabalu, tempat mereka pertama kali bertemu.

Tuju berjalan perlahan ke arah belakang Fifi lalu mencuit bahunya. Hari ini Tuju sudah pun berniat ingin melamar Fifi sebagai suri hatinya. Dia sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Perlahan Fifi memusing kebelakang. Tuju pun melutut di hadapan Fifi dan mempamerkan sebentuk cincin yang diletak rapi dalam kotak bewarna merah.

Fifi terpaku, seperti tak dijangka benda ini berlaku di hadapannya.

"Sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saye, Fifi?" Lamaran Tuju, Fifi teragak-agak. Macam mana dia ingin beritahu yang dia belum lagi sedia untuk berkahwin. Tapi dia tak ingin kecewakan hati Tuju.

"Azree..." Fifi seperti sebersalah.

"Please Fifi." Tuju merayu.

"Ok, yes." Jawapan Fifi buatkan hati Tuju gembira yang teramat. Tuju memeluk Fifi dengan erat lalu menjerit sekuat hati.

"Aku nak kawin!" Jerit Tuju.

Tiba-tiba muka fifi mula berubah.

"Kenape ni?" Tuju mula hairan dengan sikap fifi.

"Aku... Aku.. Aku tak nak kawin dengan kau!" Jerit Fifi.

Tuju terus tersedar dari tidur. Dia mengusap-ngusap mukanya.

"Astaghfirullahallazim."

"Mimpi buruk ke?" M.K memandang Tuju.

Tuju hanya berdiam dan terus menuju ke bilik air.

Tuala yang tersidai di kerusi, dia ambil lalu mengelap mukanya.

"Aku mimpi dia tadi." Badannya dihempas semula ke tilam.

"Mainan tidur tu. Tak payah fikir sangat. Dah jom." M.K mengajak.

"Pergi mane?"

"Jalan la bro." Kata M.K.

"Aku malas la." Tuju menekup mukanya dengan bantal.

M.K hanya menggeleng.

"Kau ni daripade fikir si Fifi entah kemane tu, baik kite jalan-jalan ke, have fun ke tak salah pun kan? Sekurang-kurangnye boleh kurangkan sikit moody kau." M.K membutangkan baju kemeja kesukaannya.

M.K melihat Tuju yang masih lagi tiada respond. Dia menghampiri Tuju, lalu perlahan menggeletek tapak kaki Tuju.

Terketik-ketik kaki Tuju menahan geli.

"Jomlah baby." M.K bergurau.

"Yelah-yelah. Babyyyyyy." Sengaja Tuju menekankan perkataan baby dengan membawa maksud sebaliknya.

M.K hanya ketawa.

"Yes! This is my bro. Aku tunggu dekat luar." Tuju hanya mengangguk.

Tuju memasukkan beberapa barang ke dalam beg galasnya. Beg galas kecil yang senang untuk di bawa kemana-mana dengan beberapa barang penting. Dia terpandang sebelah kasut milik seseorang.

Tuju tersengih seorang diri bila teringatkan peristiwa tadi. 

"Minah kelam-kabut." 

***

Stella mengeluh. Pintu bilik air di buka, Sabrina baru sahaja selesai mandi. 

"Huh, baru balik? Pergi mane kau? Bangun-bangun jek terus hilang." Sabrina mengelap perlahan rambutnya.

"Kau tidur mati, penat aku kejut kau tau tak?" 

"Yeke? Hehe maaflah, aku penat kot." Stella menjeling.

"Habis kau pergi mane jek tadi sorang-sorang?" Sabrina menghirup air kopi yang sudah pun suam kuku.

"Pergi sarapan jek tadi. So, hari ni nak pergi mane?" Stella mula mengemaskan dirinya.

"Kita jalan-jalan jelah, cari makan tempat yang best-best ke, nak?" 

"Ok, aku ikut jek." 

***

Bbrrkk!

Sabrina sedawa, selepas makan nasi lemak lobster.

"Senak perut aku." Sabrina mengusap-ngusap perutnya.

"So nak pergi mane pulak lepas ni?" Tanya Sabrina, apabila melihat Stella hanya berdiam diri.

"Aku sebenarnye teringin nak pergi Tasi biru. Orang kate tempat tu lawa, tenang jek." Stella meneguk perlahan air mineral.

"Tasik Biru? Belah mane?" Sabrina memgeluarkan telefon pintar untuk mencari lokasi.

"Entah aku tak check lagi dekat maps."

"Oh, dekat Pulai. Jom!" Ajak Sabrina. Stella turut tersenyum.

Sepanjang dalam perjalanan, Stella hanya berdiam diri.

"Kau ade masalah ke beb?" Sabrina memandang Stella sebelum matanya beralih semula ke hadapan.

"Entahlah, just terfikirkan sesuatu."