webnovel

K-Clique (Genggam Cinta Aku)

"Jom pergi dataran. Aku nak dapatkan tandatangan K-Clique." Sabrina mengeluarkan baju untuk ditandatangani. "K-Clique? Apa tu?" Berkerut kening Stella memikirkan K-Clique. "K-Clique nama kumpulan rappers dari Sabah. Tulah madah baca komik anime je. Ingat kau tu dah tua. Sibuk tengok kartun." Bebel Sabrina. "Nama macam cerite anime je. Kau ingat anime ni untuk budak-budak je ke? Kau tak tengok lagi memanglah. Cuba tengok dulu. Confirm melekat." Stella ketawa.

scvrlet · Celebrities
Not enough ratings
24 Chs

K.C 4

Sabrina bergegas menuju ke lokasi yang di tag oleh Stella.

"Babe?" Sabrina melambai tangannya.

Stella hanya termenung.

"Mana kau pergi? Call tak angkat, buat aku risau jelah."

Stella hanya diam dan dia hulurkan baju pada Sabrina.

"Kau dah dapat ke tandatangan?" Sabrina mengambil bajunya semula.

"M.K?!" Sabrina jerit kegembiraan.

"Sorrylah aku tak dapatlah tandatangan tu. Ramai sangat." Stella mengeluh.

"Tak apalah atleast satu pun jadilah." Sabrina menepuk-nepuk bahu Stella.

"Satu?" Stella melihat semula baju tadi.

"Bila masa pula..."

"Akhirnya dapat juga. Ni kena framekan ni. Amik gambar lu." Sikap ceria Sabrina tak dihiraukan langsung oleh Stella.

"Kau asal babe?" Stella masih termenung.

"Oi!" Tersentak Stella bila disergah oleh rakan karibnya.

"Hah? Nak balik dah ke?"

"Balik apa? Kau tu kenapa? Termenung je. Ada pape masalah ke?" Sabrina melabuhkan punggungnya bersebelahan Stella.

"Tak. Tadi aku... aku..." Susah untuk Stella katakan.

"Aku. Aku. Aku apa?"

Stella diam seketika.

"Kalau kau tertumbuk seseorang. Lepas tu kau buat apa?" Tanya Stella.

"Larilah apa lagi. Hahaha." Sabrina ketawa.

"Serieslah." Stella menjeling.

"Minta maaflah. Itu pun tak boleh fikir."

"Kalau dia tak maafkan? Lepas tu dia suruh aku claim penumbok dia, macam mana?"

"Tadah jelah." Sabrina mula memandang Stella yang tak keruan.

Stella mengeluh.

"Asal babe? Kau tumbok orang ke tadi?" Sabrina mengagak.

"Aku tertumbok salah sorang ahli K-Clique tadi." Jelas Stella.

"What?! Kau ni gila ke apa?"

"Aku tak sengaja. Aku ingat aku dalam keadaan mimpi. Tu yang selamba je aku tumbok. Kalau real tak adanya aku nak lepaskan tumbukkan aku."

"Mimpi?" Sabrina juga ketawa.

"Hah macam ni lah dia buat. Sebijik macam kau."

"Sorry sorry. Kau tahu tak siapa yang kau tumbuk tu?"

Stella memeluk tubuh.

"Siapa ek? Abang Nas ada sebut tadi nama dia."

"Abang Nas?" Sabrina mula pelik bila panggil Nas dengan abang.

"Tadi aku terserempak dengan kawan abang aku Nas."

"Nasty Nas ke?"

"Entah. Nama dia ada Nasty ke?" Stella kebingungan.

"Adurh susahlah kalau borak dengan orang otak anime ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik." Sabrina mula geleng kepala.

"Dah jom balik hotel." Kata Sabrina.

Stella masih lagi memikirkan hal tadi. Apa yang perlu dia buat untuk tidak kena tumbukkan dari Tuju.

***

Selepas selesai semua, mereka bercadang untuk berjalan di sekitar Bandar Johor untuk hilangkan penat. Mereka sempat menyinggah Pasar Karat yang terkenal dengan pelbagai jenis jualan.

Handphone lama, cermin mata, topi, bag, baju dan macam-macam lagi. Semuanya ada di situ.

"Besar jugak pasar malam ni." Kata Gnello.

Orang ramai tak henti melihat K-Clique yang sedang cuci mata di kawasan tersebut. Ada yang ambil kesempatan ini untuk mengambil gambar.

"Aku nak balik hotel lah. Penat." Kata Tuju. Letih dengan persembahan dan letih nak menahan kesakitan di mukannya.

"Relaxlah, bukan selalu kita jalan-jalan kat up town macam ni." Noki cuba redakan Tuju.

"Muka kau tu sakit lagi ke?" M.K menyentuh.

"Adurh! Tak payahlah tekan."

"Lebam tu. Kuat juga perempuan tu tumbok ye." Somean mencelah.

"Kau kenal dia ke bro?" Tanya Kdeaf.

"Aku tak tahu dia siapa. Tanyalah Nas." Tuju ajukan mulutnya pada Nas.

Masing-masing mula memandang Nas.

"Apa?" Nas kebingungan.

"Siapa perempuan tadi?" Fareedpf bertanya.

"Perempuan mana?" Nas buat-buat tak faham.

"Janganlah begitu." M.K melabuhkan lengannya pada bahu Nas.

Nas mengeluh.

"Malas aku nak jawab."

"Alarh. Nanti aku masakkan kau makanan special boleh?" Kata Gnello.

Nas hanya memandang mereka yang masing-masing ada niat tersendiri.

"Adurh! Korang tak payahlah tanya." Nas jadi sebersalah.

Mereka mula mengangkat kening tanda sesuatu.

"No you dont. Aku tahu niat korang." Kata Nas.

Tuju hanya diam. Malas nak ambil tahu.