"Tidak, kamu tidak boleh menolak!"
"Kalau begitu… bagaimana kalau Tuan berikannya kepada Ratu dahulu? Lagipun, dia juga pertapa peringkat-dewa dan dia boleh makan Buah Merubah Bentuk itu."
Malangnya, Teh Susu terlalu dungu.
Teh Susu hendak menggunakan Ratu Hamster sebagai perisainya, tetapi Pokok Kecil terus menggaru punggungnya dan menarik keluar sebiji lagi Buah Merubah Bentuk…
Teh Susu semakin terdesak dan memandang Yun Luofeng dengan wajah yang sangat pucat.
Ratu Hamster langsung tidak kisah. Baginya, asalkan dia boleh tingkatkan lagi kekuatannya, dia sanggup makan apa sahaja.
Sekiranya satwa rohani berubah bentuk jadi manusia, ia akan dapat menjadi pertapa rohani peringkat-pendeta. Jika tidak, ia hanya akan berada di peringkat-dewa sepanjang hidupnya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com