webnovel

Ini Kisah Kita

Jika lazuli mampu mengucup lensa dengan kilauannya...biarkan hikayat terbuka dengan wadah dan cinta.

levonuts · Fantasy
Not enough ratings
23 Chs

lapisan_2|crush(ii)

2 minggu aku dapat cuti sebab badan aku masih lemah. Badan aku penuh luka dan lebam. Bila pihak sekolah panggil aje umi dengan abah ke sekolah tempoh hari. Terus umi dan abah sampai. Teruk abah mengamuk bila tengok aku tak sedarkan diri. Tak lama...umi dengan abah bawak aku ke hospital. Aku pun baru aje tahu....terima kasih pada pak hasyim, driver abah yang rajin bercerita dari awal sampailah akhir.

Aku merenung kosong. Lebih tepat lagi...ke arah padang yang menghijau. Perlahan-lahan aku mengeluh berat. Aku tak tahu....apa lagi masalah yang akan menunggu aku. Tapi lepas aje aku balik selepas cuti, kumpulan softball tarik nama aku ke dalam. Jadi secara tak langsung.....aku kena heret untuk main softball.

It's crazy!

Aku.....tengku husnaa...yang memang tak suka bersukan....terpaksa keluarkan peluh untuk main benda alah tu. Apa aku nak buat?

          "Husnaa! Cepat laa datang sini!"

Suara amyral menyentak gegendang telinga. Terus aku angkat kepala. Nampak amyral yang tengah pegang glove dan kayu bet dalam masa yang sama. Teruja betul minah tu. Yeah.....si amyral penyu laa dalang utama yang  heret nama aku dalam kumpulan softball.

          "Husnaa!!"

Amyral menjerit lagi. Aku menggeleng. Aku tak nak. Tapi...tak tunggu lama, terus amyral melangkah ke arah aku. Muka dia masih teruja. Lengan aku, dia heret.

             "Myral...aku tak nak. Aku tak reti."

Aku jawab perlahan. Tangan amyral yang elok pegang lengan aku, aku tolak perlahan. Tapi...amyral buat tak kisah....dia tarik jugak. Sampai ke tengah padang dia tarik aku! Habis semua mata jatuh ke arah kami. Lebih tepat lagi...ke arah aku. Sebab semua orang tahu...termasuk laa minah penyu ni....yang aku memang tak reti nak bersukan! Lagi satu...lepas aje kes aku kena belasah dengan cik puteri kasya.....aku memang jadi HOTS! Memang mata akan pandang aku! Sama ada pandang aku dengan riak simpati...atau cemburu?

Entah apa yang nak dicemburu pun...aku tak tahu.

         "Jom laa main husnaa....release tension! Aku tahu kau tengah stress..."

         "Tapi...aku tak reti...macam mana nak main?"

Bahu aku, amyral tepuk perlahan.

         "Baru mula main....semua orang pun tak reti. Nanti bila tahu...silap-silap kau pro dari aku."

Aku tumbuk perlahan bahu amyral. Sambil mata menjeling dia tajam.

       "Mengarut!"

Yeah...fakta tu sangatlah mengarut. Baru aku nak bidas si amyral....mulut aku terkunci. Badan aku kejung. Nafas aku tersekat. Bukan apa....sebab baru aku perasan ada dia.....

Dia yang tengah berdiri tegak sambil betulkan baju pada badan dia yang tegap. Rambut dia yang beralun bila ditiup angin. Dan mata dia yang tajam...dan fokus dalam setiap apa yang dia buat. Dia sangatlah indah seperti satu metafora yang cantik...atau seolah watak komik yang keluar ke dunia nyata. Dia yang tengah berdiri sambil mata dia melilau ke sekeliling.

Mencari sesuatu.....

Atau seseorang.....

Jantung aku berdegup laju. Makin laju bila mata dia mengarah ke sini. Tepat pada laluan yang dimana aku tengah berdiri. Nafas aku sesak.

         "Tu dia. Putera raja kau. Welcome to.....dunia khayalan cik tengku husnaa al-aisyah." Dan amyral di sebelah dah sibuk ketawa sambil tepuk bahu aku.

Taguna.

Kenapa ada dia.

Mata aku cuba alihkan dari pandang ke arah dia. Tapi dia...seolah satu magnet. Yang dapat tarik mata dan perhatian manusia....untuk terus melihat diri dia yang sangat indah. Lebih indah dari segala metafora yang dihidangkan di atas dunia.

Liur sendiri aku telan.

Kaki panjang dia melangkah.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Badan aku mengigil. Tangan aku dah meraba ke sebelah. Cari kelibat amyral. Ah sudah! Entah ke mana minah tu pergi.

Yang tinggal....

Hanya aku.

Yang tegak berdiri seolah aku tiang bendera yang di atas padang yang menghijau.

Ceit.....kenapa laa mulut aku tak habis-habis nak berpuitis! Tengah-tengah gawat pulak tu. Aku cuba berundur. Entah kenapa....kaki aku macam terpasak atas padang. Langsung tak boleh bergerak. Sudahnya....aku pejam mata. Aku takut. Lagi-lagi bila bau mint mula menerobos molekul udara. Nafas aku makin sesak.

         "Husnaa...."

Aku dapat rasa deruan nafas panas mengucup kulit muka aku yang makin panas. Mungkin panas sebab panas matahari...atau....panas sebab malu? Aku diam...tak bergerak.

         "Aku tahu....kau join kelab softball. Dan aku tahu...kau join kelab ni mula hari ni. Tapi....aku pun nak kau tahu..."

Suara dia makin dalam dan penuh. Badan aku menggigil. Terus aku pegang kuat hujung baju sendiri.

         "Can you open your eyes? Or else i will kiss you hard!"

Tajam dan keras. Amaran yang keluar dari bibir penuh dia. Penuh autoriti dan seolah-olah dia memaksudkan tiap patah kata yang keluar. Dengan pantas aku buka kelopak mata. Pandang dia yang tayang senyum manis. Manis yang sangat misteri dan membunuh.

Jantung aku makin berdegup laju.

        "Good girl."

Dia masih tersenyum indah. Kaki dia makin mendekat. Perlahan-lahan tangan dia menghulur sesuatu pada aku. Lebih tepat lagi...glove pemain sofbol. Aku...dengan tangan yang masih menggigil cepat-cepat mengambil glove tadi. Aku nak lari!

Tapi kaki aku sangatlah kurang ajar! Dia tak ikut apa yang otak aku nak! Sebab tu...aku tetap tak boleh bergerak!

Damn me!

        "Satu perkara yang kau kena tahu...dalam kelab ada ranking masing-masing. Dan semua akan ada. Yang paling atas..kapten. dan kapten tu...aku. so....aku yang akan ajar kau...budak baru..dari awal sampai kau reti main."

Penuh autoriti. Sambil mata dia perhati aku dari atas ke bawah. Bibir dia masih dengan senyum indah.

Damn me!

Again...and again...

Aku rasa nak mati!

Sebab...aku dah jatuh berkali-kali!

****