webnovel

Ini Kisah Kita

Jika lazuli mampu mengucup lensa dengan kilauannya...biarkan hikayat terbuka dengan wadah dan cinta.

levonuts · Fantasy
Not enough ratings
23 Chs

crush|ending

  "kenapa senyum macam tu? Ingat dekat fairiz ke?" Pipi aku, amyral tarik. Mak oii....kuat pulak tu! Habis merah pipi gebu aku! Perasan!

Sejak bila aku jadi perasan macam ni?

          "Mana ada!"

Aku cuba tolak kenyataan yang keluar dari mulut amyral. Myral pulak dah tayang senyum sinis. Lepas tu bebola mata dia bergerak ke kiri. Ke suatu arah.

         "Yelah tu...see...baru aku sebut...dah datang putera idaman kalbu kau!"

Masih sinis suara amyral. Aku pulak dah telan liur. Lagi-lagi bila suasana jadi senyap tiba-tiba. Aku tahu sangat.....siapa yang datang. Bibir sendiri aku kertap.

            "Husnaa....ingat. kau jangan jatuh cinta dekat dia. kau tahu kan.....makin tinggi lelaki yang kau nak kejar....dan makin tinggi kau ikut laluan dia...bila saat kau jatuh....kau akan jatuh teruk!"

Aku telan liur. Ayat last amyral aku cuba hadam.

Jangan jatuh cinta!

Jangan jatuh cinta!

Husnaa.....kau tak boleh jatuh cinta!

          "Husnaa...."

Suara garau dari belakang. Liur sendiri aku telan. Kesat. Berpasir. Bila aku angkat muka....amyral dah menghilang. Yang ada cuma dia. Fairiz yang tengah terpacak depan aku sambil pegang sesuatu. Dan bibir dia macam biasa.....sentiasa dihias cantik dengan senyuman.

Dia....memang lelaki yang cantik.

  

        "Kau punya....tadi kau order chicken popcorn kan?" Dan bekas berisi chicken popcorn dihulur pada aku. Sekali dengan chocolate milk shake lagi. Perlahan-lahan aku ambil dengan dahi berkerut.

        "Saya tak order chocolate milk shake."

Aku jawab gugup. Mata aku jatuh merenung anak mata dia sekilas sebelum aku pandang lantai balik.

Come on.....husnaa...kau tak boleh jatuh cinta. Bibir sendiri, aku kertap. Fairiz diam. Cuma kaki dia melangkah mendekat. Bila sampai betul-betul depan aku, dia tundukkan badan. Dan berbisik perlahan.

        "I think you need it."

Aku pantas angkat muka. Aku tak faham. Lagi-lagi bila bebola mata dia macam mengarah ke sebelah kiri badan aku. Lebih tepat lagi ...pada bahu aku yang luka. Sebab kena bola sofbol tadi.

        "Huh?"

Dahi aku dah berkerut. Wajah dia, aku pandang tak berkelip. Dan dia.....masih dengan senyuman dia yang indah. Muka dia mendekat. Ke telinga kanan aku.

         "You know....kiss can heels the pain. But at the same time...sweet thing also do the same. I cant kiss you.....so i give you this. My chocolate drink of sweet kiss."

Aku jatuh.

Jatuh.

Dan terus jatuh.

*****

  2 minggu berlalu sebab cuti penggal. Dan aku sangatlah bosan dekat rumah. Sebenarnya...aku tak sabar nak ke sekolah. Entah kenapa....aku nak jumpa dia. 2 minggu....langsung aku tak dengar apa-apa tentang dia. Buatkan aku rasa pelik. Aku rindu dia?

Wadeheck!

Tapi tu yang aku rasa. Setiap apa yang dia buat...dia kata...macam radio yang sentiasa bermain di ruang kotak fikiran. Aku macam terasa dia ada. Pelik kan? Ni ke yang namanya cinta?

Aku....husnaa al-aisyah...

Cinta fairiz....???

Okeh.....sumpah nak hantuk kepala dekat dinding! Jangan mengarut husnaa....kau baru 17 tahun!

Bibir sendiri aku kertap. Beg sandang, aku betulkan sebelum aku mula melangkah. Bila kaki aku jejak blok akademik....badan aku kejung. Mata aku jatuh pada banner besar yang ditampal pada setiap penjuru blok akademik. Kaki aku macam terpasak pada lantai. Aku tak boleh bergerak.

Kolam mata aku mula berair. Jantung aku dihentak pedih. Perlahan-lahan aku pandang banner tu balik. Banner yang tayang gambar fairiz yang segak dalam suit hitam. Dan di sebelah....ada tengku kasya yang cantik bergaun labuh.

Hati aku hancur!

Hancur!

Hancur!

Aku rasa remuk. Lutut aku menggigil. Tapi sempat bahu aku dipeluk orang sebelah. Amyral. Nampak muka dia serba salah bila pandang aku. Atau.....kesian.

Damn me! Again...and again.

          "Aku mintak maaf husnaa....aku sepatutnya cakap dekat kau awal-awal pasal ni...."

Bibir dia menutur rendah. Nampak muka dia serba salah. Kolam mata aku berair. tuhan....hati aku rasa hancur! Pedih!

        "Mana fairiz?"

Aku pandang anak mata amyral. Bibir sendiri aku kertap. Aku tak boleh menangis! Dalam keadaan serba-salah, amyral heret aku ke satu tempat. Lebih tepat lagi...ke arah fairiz yang tengah berdiri sambil pandang aku tak berkelip. Lepas tu amyral menghilang.

Hujung baju aku genggam. Aku tak boleh menangis depan dia. Fairiz perlahan-lahan berjalan ke arah aku. Nampak bibir dia yang tersenyum indah. Macam biasa. Tapi kali ni.....senyum tu...membunuh jiwa aku!

Bunuh!

Bunuh!

Dan jiwa aku mati....dengan senyuman tu!

          "Hey little girl! Lama aku tak jumpa kau!" Dia melangkah ke arah aku. Tetap segak dan kacak macam biasa. Tapi aku rasa hancur. Pedih!

Perlahan-lahan aku paksakan urat muka aku untuk tersenyum.

          "Hmm.....lama tak jumpa. Awak tak pernah cakap.....awak dah bertunang dengan kasya?"

Suara aku bergetar. Bibir sendiri aku kertap kuat. Tuhan.....sakit. hati aku....sakit sangat sangat.... Lagi sakit bila mata aku jatuh pada bibir merah fairiz yang tersenyum. Senyum yang menawan....yang....akhirnya membunuh jiwa aku....

Jiwa seorang tengku husnaa al-aisyah!

        "Ouhh....i'm sorry. Dah lama...cuma hari tu...aku gaduh dengan dia. Kau tahu....she's brutal like hell...but i still love her."

Dan dia gelak indah.

Hancur.

Otak aku hadam tiap bait kata yang meluncur laju dari bibir merah dia yang penuh.

I still love her....

Hancur!

Lagi...dan lagi....

Aku tak jawab. Laju aku melangkah. Pergi tinggalkan dia. Crush aku sendiri. Dengan hati aku yang retak....hancur! Dada aku sesak. Memaksa empangan air mata aku untuk pecah. Ya.....aku menangis.

Kerana indah seorang fairiz.....yang akhirnya membunuh aku dari dalam.

           Crush....is someone....who doesnt love you back....