webnovel

Hilang kasih Bab 8

Pada pagi itu, Rykal seperti biasa membuat sarapan untuk dia dan datuknya makan nanti.Di meja makan, Rykal hanya berdiam diri sahaja dan kelihatan muram.Selepas selesai makan, Rykal pergi ke luar untuk menghirup udara segar. Rykal masih teringat dengan perkataan datuknya malam tadi yang membuatnya rasa marah, kecewa dan juga sedih.Tiba tiba, Rykal terdengar suara datuknya yang menjerit kesakitan. Dia dengan cepat pergi melihat apa yang terjadi dengan datuknya.Ketika Rykal tiba, dia mendapati bahawa datuknya telah dipatuk oleh ular yang entah bagaimana masuk ke dalam rumah itu.

Rykal mengambil sebilah parang untuk membunuh ular itu. Rykal menetak ular dan menghancurkan kepala ular itu sambil melepaskan amarahnya itu.Kemudian,Rykal denga cepat menghubungi ibunya untuk mengabarkan bahawa datuknya telah dipatuk oleh ular dan menyuruh ibu dan suaminya itu membawa datuk ke hospital.Di hospital, doktor mengatakan bahawa datuk Rykal sedang dalam keadaan baik baik sahaja.Melihat kesempatan itu, Rykal menghampiri ibunya untuk bertanya tentang apa yang dikatakan oleh datuknya malam tadi.

"Ibu boleh tak Rykal nak cakap sikit". Puan Zia melihat wajah anaknya itu dengan kebingungngan sambil berkata, "apa dia"?. Rykal tanpa berselindung terus bertanya,"datuk sebenarnya ayah Rykalkan?" mendengar hal itu, Puan Zia terus mengelengkan kepala dengan cepat sambil berkata tidak. Rykal yang tidak tahan ditipu oleh ibunya selama ini terus meninggikan suaranya sambil berkata, "Datuk tu sebenarnya ayah Rykalkan!!?". Encik Hamid menasihati Rykal untuk tidak meninggikan suara ke ibunya dan lagipun mereka sekarang sedang berada di hospital.

Rykal menyuruh encik Hamid untuk diam sambil berkata, "dasar perampas". Mendengar hal itu, encik Hamid memarahi Rykal yang menurutnya sudah melampau. Rykal tidak mengendahkan amarah encik Hamid.Ketika itu, Rykal tanpa sengaja meluahkan sedikit perasaannya kepada ibunya itu."Ibu memang pentingkan diri!!... Rykal tahu ibu tinggalkan ayah bukan kerana ayah tidak mempunyai pekerjaan tapi ibu memang tidak cintakan ayah"."Ibu hanya menunggu masa yang tepat agar dapat berpisah dengan ayah dan berkahwin dengan encik Hamid". "Sekarang saya baru tahu yang sebenarnya orang yang selama ni saya panggil datuk rupanya adalah ayah kandungnya sendiri". Mendengar hal itu, Puan Zia terdiam seketika sambil memandang anaknya yang sedang menahan air matanya daripada jatuh.

Selepas mengatakan hal itu, Rykal terus pergi ke bilik air yang berdekatan. Di dalam bilik air, Rykal seperti biasa menangis tanpa mengeluarkan suara.Sempat terlintas di fikiran Rykal untuk membunuh dirinya sendiri agar dia terbebas dari penderitaan itu. Namun, Rykal tidak melakukannya kerana Rykal tahu sekiranya dia membunuh diri, ianya tidak akan membebaskannya daripada penderitaan yang dialaminya itu. Dia teringat pesan ustaznya yang berkata bunuh diri itu berdosa besar.

Selepas selesai menangis Rykal pergi membeli minuman di mesin yang disediakan di hospital itu. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorng. Orang itu merupakan Putra, kawan rapatnya di kampung itu.

BERSAMBUNG.....