webnovel

Hentikan!!

Ning Yi Shuang menggunakan nama palsunya (Scarlet) demi tidak mengalami sebarang masalah besar ke hadapan, namun bagaimana pun ia tidak dapat mengelak apa yang terjadi di hadapannya,selain kisahnya terdapat kisah silam yang lain selain dirinya...

PyschoGirl2146 · Teen
Not enough ratings
22 Chs

Pertandingan yang aneh

Zi Feng menolak ajakan Zi Fang untuk pergi dari situ,ia lebih memilih untuk membantu.

"Hey!kamu para pembuli pergi nyah lah dari sini,atau aku akan melapori hal kepada guru besar" ucapnya sambil menatap tajam satu persatu mereka semua.

"Tuan muda Zi,maafkan kami" ucap mereka semua setelah disuruh oleh Zi Feng.

Zi Feng dan Zi Fang merupakan keluarga terkaya di kota ini cuma ia diantara yang ke lima terkaya di kota itu.

Ia dibawah keluarga De San yang merupakan carta diantara orang terkaya yang keempat.

Walaubagaimanapun mereka ini harus tetap dihormati walaupun di tangga ke lima.

Setelah sekumpulan pembuli itu pergi,Zi Feng pun mendekati Scarlet.

"Hi,selamat berkenalan" sapa Zi Feng.

"..."Scarlet tak menjawabnya lalu ia berjalan dihadapan Zi Feng dan Zi Fang seperti mereka hanya angin lalu.

Zi Feng tidak marah dengan kelakuan Scarlet sejurus Zi Fang yang memarahi Scarlet.

"Hey,kamu kenapa tidak berterima kasih kepada abang aku,bukankah dia sudah membantumu menghalau sekumpulan gadis itu." Zi Fang memarahi Scarlet.

"Aku tidak memohon pertolongan darimu jadi buat apa aku berterima kasih,padahal orang tua ku saja tidak mengajarku untuk berterima kasih dan berbicara dengan orang asing" ucapnya lalu berjalan meninggalkan kelas itu.

Zi Fang semakin jengkel dengan tingkah yang tidak sopan Scarlet itu, membuatkan dahinya mula berkerut.

Zi Fang amat mementingkan penjagaan dirinya sampai setiap bulan ia mesti akan keluar untuk membeli barang keperluan asas penjagaan diri.

Zi Feng pula lebih suka dengan sukan olahraga.Walaupun begitu ia juga tak lupa dengan penjagaan dirinya cuma kembarnya itu terlalu sangat obses dengan kecantikan dirinya sehingga membuatkan ia meluat dengannya setiap kali berada di sisinya.

Zi Fang memandang Zi Feng yang terlihat tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh Scarlet kepada mereka sebentar tadi.

"Abang,gadis tadi ia langsung tidak menghargai bantuan kita,mengapa kamu tidak membalasnya,lagipun ia cuma orang biasa, miskin dan menjijikkan,ia tak layak untuk diberikan bantuan murah dari kita" ngomel Zi Fang dekat Zi Feng.

"Bukankah ia terlihat terlalu mengasihankan kerana tidak pernah diajarkan cara untuk berterima kasih dan berbicara dengan orang lain oleh keluarganya,bukankah ia harus dibantu bukannya dibuli tuli begitu sahaja" ucap Zi Feng.

Bagi Zi Feng kata-kata Scarlet itu membawa banyak tanda tanya kepadanya.

Apa yang ia tempuhi sampai perkara kecil dan mudah itu sahaja ia tak tahu?

Apa ia pernah mengalami situasi yang sukar di waktu kecil?

Petangnya....

Hari ini tepat pukul 2 empat kelas akan bertanding untuk menentukan kelas yang manakah akan diwakili untuk ke perlawanan antarabangsa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kelas AP lawan kelas AB tiga pusingan.

Kelas AI lawan kelas AF tiga pusingan.

Dimulakan secara serentak.

Perlawanan permainan ini amat mudah tentulah ia permainan bola tampar. Permainan yang sering dijuarai oleh sekolah ****** ini.

Tapi kalau dilihat pada tahun ini ramai pemain yang berpotensi untuk menjadi ahli namun mereka sudah ada pemain lama yang lebih berpengalaman.

Tentulah para pelajar AP kelas yang paling cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Kelas AF pun boleh dianggap setanding, walaubagaimanapun ramai diantara mereka tidak handal apabila bola laju datang mendekat,mereka seperti ketakutan apabila bola lagu mendatang.

Mereka juga tidak sebijak dalam mengatur strategi permainan.

Yang tahu hanya ingin memenangi dan berlagak sombong seperti mereka adalah orang yang pandai dalam permainan itu.

Permainan dimulai secara serentak!

Di perlawanan kelas AP dan kelas AB mengalami perlawanan sengit!

Mereka saling membalas pukulan sehingga pada satu pukulan ini mengenai salah seorang pemain kelas AF.

Hal yang tidak terduga terjadi di hadapan para pemain dan para penonton.

"Cepat bawakan dia ke bilik ruang rawatan khusus,cepat" arah seorang guru yang menjadi guru yang merupakan guru sukan kelas AF,ia juga guru yang melatih mereka untuk bermain permainan ini.

Setelah ia dibawa ke ruang rawatan khusus ia terus disarankan oleh pengadil sendiri untuk mengundurkan diri dari bermain.

Pada hal ini,ia dapat dilihat betapa anehnya pengadil itu.Mengapa ia menasihati pemain kelas AF yang sedang cedera itu,apa ia ada motif.

Hal ini hanya diketahui oleh beberapa pemain dan penonton sahaja,termasuk guru!

Scarlet sudah merasakan kejanggalan dengan cara bermain mereka ini,ia terlihat sengaja namun ia dapat di tutup dengan cara bermain yang bertalu-talu tanpa henti,boleh dikatakan serangan itu memang tidak disengajakan.

Ia begitu licik sekali sejak dari awal permainan lagi.

~"Tuan Chu,terima atau tidak itu kamu punya keputusan, walaubagaimanapun kami akan mempercayainya setelah tuan benar-benar bertemu dengannya"

"Kamu mahu saya bertemu dengan anak kamu sendiri?Untuk apa?"

"Tuan Chu,seorang gadis tentu lemah untuk berlawan terutama sekali anak gadis muda kami ini,jadi saya mohon Tuan Chu bisa membantu saya sebagai balasannya 30 peratus keuntungan dari bonus kami akan diberikan kepada kamu,ingat ya nilainya akan meningkatkan sekiranya ia sentiasa selamat walau dimana pun"

Ia berfikir seketika lalu ia berkata.

"Berikan maklumat tentangnya dan saya akan memulainya pada esok hati,saya jamin dengan nyawa saya yang ia akan sentiasa selamat"

Lalu ia memberikan isyarat kepada pekerjanya untuk memberikan kertas tentang maklumat anaknya itu kepada Chu Bai Qie bersama sejumlah wang pendahuluan dan sekeping kad hitam segi empat tepat.

Ia adalah geran tanah milik keluarga Ning. Hanya setengah darinya, agak-agak ia sebesar mana?

Apa ia sedang bermimpi,kerjanya cuba menjadi spy untuk nya namun sampai begini balasannya bukankah ia terlalu berlebihan.

Bagi keluarga Ning nilai jumlah itu masih terlalu sedikit bagi mereka.

Kenapa orang hebat sepertinya hanya diberikan tugas yang terlalu senang,hanya perlu melindunginya sahajakan.