Setelah bersiap berpakaian baju seragam sukan sekolah ia keluar pun keluar menuruni tangga menuju ke meja makan.
Di atas meja makan itu terdapat sup bubur nasi kegemaran nya.Masakan yang selalu ibunya masak untuknya apabila moodnya terlihat tidak baik.
Ia sebuah kenangan yang dirinduinya.
"Sudah bangun?" tanya Chu Bai Qie sebaik sampai di meja itu lalu ia mengambil tempat di sebelah kiri Scarlet dan menatapnya setiap pergerakan Scarlet.
"Hm".
"Makanlah itu aku yang masak untuk kamu, jangan lihat saja makanan itu nanti sejuk" ucapnya sambil mengusap lembut di kepala Scarlet.
Seketika Scarlet terkejut dengan usapan mengejut itu.Ia tak menolak pelawaan dan mahupun usapan itu.
Scarlet menurut dengan patuh,ia makan bubur itu sampai habis.Ia kembali diam menatap mangkuk kosong dihadapannya.
"Kenapa?" tanya Chu Bai Qie melihat sikap aneh Scarlet yang sentiasa mendiam diri.
"Kamu...tidak sihat?" tanyanya kembali.
Scarlet menggeleng kepala nya,lalu ia menatap Chu Bai Qie.
"Terima kasih" ucap Scarlet.
Suasana menjadi hening.
Dalam banyak-banyak manusia yang aku jumpa tak pernah pula yang sedingin ini. Walaupun ia senyum dari balik tatapan itu terlihat dengan jelas ia hanya tatapan kosong, tiada makna langsung.
"Heheh.....jangan begitu,dah lah mari aku hantarkan kamu ke sekolah"
Huh!huh!
Scarlet mengangguk lalu berjalan menuju ke luar rumah dimana terletaknya kereta jip milik Chu Bai Qie.
Chu Bai Qie hanya mengikuti dari belakang Scarlet.
"Bukan itu,tapi ini" Chu Bai Qie menunjukkan bahawa mereka akan pergi ke sana dengan menaiki kereta sport miliknya.
"????"
Scarlet seketika terkejut.
°°•°°°•
Di sekolahnya!!
Setelah kereta itu berhenti dengan malu ia terus keluar dari kereta sport itu lalu terus berjalan pantas ke kelasnya.
Kereta sport milik Chu Bai Qie telah mengundang perhatian ramai orang sejak dari ia masuk ke perkarangan sekolah itu lagi.
Huh..huh....
Cis tak guna! adakah ia pergi bawa kereta itu masuk ke perkarangan sekolah,kan dah ramai orang tahu aku bukan budak miskin lagi.
_
"Tuan ada maklumat dari gerakan kelas atas" lapornya.
"Ia perbuatan rubah licik itu bukan!" Chu Bai Qie menekanya.
"Ya,tepat sekali.Berdasarkan deria tenaga auranya ia menunjukkan beberapa aksi semalam"ucapnya.
"Bagus,malam ini kita jumpa di lokasi tempat kumpulan kita".
"Baiklah,Tuan.Saya minta diri dulu!Selamat menikmati hari indah anda"ucapnya lalu keluar dari situ.
"Bagus sekali,tunjukkanlah belangmu, malam ini kau akan menjadi mangsa aku"
Di dalam kelas Scarlet terdengar beberapa orang yang sedang berbicara tentang Scarlet.
-Eh,kau tahu tidak,tadi Scarlet datang ke sekolah dengan menaiki kereta mahal.
-Heh! perempuan murahan.Kalau ingin menjadi popular mesti akan lakukan apa saja untuk kepentingan diri dengan mengorbankan kesucian dirinya.
Suara ini amat dikenalinya,ia adalah Cici. Ia memang tidak letih untuk membawang agaknya..
Scarlet hanya mendiam dan sepertinya dia masih boleh terima cacian dari sesiapa pun kerana di akhirnya mereka tetap akan menyesal atas apa yang telah dilakukan oleh mereka kepadanya.
Setelah ia meletakkan beg sekolahnya di lokar belakang kelas,ia terus duduk di kerusi tempat duduknya.
Setelah ia duduk di kerusi itu,ia dapat merasakan cecair dibawah punggungnya. Setelah memastikan cecair itu apa baru ia sedar,ia melihat riak wajah gadis-gadis diluar itu baru ia faham sekarang.
Ternyata gam di atas kerusinya itu dibuat oleh mereka semua yang telah membulinya semalam.
Lagi sekali...
Tapi aneh ada seorang budak perempuan seumuran dengannya berada di bersebelahan dengan Cici mukanya putih pucat sekali,raut muka menunjukkan ia tidak menyukai Scarlet.
Sebenarnya dia itu siapa,apa ia pernah mengenalinya sehingga lirikan matanya pun menunjukkan tatapan benci akannya.
Scarlet merasakan hal itu tiada kaitan dengannya jadi ia tidak menghiraukan jelingan mata itu.
Mata itu masih menatapnya dari kejauhan.
"Kamu!"Zi Fang menegurnya dari pintu masuk.
Ia berjalan pantas ke arah Scarlet seolah Scarlet telah melakukan perkara buruk kepadanya.
Ia meluru ke arah lalu duduk di tempatnya di sebelah Scarlet dan menatapnya.
"Kamu,kereta keluaran baru itu,betulkah kamu datang dengan menaiki kereta sport itu!" tanya Zi Fang dengan penasaran yang memuncak.
"Ya". Scarlet terpaksa mengaku kerana dengan jelas didepan ramai orang lelaki itu hantarnya dengan kenderaan itu.
"Jadi kamu bukannya miskin,jadi selama ini kamu cuma berlakon" ucap Zi Feng tidak percaya dengan apa yang ia dengar dari pengakuan Scarlet sendiri.
"Ya".
"Jadi kereta itu bisa,tak....aku naik?" ia bertanya dengan muka memerah.
Malu selama ini ia sering berkata buruk terhadap Scarlet.
Seketika suasana hening.
"Tak perlu,dirumah tu penuh dengan kereta ayah tak perlulah naik kenderaan orang lain punya" potong Zi Fang,dia tahu Scarlet tak mungkin membenarkan orang lain naik kenderaan termahal itu,kalau orang lain pun akan menolak juga.
Zi Fang menunjukkan riak wajah tidak senang kepada abangnya itu.
Di benak Zi Fang: Bisa-bisa dia berkata begitu, tunggulah dirumah nanti.
PETANGNYA...
Di tempat Ning Su Mo berada.
"Tuan,ada panggilan dari Puan Besar" ucap pelayannya.
"Apa dia?" tanya Ning Su Mo.
"Katanya,ia ingin berjumpa cucunya,Ning Su Mian" ucapnya.
"Itu sahaja?" tanya lagi.
"Dan...." pelayan itu terhenti seketika lalu menyambung ucapannya."Ning Yi Shuang".
Sesiapa pun tahu Ning Yi Shuang merupakan anak kesayangan Tuan Ning.Namun anaknya itu langsung tidak menghargai apa yang diberikan kepadanya.
Ning Su Mo terfikir seketika, kenapa ibunya ingin bertemu dengan Ning Su Mian dan Ning Yi Shuang, bukankah selama ini ia yang ingin mereka berdua berjauhan sesama sendiri.
Ia merasakan hal ini pasti ada yang tidak kena kerana sejak kebelakangan ini cucu keduanya itu sering bertemu dan kini ia mendengar mereka sudah rapat,malah sering berbalas buah tangan.
"Benarkan ia pergi,tapi jangan suruh Tuan Chu mengikuti Ning Yi Shuang sewaktu ia masuk ke kediaman itu" arah Ning Su Mo kepada pelayannya itu.
Oleh kerana pelayan yang diambilnya semuanya sudah terlatih sehingga ia tahu apa yang ia harus bertindak atau pun tidak.
"Baiklah,siap dilaksanakan".
Seperti biasa setelah ia keluar dari kawasan persekolahan itu ia terus ke cafe yang ia bekerja selama ini.
Namun kali ini lain....
"Kereta sport itu..." dibenak pikirannya menjerit marah kereta kepunyaan Chu Bai Qie.
Sejak bila ia parking kereta itu di pertengahan lapangan padang sekolah.
Oleh kerana tidak ramai murid yang lalui kawasan padang sekolah pada waktu itu,ia pun berjalan pelan menuju ke kereta itu.
"Kamu sudah tiba,jom kita akan ke kota B" ucapnya lalu membuka pintu kereta itu untuk Scarlet duduk lalu ia tutp pintu semula setelah Scarlet masuk lalu ia terus menghidupkan enjin kereta itu dan terus bergerak keluar dari sekolah itu.