webnovel

Hanya si Dia

Pada minggu pertama bulan puasa, Wanie menjadi isteri Afif. Pertama kali Wanie baru kenal Afif dan pertama kali Wanie jatuh cinta. Baru beberapa minggu Wanie sah jadi isteri Afif, Wanie selalu kena pukul dengan suaminya, Afif. "Sayang dah letak ubat? Macam tak surut ja abang tengok." - Afif "Kan abang buang ubat tu semalam." - Wanie "Sayang... Apa gunanya abang?" - Afif "Abang Fif pernah kah jadi macam ni sebelum ni?" - Wanie "Ini kali pertama baba tengok anak baba macam itu Wanie. Ini kali pertama." - Tuan Shariz Puan Fatimah yang tak sanggup melihat menantunya kena dera dengan anaknya, Afif. Di cuba pujuk anaknya untuk berhenti dari memukul isterinya. "Jangan pukul isteri kamu lagi Fif. Ummi merayu." - Puan Fatimah "Izinkan abang perbetulkan kesilapan abang." - Afif "Abang buat hanya untuk sayang. Abang buat untuk kembalikan senyuman sayang." - Afif "Abang akan usaha buat sayang senyum dekat abang." - Afif Afif yang duduk sendirian di luar rumah, termenung jauh. Di ingat kembali kata-kata terakhir isterinya. "Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu." - Wanie

CikRose · Urban
Not enough ratings
20 Chs

Bab 14

Afif dan Aiman sedang masak dekat dapur, Wanie, Aiyin dan Aenin ganggu ketenteraman Afif dan Aiman memasak. Aiyin lah ketua dalam kacau mengacau ni.

"Apa ni? Potong apa macam tu?" Tanya Wanie melihat Afif memotong bawang tak sama. Afif memandang isterinya dengan sengehan.

"Salah eh?" Tanya Afif sambil berhentikan kerjanya.

"Memang salah lah." Marah Wanie. Afif terdiam, di pandang isterinya lama. Aiman yang duduk di sebelah mereka turut diam, begitu juga Aiyin dan Aenin. Afif dekatkan bibirnya di telinga Wanie.

"Abang tak nak pukul sayang lagi, jadi tolong.. Jangan buat abang marah." Wanie terdiam, tangannya yang memotong bawang tadi berhenti. Afif berjalan meninggalkan ruang dapur. Wanie memandang bawang besar lama. Di genggam erat pisau di tangannya. Aiman yang dengar bisikan itu memandang belakang Afif yang mula hilang dari pandangan. Aiman memandang Wanie lama.

"Wanie jatuh, sebab tu lebam."

Ayat yang ditanyanya pagi tadi apabila dia melihat bibir Wanie lebam. Aiman menggenggam penumbuknya geram, dia turut pergi meninggalkan ruang dapur, Aiyin dan Aenin mengerut dahi dan berjalan perlahan dekat Wanie.

"Fif, kita cakap sikit." Aiman berjalan ke arah Afif yang duduk di sofa.

"Kenapa?" Tanya Afif malas.

"Bukan dekat sini. Ikut aku." Aiman berjalan keluar dari rumah, Afif yang malas di ikut juga langkah kawannya itu.

Aiman berdiri di tepi kolam ikan dia menunggu ketibaan kawannya.

"Apa yang kau nak cakap? Sampai bawa aku ke." tak sempat Afif habiskan ayatnya satu pukulan hinggap di pipinya. Perit wei. Afif pandang wajah bengang Aiman.

"Aku dah cakap! Jangan hang layan Wanie macam bantal hang!" Tempikan Aiman mengejutkan ketiga gadis di dapur. Afif memandang Aiman geram.

"Aku ter Man. Aku terpukul dia!" Afif membela dirinya. Aiman dengar bisikannya tadi. Ceh.

"Ter? Atau sengaja?" Aiman mengacukan soalan mengejek. Afif diam, tiada ayat dia hendak balas.

"Sepupu aku bukan barang hang boleh pukul dia sesuka hati. Dia manusia Fif. Manusia!"

"Cukup!" kedengaran suara seseorang dari belakang mereka. Afif memandang isterinya yang berlari anak ke arahnya.

"Abang ok?" Tanya Wanie risau, di belek wajah suaminya. Afif memandang wajah Wanie lama.

"Ab-abang ok." Wanie senyum apabila mendengar jawapan suaminya. Wanie memandang Aiman yang turut memandangnya.

"Wanie yang salah. Wanie tak dengar cakap abang Fif." Wanie menunduk dari terus melawan mata dengan Aiman.

"Sampai pukul Wanie macam ni?!" Afif memandang wajah Aiman dan Wanie silih berganti.

"Ini hal rumahtangga Wanie. Abang Aiman jangan masuk campur.."

"Jangan masuk campur? Wanie.. Abang dah beritahu Wanie awal-awal pasal Afif." Afif terkejut dengar kata-kata yang keluar dari mulut Aiman. Wanie dah tahu?

"Tapi nak kahwin juga dengan Fif sebab apa? Sebab Wanie cintakan Fif, padahal Fif langsung tak cintakan Wanie. Sedar tu Wanie. Sedar tu!" Aiman jerit geram. Ya. Dia pernah beritahu semuanya tentang Afif sebelum Wanie jadi isteri Afif. Dia tak nak sepupunya orang pertama jadi pukulan Afif. Macam mana dia tahu? Dia pernah nampak dengan matanya sendiri. Wanie gigit bibirnya, ya.. Dia dah tahu semuanya pasal Afif, tapi dia degil. Dia degil nak kahwin juga dengan Afif, sebab dia cinta laki tu. Afif memandang isterinya yang menundukkan kepalanya.

"Tak boleh ka Wanie mencintai seseorang?" Wanie memandang wajah Aiman. Aiman ketap bibirnya geram.

"Boleh Wanie.. Boleh. Tapi.. Bukan orang yang tak cintakan Wanie." Aiman selangkah kehadapan. Wanie mengundur dan dia terlanggar Afif.

"Aku cinta sepupu kau Man. Aku minta maaf sebab tak kawal perasaan aku. Aku minta maaf sebab pukul sepupu kau. Aku janji Man, aku tak akan pukul dia lagi." Afif memegang kedua bahu Wanie. Tak. Dia tak cinta pun Wanie, tapi dia tak sanggup kehilangan Wanie. Dia kenal Aiman, Aiman akan bawa Wanie pergi dari hidup dia. Dia tak nak kehilangan gadis ni.

"Aku tak percaya hang Fif. Sikit pun aku tak percaya."

"Abang Aiman, abang Fif. Rasanya kita tak patut gaduh, bulan puasa ni kan." Aiyin jalan menghampiri Aiman, Wanie dan Afif.

"Wanie masuk dulu, nak masak." Wanie berjalan menghampiri Aiyin dan mereka berjalan sekali masuk dalam rumah. Aiman memandang Afif geram. Afif turut memandang Aiman.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Di meja makan, suara Aenin dan Aiyin yang kedengaran. Afif, Wanie dan Aiman hanya diam. Aiman pandang Wanie asyik memandang ke arahnya dengan takut-takut. Afif pula pandang wajah Aiman yang menikam wajah Wanie sampai takut Wanie di buatnya.

"Wanie.. Rindunya aku dengan masakan hang." Kata Aiyin yang telah mengulang ayat yang sama.

"Diam! Makan sudah jangan dok hingiaq." Aiman memandang Aiyin geram. Terkejut juga Wanie apabila dengar suara Aiman. Ini entah kali berapa dia nampak Aiman marah sebegini. Last pun masa dia panjat pokok rambutan masa umurnya 14 tahun. Aiyin dengan perangainya membalas kata-kata Aiman.

"Ish! Sakit tinga lah. Jerit-jerit apa tak tau!" Marah Aiyin pula. Aiman cubit geram lengan Aiyin perlahan.

"Sakitlah tenuk!" Kata Aiyin geram. Wanie senyum kecil sambil melihat suaminya yang turut senyum dengan kata-kata Aiyin.

"Abang nak lagi?" Tanya Wanie setelah dia lihat pinggan Afif tiada nasi.

"Tak apa.. Abang boleh tambah sendiri." Afif senyum kepada isterinya sambil di usap perlahan kepala isterinya yang berlapik tudung. Wanie hanya senyum, pandangannya di curi-curi melihat Aiman yang pandangnya tajam, terus di tunduk kepalanya. Afif yang perasan dengan perangai isterinya, matanya memandang Aiman yang sedang minum air.

"Man, aku tahu isteri aku cantik. Cukup-cukuplah kau tengok isteri aku macam tu."

Puff.

Aiyin, Wanie dan Aiman tersembur serentak. Afif mengurut belakang isterinya. Dia tersalah timing pula nak kenakan Aiman.

"Sayang ok?" Wanie menganggukkan kepalanya.

"Isteri hang ok.. Aku dok." Aiman jeling Afif geram, terbatuk kecil di buatnya.

"Aku nak kenakan kau. Tapi isteri aku turut tersedak pula." Afif sengeh sendiri.

"Jangan lupa. Aiyin pun kali na.." Aiyin turut jeling Afif.

"Aenin tak." Aenin menganggukkan kepalanya perlahan. Macam-macam adik-beradik ni.

Selesai solat maghrib mereka menuju ke ruang tamu. Wanie dan Aiyin cepat-cepat meninggalkan Aenin yang tertinggal dari belakang. Afif dan Aiman jalan perlahan ke ruang tamu, Aenin yang di belakang mereka berlari laju dan langgar Afif dan Aiman. Aiman memandang adik bongsunya geram.

"Yang hang pasaipa Aenin?" Jerit Aiman apabila Aenin langgarnya tanpa sebab.

"Terlangar abang. Be cool ok." Aenin senyum sambil di angkat dua jari di pipinya.

"Banyaklah hang cool. Aku tengah panas ni." Aiman ketuk kepala Aenin apabila duduk di sebelah adiknya.

"Sakit.. Lahh.." Aenin usap kepalanya yang berlapik.

"Cita apa ni? Sampai kelam kabut hampa ni?" Aiman tengok iklan yang di tayang. Cerita apa waktu macam ni.

"Tengok berita ja." Aiyin gelak sakan. Wanie turut ketawa dengan kata-kata Aiyin.

"Ceh." Aiman jeling Aiyin yang masih ketawa.

"Tak lah abang Aiman. Ni tengok cita yang Wanie download. Kejap nak buka." Wanie buka galeri dalam hpnya dan tekan cerita hantu chucky.

"Cerita hantu?" Afif memandang isterinya. Wanie sengeh.

"Abang teman malam ni.." Wanie letak hpnya di atas meja.

"Tak nak teman.. Biar sayang tidur dengan hantu.. Aduhhh!" Afif terjerit dengan cubitan isterinya.

"Padan muka!" Wanie lepaskan tangannya dari pinggang Afif. Afif mengurut perlahan pinggangnya. Sakit oiii.