Malam itu Reza menawarkan diri untuk menjemputnya di Klinik. Matanya memandang ke luar tingkap melihat lampu-lampu di kiri dan kanan yang menyinari jalan raya.. Beberapa buah kenderaan juga sudah memotong kereta yang dinaikinya. Ju kembali menoleh ke arah wajah Reza yang sedang memandu di sebelahnya. Lelaki itu mendiamkan dirinya sejak tadi tidak seperti hari-hari lain. Dia cukup berbeza hari ini.
"You kenapa diam je hari ni? You sakit ke?" soal Ju lalu cuba menyentuh dahi Reza dengan tapak tangannya. "Kalau you sakit you beritahulah I," katanya lagi.
"I tak sakit I just penat sikit je," balas Reza. Dia masih cuba menghadiahkan senyumannya walaupun tawar.
"Kalau you ada problem you boleh cerita dekat I," kata Ju menawarkan dirinya. Reza memegang tangan Ju lalu mengusapnya dengan lembut. Dia masih lagi tersenyum. Ju juga turut tersenyum melihat lelaki di sebelahnya itu. Sebenarnya dia mahu tahu lebih lanjut mengenai Bazli tetapi lelaki itu seolah-olah mengelak.
"I nak bawa you pergi taman boleh?" soal Reza.
"Boleh. Bawalah I ke taman tu. Nanti you boleh ceritakan dekat I apa problem you tu," jawab Ju lalu mengusap-usap paha lelaki itu. Reza meneruskan pemanduannya ke taman.
Tiba di taman, mereka berdua terus keluar daripada kereta dan bersama-sama menuju ke bangku yang disediakan. Hanya ada beberapa orang saja yang sedang melepak di taman itu tanpa menghiraukan mereka berdua. Ju terus duduk di atas bangku tanpa mengajak Reza. Reza hanya berdiri lalu mengeluarkan kotak rokoknya.
"You cepatlah I nak dengar problem you tu," kata Ju sambil menarik lengan Reza supaya lelaki itu duduk di sebelahnya. Reza terus duduk di sebelah Ju dan menghembuskan asap rokok. Ju terpaksa menjadi seorang yang tidak kisah menghidu asap berbahaya itu.
"Sebenarnya I tak selesa dengan housemate I tu. I rasa dia tu macam ada benda yang tak kena tau tak," terang Reza. Ju sedikit tersenyum sinis dan bersemangat.
"Yang nama Bazli tu kan? Kenapa dengan dia? I tengok okey je," balas Ju lalu mengusap pipi Reza.
"Orang lain tengok dia tu okey je tapi I ni haa duduk serumah dengan dia dah lama kot," terang Reza lagi. Kali ini dia nampak seperti tidak berpuas hati.
"Dia pernah ke buat something dekat you? Macam sentuh kulit you macam ni..." kata Ju lalu memegang tangan Reza dengan kuat.
"Sentuh tu tak pernahlah cuma I rasa dia selalu perhatikan I je. Entahlah mungkin I banyak fikir jekot he he," balas Reza sambil tersengih. Dia menghisap rokoknya lagi.
"Tapi you kena hati-hati, I dengar kadang-kadang manusia ni pun ada yang tak waras. Mungkin Bazli tu gila?" terang Ju. Dahi Reza terus berkerut mendengar ayat yang keluar daripada mulut Ju itu. Dia menghisap rokoknya lagi. "Eh you jomlah balik I nak keje esok," kata Ju lagi lalu dia berdiri menarik lengan Reza.
"Ahad pun kerja ke?" soal Reza. Ju tersenyum lalu mengangguk kepalanya. "Laa jomlah I hantar you balik." Mereka berjalan menghampiri kereta yang diparkir. Reza memandu keretanya untuk menghantar Ju pulang dengan segera.
Ju membawa keluar telefonnya dan menyedari ada beberapa panggilan daripada Zizi sejam lepas. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada perempuan itu.
**
Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu. Dia perlahan-lahan menuju ke bilik Bazli yang sentiasa tertutup rapat. Reza cuba memulas tombol pintu beberapa kali dengan perasaannya yang berdebar.
"Kau nak masuk bilik aku ke?" soal Bazli di sebelahnya. Reza sedikit terkejut mendengar suara Bazli. Dia tergamam memandang wajah Bazli di sebelahnya itu. Bazli terus memulas tombol pintu lalu menolak pintu sehingga terbuka luas. "Dipersilakan masuk," kata Bazli.
"Sorry..." kata Reza lalu meluru ke biliknya. Dia mengunci pintu biliknya dan terus duduk di atas katil sambil memandang kiri dan kanannya. Perasaannya menjadi kacau ketika ini.
"Sejak bila dia muncul dekat sebelah aku?!" soalnya sendiri. Dia tertanya-tanya dengan dirinya sendiri. Reza berasa sangat dahaga di saat dia sedang berdebar.
Tombol pintu biliknya dipulas dan ditarik. Dia menjenguk ke luar melihat ke arah bilik Bazli yang tertutup rapat. Tiada bunyi bising televisyen atau orang sedang berjalan. Dia pasti Bazli sudah tidur di dalam biliknya sekarang. Reza menarik nafasnya dalam-dalam lalu melangkah ke peti sejuk. Dia pantas membuka pintu peti sejuk dan melihat tiada air langsung air kosong di dalamnya. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai gelas dan membuka air sinki lalu meminum air sinki sebanyak mungkin sehingga rasa dahaganya hilang.
Matanya kembali memandang sekeliling rumah. Tiada tanda-tanda Bazli keluar daripada biliknya. Dia menghembuskan nafas lalu kembali ke bilik.
Reza merebahkan diri di atas katil sambil membuka galeri telefonnya. Dia ingin menenangkan jiwanya yang kacau ketika ini. Gambar-gambar budak perempuan yang diambilnya selama ini ditatap dengan penuh nafsu. Reza tersenyum melihat gambar-gambar budak-budak perempuan bawah umur yang dilihatnya sangat seksi walaupun tidak berpakaian terdedah. Perlahan-lahan matanya menjadi berat dan terlena dengan sendiri.
**
Ju tidak habis-habis memikirkan Bazli. Dia tahu lelaki itu hanya terpikat dengan lelaki bernama Reza itu. Dia harus memikirkan sesuatu agar Reza membawanya masuk ke rumah mereka berdua. Tangannya tidak henti-henti memegang pisau yang menjadi sejarah buatnya pada masa dahulu. Pisau itu yang telah mencederakannya dan bakal memakan tuannya sendiri nanti.
"Aku akan balas dendam! Balas dendam!!!" jerit Ju. "Bazli tak guna! Aku akan bunuh kau dengan pisau ni sendiri! Arghhhhhhhh!!!" jerit Ju lagi seperti sudah hilang kewarasannya. Dia memegang pula kepalanya yang sakit lalu dengan pantas membuka beg tangannya mencari sesuatu di dalam.
"Arghhh! Mana mana ubat aku! Bodoh manaaa!!!" jeritnya lagi yang tidak dapat mengawal emosinya sendiri. Sebotol pil dikeluarkannya lalu ditelan oleh Ju beberapa biji pil untuk menenangkan diri. Dia kembali berdiri dan berjalan-jalan sekeliling rumahnya sambil membawa pisau tadi. Dia mula ketawa sendiri dan bernyanyi-nyanyi.
"Bazli yang bunuh perempuan-perempuan yang hilang tu selama ni kan?! Macamlah aku tak tahu yang kau benci dengan perempuan!!!" kata Ju lagi. Dia ketawa lagi lalu terduduk di atas lantai. Tangannya bermain-main pisau yang dipegangnya. Air matanya mengalir pula mengenangkan wajah Bazli lagi. Ju tidak dapat melupakan cinta pertamanya itu sejak 10 tahun lalu. Walaupun lelaki itu pernah mencederakannya.
Hati Ju berbelah bahagi sama ada mahu membunuh atau mencintai lelaki itu. Tidak pernah dia menerima mana-mana lelaki yang datang di dalam hidupnya sejak dahulu. Hatinya tetap mahukan Bazli.
"Mama? Mama kenapa? Adik dengar mama jerit-jerit," tanya Batrisya sambil menggosok kelopak mata. Dia terjaga saat terdengar suara Juliana menjerit sebentar tadi.
"Maafkan mana sayang, mama sedih," balas Ju lalu mengusap pipi dan rambut anaknya.
"Kenapa mama sedih? Mama rindukan papa ke?" Soal Batrisya yang tidak mengerti apa-apa.
"Batrisya nak jumpa papa tak?" Tanya Ju.
"Bat taknak jumpa papa sebab papa jahat. Dia buat mama sedih!" Balas Batrisya.
"Bagus Bat, Bat kena janji sayangkan mama seorang je dalam dunia ni tau," kata Ju lalu memeluk erat tubuh anaknya.