webnovel

Ayoh masanya pulang

Namun ketenangan yang tercipta tidak berkekalan lama saat orang-orang dari klan Black Lotus itu yang disangka telah pergi dalam sekelip mata malah kini sudah berada di depan mata dan lebih parah lagi kini dia berada di dalam lingkungan bahaya dimana dia berada dalam posisi dikepung.

Dia kaku tidak mampu bergerak kerana keterkejutan yang amat. Dia benar-benar tidak akan menjangka akan jadi seperti ini.

"Akhirnya dapat juga kau kelinci putih"

Seorang lelaki maju ke depan dari arah barisan kedua. Dapat dilihat senyuman yang tak mampu diertikan terbit di sudut bibir itu. Lelaki itu terus maju selangkah demi selangkah. Mampu dia lihat bayangan ngeri yang hadir dalam atmosfera aneh yang terhasil.

"Lama tidak bertemu....."

Melihat lelaki itu yang sepertinya tidak akan berhenti untuk melangkah, refleks dia mengeram kecil sehingga menampakkan kedua-dua taringnnya yang tajam dan sedia untuk menyerang jika lelaki itu terus melangkah.

Namun apa yang keluar dari mulut lelaki itu pada minit seterusnya berjaya membuat dia tergamam kaku.

"Lama tidak bertemu....Countessa"

Lenyap terus ngeraman dan cahaya yang memancar dari anak mata indah itu saat namanya lancar disebut jelas oleh lelaki di hadapannya. Dia tidak habis fikir jika lelaki yang sama sekali tidak dikenalinya mengetahui namanya. Tapi jika diamati dengan teliti wajah lelaki itu seperti nya familiar baginya tapi dia tidak ingat di mana dia pernah melihat wajah itu.

Bagaimana lelaki ini tahu nama sebenar dia. Countessa, itu adalah nama yang sama sekali tidak ada yang tahu. Selama ini dia hanya memanggil dirinya dengan nama Alisa. Siapa lelaki ini?

Kekehan kecil terdengar meniti di bibir lelaki itu. Lucu mungkin melihat reaksi dari gadis cantik di hadapannya.

"Setelah begitu lama tidak bertemu, bahkan kau tidak mengenaliku sedikit pun Countessa"

Countessa diam tidak membalas. Hanya anak matanya sahaja yang terus bergerak resah. Respon gadis itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa yang sukar dinyatakan oleh kata-kata. Terasa sakit menjalar di relung jiwa. Apa yang sudah berlaku dengan gadis itu. Kenapa langsung tidak mengenal dirinya namun dia tidak memperlihatkan nya.

"But...you change a lot Countessa"

Apa maksud lelaki itu. Dia tahu siapa nama aku dan tahu siapa aku mungkin. Tapi siapa dia. Seingat dia, dia tidak pernah kenal atau mungkin bertemu dengan lelaki di hadapannya ini. Tapi kenapa cara lelaki itu berbicara seolah-olah mereka sudah lama kenal. Apakah ada yang sudah terlepas olehnya akhir-akhir ini ataupun mungkin saja ada sesuatu yang terjadi pada nya tetapi jujur jika dia benar-benar tidak mengenali lelaki itu.

Aah sakit. Kepalanya sakit. Terlalu banyak persoalan yang datang serentak menyerbunya. Jemarinya naik meremas rambut panjangnya berharap agar sakit di kepalanya sedikit mereda. Namun kesakitan itu malah semakin berdenyut. Remasan pada rambutnya semakin kencang.

"Apa yang k..kau nak"

Bergetar suara Countesaa menahan sakit di kepalanya yang semakin menyeksa. Tajam matanya menikam ke arah lelaki itu.

Pertanyaan yang muncul dari mulut gadis itu seakan-akan satu bilah belati yang menusuk sebentuk hatinya yang tak terlihat oleh mata kasar. Sakit.

"Apa yang aku nak? Aku hanya ingin bawa kau kembali sayang."

"Bukankah kau sudah berjanji untuk pulang setelah puas bermain? Tapi kau sepertinya melupakan janjimu. Kau terlalu lama jadi aku datang untuk menjemput mu pulang."

"Jadi ayoh masanya pulang"

Lelaki itu menghulurkan tangan ke arah Countessa. Seperti seorang ibu yang menjemput anak nya untuk pulang dari bermain. Tidak lupa juga dengan senyuman manis di bibir lelaki itu.

Tergamam Countessa mendengar apa yang baru saja dikatakan oleh lelaki di hadapannya itu. Lelaki ini benar-benar bukan orang biasa yang boleh dia pandang rendah. Lelaki itu bahkan dengan cepat dapat merubah ekspresi dan berbuat seolah-olah tidak ada yang berlaku. Dia cuba berlagak tenang namun ketenangan yang tergambar di wajah itu sama sekali tidak selari dengan keresahan di hati.

"Janji? Aku ada ke janji macam tu?"

"Dan kau siapa. Aku tak ingat pernah kenal dengan kau"

Jawapan Countessa membuat lelaki itu mengangkat keningnya. Aneh. Aneh dengan jawapan gadis itu. Jawapan yang sedikit sebanyak menggariskan luka di dalam hati. Tapi dia tahu kenapa gadis itu tidak mengingatinya. Terima kasih kepada penilik kuil itu bahkan Countessa tidak dapat mengingat langsung siapa dia.

Countessa terasa ingin pitam apatah lagi tubuhnya yang saat ini sedang dalam keadaan yang tidak baik-baik sahaja. Mungkin kerana makan dan minum yang tidak teratur selama pelarian nya dari penculik nya itu.Pandangan mata pula semakin kelam dan kabur namun digagahkan dirinya untuk tetap berdiri.

"Ahaha jangan pura-pura lupa Coun...te..ssa.."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya tiba-tiba tubuh mungil di hadapannya itu jatuh ke atas lantai hutan tanpa aba-aba. Membulat besar mata Arxalex saat tubuh Countessa ambruk di hadapannya.

Serentak degupan jantung yang terasa hampir ingin meletup Arx meluru mendapatkan gadis itu. Tubuh itu ditarik ke dalam dakapannya. Pipi gadis itu cuba ditepuk-tepuk perlahan berharap agar gadis itu sedar. Namun tidak ada respon.

Arx mengigit bibir kuat. Saat ini terasa dia benar-benar lemah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu sebetapa besar rasa takut dan risau dalam dirinya saat ini. Takut kehilangan kali kedua insan yang sangat berharga dan istimewa yang sekian lama hilang terpisah darinya setelah kejadian itu.

Apa yang sudah terjadi pada gadis itu saat mereka terpisah. Siratan membunuh dalam tatapan tajamnya itu benar-benar mengerikan. Bahkan gelapnya malam juga kalah dengan tatapan ngeri itu.

"Kita pulang sekarang. Buka teleportasi Hesvert"

"Baik yang mulia"

.

.

.

.

.

Ni cerita ketiga saya k. Cerita yang lain tu buat masa ni stop dulu sbb idea nak buat tu rasa macam dah terbang hilang plk 😌😁