webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · General
Not enough ratings
13 Chs

10 “Why?!!”

____________________________

"good lancarkan plan kita"arah suara itu. Lelaki yang duduk selang tiga baris dari tempat Medina duduk memandang ke seorang lelaki yang berpakaian seperti salah seorang AJK pesta lelong tersebut.

Dia mengangguk dan lelaki itu juga mengangguk. Kemudian,Encik Lim naik ke atas pentas. Nampaknya,acara bakal bermula sebentar sahaja lagi. Lelaki yang menyamar menjadi salah seorang AJK pesta tersebut segera mengambil tempat.

"baiklah semua,sebelum kita bermula. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini. Baiklah mari saya perkenalkan barang antik yang pertama"ucap Encik Lim sambil menanti AJK bertugas meletakkan barang lelongan yang pertama di atas pentas.

Encik Lim mendekati barangan lelongan yang pertama lalu menarik kain putih yang melitupi barang tersebut. Para hadirin yang hadir,mula bercakap antara sesama sendiri.

"baiklah ini,ialah lukisan terkenal yang sudah berusia dalam 3000 tahun yang lalu oleh seorang pelukis terkenal dari Perancis. Lukisan ini pada asalnya dimiliki oleh keluarga Hendry selama 200 tahun lamanya. Baiklah saya akan buka bidaan"Encik Lim memulakan bidaan.

"300,000!"teriak satu suara dan ianya datang daripada lelaki yang duduk selang tiga baris dari tempat Medina duduk.

"baiklah 300,000!"

"350,000!!"jerit satu lagi suara. Nampaknya,suasana mula menjadi lebih menyeronokkan.

"don't you want to bid?"soal lelaki yang duduk di sebelah Medina itu. Medina tersenyum. Setelah masuk ke pusingan ke-5,pesta lelong tersebut menjadi lebih meriah.

"12,000,000! ada sesiapa lagi yang berminat?!"tiada respon.

"12,000,000 satu!!"Encik Lim mula mengira. Tetap sama tiada respon.

"12,000,000 dua!!"situasi sama. Baru sahaja Medina ingin mengangkat tangan untuk turut membida. Satu tembakan dilepaskan menjadikan suasana sunyi untuk seketika.

"mampuslah kau Imran Hakimi!!"jerit lelaki yang duduk selang tiga baris dari tempat Medina duduk. Medina kaku untuk seketika. Imran Hakimi? Medina memandang ke sebelahnya. Imran membuka kaca matanya. Medina terdiam. Macam mana dia boleh tidak tahu?

Imran berdecit. Tak guna. Tangan Medina dicapai lalu ditarik apabila lelaki tersebut mensasarkan Medina. BAMM!! Medina terkejut. Tembakan tersebut tepat mengenai bahu kanan Imran.

Beberapa das tembakan dihalakan pada lelaki yang menembak Imran tadi.

"bos!!"Hans yang tiba tepat pada masanya menerpa ke arah Imran yang sudah cedera. Imran dipapah lalu meninggalkan Medina di situ sendirian dalam keadaan terkejut.

"Yanna!!"Haziq yang baru tiba meluru ke arah Medina yang duduk sendirian akibat terkejut. Dia segera datang ke tempat kejadian apabila mendapat panggilan daripada Clarina bahawa Dato' Kahairul dan Datin Amilea terlibat dalam kemalangan.

Namun,dia tidak menyangka bahawa tempat tersebut berada dalam suasana yang berbahaya sebentar tadi. Bahu Medina dipaut. Medina terus tersedar. Wajah Haziq dipandang bingung.

"yanna.."Haziq mengeluh pendek.

"Haziq? Kenapa?"soal Medina. Haziq tidak tahu hendak mengatakan apa.

"uncle dengan aunty.."Medina risau.

"kenapa dengan diorang?"soalnya panik.

"Clarina call tadi,diorang cakap.."Haziq berjeda. Medina menanti dengan debaran.

"uncle dengan aunty kemalangan"Medina berasa seperti dihempap batu. Dia segera bangkit lalu keluar dari dewan menuju ke kereta.

"Yanna!!"Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengejar Medina. Dengan keadaannya yang seperti itu,dia tidak boleh memandu.

___________________________

"Anne,Manda,Jeff, abang Mika"Clarina,Cassandra dan Mikail berdiri sebaik mereka perasan kehadiran Medina dan Haziq. Medina memandang ke arah mereka berempat kemudian ke arah bilik ICU.

"Yanna..."Mikail mendekati Medina. Medina memandang Mikail. Tangisan cuba ditahan.

"mama dengan papa akan selamat kan.."ucapnya sambil memandang Mikail,Jefri,Cassandra dan Clarina silih berganti. Dia tunduk.

"yes,Yanna tahu mama dengan papa akan selamat..yes"Medina cuba menyedapkan hati dan berfikiran positif. Mikail memeluk Medina. Dia tahu adiknya sedang risau dan terkejut dengan apa yang terjadi.

"yes,mama dengan papa akan selamat"kepala Medina diusap lembut. Clarina dan Cassandra berpegangan tangan cuba menyalurkan kekuatan antara satu sama lain. Jefri pula hanya tunduk. Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari bilik ICU. Mereka semua yang berada di situ bangkit dari duduk lalu meluru ke arah doktor.

"doktor,macam mana?"suasana sunyi untuk seketika.

____________________________

"bos?"Hans membantu Imran duduk. Imran memegang bahunya yang luka akibat tembakan. Wajah Hans dipandang.

"macam mana? Macam mana dengan perempuan tu?"Hans menghulurkan tab.

"bos tak perlu risau,dia selamat. Cuma,"Hans berjeda. Imran mengangkat wajah lalu memandang ke arah Hans.

____________________________

Medina lebih banyak diam,mengelamun sepanjang majlis pengebumian Datin Amilea dan Dato' Kahairul. Clarina tidak pernah meninggalkan sisi Medina. Cassandra pula sibuk di dapur membantu Mak Jah dan beberapa pembantu rumah yang lain. Manakala Mikail dan Jefri pula sibuk melayan tetamu yang hadir.

"Rin.."tegur Velerie. Clarina bangkit dari duduknya. Mereka saling berpelukan. Medina termenung.

"thanks sebab datang"ucap Clarina. Cassandra yang membawa dulang kosang singgah menemui Velerie dan Haziq sebelum kembali ke dapur.

"Vel,abang Haziq"tegurnya. Velerie dan Cassandra berpelukan. Mereka memandang ke arah Medina yang duduk termenung. Clarina mengeluh.

"macam tu la keadaan Kak Yanna sejak peristiwa hari tu..dia lebih banyak mengelamun.."Medina menangis dengan pantas Cassandra memeluk Medina.

"lepas tu nangis..itu je"jelas Clarina.

"dia nampak kurus sangat"Haziq membuka bicara. Clarina mengeluh. Medina akhirnya kembali tenang. Datin Safura datang ke arah Medina dan yang lain bersama dengan Sarah. Dia menggeleng.

"kesian..dah jadi anak yatim"Clarina dan Cassandra menahan geram dengan sikap Datin Safura.

"mummy.."tegur Velerie. Dia tidak suka dengan sikap Datin Safura yang suka menyakitkan hati orang.

"haih macam mana lah nasib keluarga korang ni nanti kan.."Sarah berjeda. Haziq sudah menekup wajah.

"sudahlah anak yatim piatu. Lepas tu bisnes pulak dah nak lingkup"tambah Sarah sambil bermain dengan kuku cantiknya. Tetamu yang ada di situ menggeleng kepala perlahan. Masak benar dengan perilaku dua beranak itu.

"Sarah! You boleh stop tak? Hormat sikit"tegur Haziq bengang. Sarah menghadiahkan jelingan.

"I don't think that bisnes family dorang akan lingkup..there still have a way"tegur satu suara. Tetamu yang ada di sana memandang ke arah suara tersebut.

BERSAMBUNG...

well double update today :)

MeiXuercreators' thoughts