"Nama saya Xia," Xinghe menjawab dengan ringkas. Pengurus tersebut menjeling pada Xinghe untuk mengenal pasti kewarganegaraan Xinghe. Dia bertanya dengan sopan, "Cik Xia, kamu berhasrat untuk melakukan pertukaran satu ratus juta, betul?"
"Ya."
"Baiklah, tapi saya perlu jelaskan sesuatu kepada kamu dahulu. Oleh kerana isu kadar pertukaran, satu ratus juta USD hanya boleh ditukarkan kepada lapan puluh juta nilai jongkong emas. Dengan kata lain, kamu akan kerugian dua puluh juta USD, adakah kamu setuju dengan syarat tersebut?"
Itu benar, Xinghe menukarkan kepada mata wang USD dan bukan mata wang negara Y. Disebabkan oleh itu kumpulan Sam berasa terkejut. Jumlah wang tersebut sangat besar.
"Xinghe, mari hentikan pertukaran ini, ia tidak berbaloi," Ali meluahkan. Dia tidak mahu Xinghe kerugian dua puluh juta dalam transaksi tersebut.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com