webnovel

Tentang Pertunangan Kita

Editor: EndlessFantasy Translation

Tetapi, Tianxin fikir yang Xinghe hanya sekadar berlakon sahaja. Dia pasti sedang memaksa diri untuk bertenang.

'Apa lagi yang boleh perempuan jalang ini buat?

'Dia pasti sedang menderita di dalam hati sekarang!'

Tianxin geli hati memikirkan pergolakan di dalam hati Xinghe. Ia membuatkan dia berasa ingin ketawa dengan kuat.

Tetapi sudah tentulah dia tidak boleh ketawa sekarang, jadi dia hanya tersenyum lebar.

"Mubai, kenapa kamu jemput Cik Xia datang hari ini?" Tianxin membuat keputusan untuk bertanya, malah dia menggunakan panggilan Cik Xia untuk merujuk kepada Xinghe.

Soalan ini telah berlegar-legar di minda kebanyakan orang di dalam bilik.

Pada ketika itu, para pelayan telah selesai menghidangkan makanan.

"Jemput makan, kalau ada apa-apa yang kamu perlukan, sila bunyikan loceng servis," kata ketua pelayan dengan senyuman. Kemudian, dia mengiringi kesemua rakan sekerjanya keluar dan menutup pintu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com