webnovel

Xinghe mengerutkan dahi. "Tapi kenapa seorang doktor tiba-tiba menyerang Presiden?"

"Itu masih disiasat dan doktor itu sedang disoal siasat." soalan Xinghe ini dijawab oleh Tong Liang.

Xinghe berpaling untuk melihatnya dan bertanya, "Jadi, kamu ada dapat apa-apa daripada soal siasat itu?"

"Maaf, saya tak pasti. Itu maklumat sulit." Suara Tong Liang kedengaran begitu puas sekali. Xinghe memalingkan kepala dan berpura-pura tidak perasan apa-apa. Lagipun, ini bukan masanya untuk menjalankan siasatan. Nyawa Presiden lebih penting lagi. Dia mesti diselamatkan kerana ada terlalu banyak perkara yang dipertaruhkan ketika ini!

Semua orang menunggu dengan penuh resah. Suasana di dalam bilik ini begitu melemaskan sekali.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com