webnovel

Musnahkan Xia Xinghe dengan Satu Langkah

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku, mereka dapat meneka berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.

Dalam fikiran mereka, Xinghe ialah seorang wanita yang teruk.

Jika tidak, mengapa hubungan perkahwinannya dan Mubai hanya bertahan selama tiga tahun?

Seorang lelaki yang sempurna dan baik seperti Mubai pun tidak dapat bertahan dengannya. Ini menunjukkan betapa teruknya Xinghe sebagai seorang isteri.

Kini setelah mereka melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan Xinghe mencederakan adiknya tetapi masih ingin dipandang tinggi, ia membuatkan mereka sukar untuk mempercayai Xinghe seorang yang baik.

Tiada siapa yang tahu, Xinghe kelihatan berlagak sombong kerana dia sudah mengetahui tentang tipu muslihat dan lakonan pasangan itu.

Dia berasa sangat malu bagi pihak Wushuang dan Chui Ming. Dia malas melayan lakonan mereka berdua.

Namun di hadapan tetamu, tindakannya yang seolah-olah tidak berperasaan itu dianggap sebagai ego yang tinggi.

Orang ramai mempunyai masalah terhadap wanita yang selalu merasakan diri mereka hebat.

Keadaan Xinghe bertambah buruk disebabkan dia seorang wanita yang sudah bercerai.

Budaya masyarakat China yang memerlukan seorang isteri setia dan patuh pada arahan suaminya membuatkan Xinghe kelihatan lebih teruk lagi.

Lagi pun, Xinghe langsung tidak cuba untuk mempertahankan dirinya, dia membiarkan orang ramai dengan spekulasi mereka walaupun kesimpulan yang dibuat tidak mendatangkan kebaikan untuk Xinghe.

Sudah tentu, Wushuang dan Chui Ming tidak akan memberi peluang kepadanya untuk membersihkan namanya.

Mereka ingin memusnahkan Xia Xinghe dengan satu langkah, dan menjahanamkannya.

Ini kerana jika Xinghe bangkit semula, hari itu akan menjadi hari nyawa Wushuang ditamatkan.

Sebenarnya, Chui Ming mengahwini Wushuang hanyalah demi membolot harta warisan Keluarga Xia.

Oleh itu, Chui Ming tidak akan membenarkan Xinghe untuk menjadi penghalang dalam pembahagian harta pusaka.

Sebenarnya, Chui Ming tidak menganggap Xinghe sebagai satu ancaman walaupun dia sudah mendapat ingatannya semula. Sebaliknya, dia lebih berhati-hati dengan Xi Mubai.

Xinghe merupakan bekas isteri Mubai dan mereka mempunyai anak hasil daripada perkahwinan itu.

Menurut pandangan Wushuang dan Chui Ming, Mubai telah membantu bekas isterinya itu. Kalau tidak, bagaimana seorang wanita seperti Xinghe boleh membuat kemunculan semula secara tiba-tiba?

Mereka berdua risau jika cinta antara Xinghe dan Mubai akan bertaut semula lalu mereka akan berkahwin semula. Jika perkara itu berlaku, habislah Wushuang dan Chui Ming!

Mereka tidak mampu melawan orang yang sehebat Xi Mubai.

Oleh itu, mereka harus memusnahkan hidup Xia Xinghe sebelum dia kembali ke pangkuan Mubai. Jika tidak semuanya akan terlambat.

Chui Ming dan Wushuang kedua-duanya kejam. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menendang musuh mereka ketika mereka sedang jatuh. Apatah lagi jika musuh itu ialah orang yang telah menjatuhkan mereka terlebih dahulu.

Musuh senang untuk dijatuhkan ketika mereka muda!

Ia merupakan kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan Xinghe.

Chui Ming menyatakan kebenciannya terhadap Xinghe yang tidak terucap oleh sesiapa.

Mereka tidak berani untuk membantah Chui Ming

Selain daripada perbualan yang pendek, semua yang berada di bilik utama masih menyaksikan drama yang berlaku. Xinghe masih tetap tidak bersuara.

Walau bagaimanapun, reaksi wajahnya tetap tidak berubah. Langsung tiada reaksi takut atau risau, dia hanya diam seperti patung.

Walaupun, Wushuang telah 'keguguran', dia langsung tidak terkesan. Dasar perempuan jalang!

"Wushuang, jangan risau saya tidak akan biarkan dia terlepas jika apa-apa berlaku ke atas kamu! Nerakalah tempatnya untuk orang yang berani sakiti kamu!" Jelas Chui Ming sambil memeluk erat Wushuang, menggambarkan seolah-olah dia seorang suami yang penyayang dan terbaik.

Orang ramai terpukau melihat kasih sayang yang ditunjukkan. Kemarahan mereka yang menggunung tertumpu kepada Xinghe.

Akhirnya, seseorang dalam kalangan orang ramai bersuara, "Saya dengar mereka adik beradik. Busuknya hati kamu kan sanggup mencederakan adik perempuan kamu begitu sekali?"

"Mesti dia sangat iri hati dengan Wushuang. Saya tahu semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, hidup tidak menyebelahi Xia Xinghe. Pasti dia tidak punya keseimbangan mental apabila mengetahui yang adik perempuannya akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati sehingga dia sanggup membuat perkara yang tidak berperikemanusiaan seperti ini."