webnovel

Kuasa Kebencian

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas sebuah lagi tumbukan kuat, Chui Ming dapat merasakan giginya bergoyang.

Walaubagaimanapun, Xiao Mo tidak berhenti. Malah, serangannya menjadi lebih pantas dan kuat.

Dia menekan Chui Ming dengan kuat, tidak memberinya sebarang peluang untuk melepaskan diri atau membalas. Dia sudah bersedia untuk menumbuk Chui Ming sehingga lumat.

Chui Ming berhenti meronta-ronta dan dia menyerah diri terhadap Xiao Mo yang menggila.

Walaupun bahu Xiao Mo telah ditembusi peluru, dia tetap tidak berhenti.

Dia didorong oleh kuasa kebencian!

Segala kebencian yang terpendam selama bertahun-tahun dilepaskan sekaligus. Mana mungkin Xiao Mo tidak dikuasai nafsu membunuh?

Dia didorong oleh satu naluri, iaitu memukul Chui Ming sampai mati.

Pemikiran itu menguasai segalanya dalam minda Xiao Mo termasuk kewarasannya juga.

Seperti lelaki yang dirasuk, dia tidak dapat melihat apa-apa selain darah di dalam matanya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com