88 Kelebihan (Pengakhiran jalan cerita Pencipta Sebenar)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebenarnya Xinghe terkejut yang Xiao Mo menerima tawarannya dengan begitu cepat sekali.

Dia tidak menyangka kebencian Xiao Mo terhadap Chui Ming begitu mendalam sekali.

"Kamu pasti? Saya mahu kamu tahu yang kamu tidak boleh berpatah balik lagi selepas kamu menerima tawaran saya."

Xiao Mo ketawa sekali lagi dan menambah, "Kamu tahu tak betapa saya teringin untuk membunuh Chui Ming? Jangan risau. Ini satu keputusan yang tidak akan saya sesali."

"Bagus, saya suka keberanian kamu." Xinghe mengangguk puas. Dia sememangnya mahu melihat keazaman Xiao Mo untuk membunuh Chui Ming.

Xiao Mo menenangkan dirinya dan bertanya,"Bila kamu mahu saya bertindak? Tapi sebelum itu, kamu harus berikan bukti yang kamu tak akan mungkir janji."

"Kita akan mula esok."

Xinghe menghulurkannya secebis kertas dan berkata, "Datang ke alamat ini esok, bawa adik kamu sekali."

Xiao Mo mengambil kertas itu, melihat alamatnya dan berkata, "Okey, tiada masalah."

Xia Zhi secara kebetulan pulang tepat pada waktunya ketika Xiao Mo habis bercakap.

Dia bertanya dengan gembiranya, "Kakak, dah selesai kah?"

Xinghe berdiri dan bertanyakan soalannya sendiri "Masalah itu sudah diselesaikan?"

Wajah Xia Zhi bertukar menjadi sedikit muram memikirkan pasangan suami isteri yang sombong tadi dan menjawab, "Ya saya sudah berikan mereka duit itu. Saya juga sudah keluarkan sepuluh ribu RMB tambahan seperti yang Kakak arahkan."

Xinghe mengambil wang itu dan meletakkannya dengan lembut di atas meja, "Ini untuk kamu. Kami akan menanti kedatangan kamu esok."

Xiao Mo juga turut berdiri dan menjawab dengan ikhlas, "Saya akan datang, saya janji."

Xia Zhi tidak tahu akan apa yang mereka bicarakan, tetapi apabila melihat wajah Xiao Mo yang muram, dia menepuk lengannya dan berkata sambil tersenyum besar, "Saudara, kenapa muram ni? Tenang, kita melakukan benda yang baik."

Tenang? Senanglah kamu cakap! Sejak bila pula membunuh perkara yang baik.

Xia Zhi berkata dengan bangga,"Saya jamin ada banyak kelebihan bekerja dengan kakak saya."

'Kelebihan? Contohnya tempoh penjara dan tali gantung?' Fikir Xiao Mo dengan geramnya.

Xia Zhi berasa agak pelik melihatkan Xiao Mo terus bermuram durja. 'Dia benci sangat kah bekerja dengan kita? Apa yang kita buat ini memang perkara baik.'

Xinghe berpaling untuk beredar. Sebelum keluar, dia berkata sesuatu yang misteri kepada Xiao Mo.

"Adakah kamu percaya segala kata-kata daripada seorang wanita? Tidurlah lena malam ini. Masa depan kamu cerah. Tidak ada hukuman penjara untuk kamu."

Xiao Mo yang tergamam seakan-akan terpukau melihatkan Xinghe pergi.

Apabila bunyi enjin Ferrari tidak lagi kedengaran, mulutnya bertukar kepada senyuman.

Dia tidak tahu apa yang telah dilakukannya, tetapi dia dapat merasakan yang ia bukanlah sesuatu yang buruk. Seperti kata lelaki itu tadi, mereka akan melakukan perkara yang baik. Xiao Mo melihat kepada duit di atas meja dan hatinya berkecamuk.

Dia duduk di atas katil dan berkata kepada Xiao Lin, "Adik, nampaknya nasib kita sudah berubah. Abang janji Abang akan rawat penyakit kamu dan berikan kamu kehidupan terbaik. Selain itu, Abang akan pastikan Chui Ming mendapat balasan."

Sebaik sahaja nama Chui Ming disebut, sinaran dendam terpancar pada mata Xiao Lin.

Keesokan pagi, Xiao Mo tiba di Vila Keluarga Xia bersama dengan Xiao Lin. Mereka membawa sebuah bagasi kecil.

Xia Zhi menyambut Xiao Mo dengan mesra.

Cheng Wu juga mengharapkan lebih banyak tetamu datang ke rumah. Jadi dia juga menyambut mereka dengan mesra.

Cheng Wu seakan-akan tahu yang mereka semua sedang merancang sesuatu yang besar. Tetapi dia tidak pasti apakah ia. Dia tidak mahu menyibuk dan membiarkan sahaja semua orang muda itu melakukan hal masing-masing.

Xinghe mengaturkan bilik untuk tetamunya. Vila ini sememangnya terlalu besar untuk didiami oleh dia, Xia Zhi dan Cheng Wu bertiga sahaja, jadi memang terdapat banyak bilik kosong.

avataravatar
Next chapter