44 Dia Masih Peduli Tentang Kamu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tingkap kereta itu terbuka lalu memperlihatkan wajah tampan Mubai. Wajah yang mampu membuat jantung mana-mana gadis terhenti sekejap.

Tapi Xinghe tidak terkesan.

Pandangan yang diberikan Mubai berbeza daripada yang sebelumnya.

Bukan pandangan takut ketika mereka masih berkahwin, bukan juga pandangan tertekan ketika pertemuan mereka selepas tiga tahun itu.

Dalam masa 10 hari sahaja, Xinghe telah berubah menjadi orang yang berbeza.

Merasakan renungannya itu, Mubai berkata lembut, "Masuklah, saya tumpangkan kamu."

"..." Tumpangkan dia?

Xinghe muram, menyangkakan Mubai mempersendakannya. Dia berpaling dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

Dia menolak Mubai?

Mubai mentertawakan dirinya sendiri.

Dia tidak pernah ditolak oleh perempuan sepanjang hidupnya tapi Xinghe sudah menolaknya beberapa kali.

Orang kata kamu tidak boleh berkawan selepas bercerai. Jadi pernyataan itu adalah benar?

Namun, mengikut kepercayaan Mubai, tiada sebab untuk mereka melayan masing-masing seperti musuh selamanya.

Dan sejujurnya, Mubai sedikit terasa dengan penolakannya.

Kereta itu terus mengekori Xinghe dengan perlahan. Kemudian, Mubai berkata dari tingkap kereta, "Janganlah salah faham, saya cuma nak bercakap mengenai Lin Lin."

Seperti yang dijangkakan, langkah Xinghe terhenti apabila terdengar nama itu.

"Apa yang kamu nak cakapkan?" dia bertanya.

"Masuklah." Mubai mengulang lagi. Jelas sekali dia tidak akan bercakap lebih lanjut jika Xinghe tidak masuk ke dalam kereta.

Xinghe berjalan di hadapan kereta dan masuk ke tempat duduk penumpang.

Mubai agak terperanjat kerana menyangka dia akan terus berjalan pergi.

Mubai melihat paras cantik Xinghe itu. Dia menyedari bahawa Xinghe betul betul telah berubah.

Bukan sekadar luaran sahaja yang berubah, tapi ia seolah-olah dalaman dirinya juga mengalami perubahan.

Walaupun cuma memakai pakaian murah, tidak berdandan dan tiada barang kemas namun dia tidak nampak seperti tidak sepadan dengan kereta yang berjuta nilainya itu.

Ianya seperti dia tidak ingin berada dalam kereta itu tapi kereta itu tetap sesuai untuknya.

Ini sangat mengelirukan. Daripada mana datangnya keyakinan diri ini?

Perasaan ingin tahu terlintas di hati Mubai. Wanita di sampingnya itu tiba-tiba menjadi lebih menarik.

"Ke mana?" Tanya Mubai sambil memanaskan enjin kereta.

"Hospital."

Jawapan itu membuatkan Mubai ingin bertanya bagaimana mereka boleh membayar bil perubatan itu.

Selepas mengarahkan orang untuk bertanya di hospital, dia mendapat tahu mereka membayar 300,000 RMB itu secara tunai. Patut lah Xinghe enggan menerima duit nafkah yang dia tawarkan hari itu.

Sekali lagi, berdasarkan pengetahuannya, mereka sememangnya miskin. Jadi dari mana mereka dapat wang sebanyak itu?

Mubai hanya memendam semua persoalan itu kerana dia tahu Xinghe tidak akan menjawab meskipun disoal.

"Lin Lin telah diberikan penjagaan yang sebaiknya beberapa tahun ini." katanya. "Dia jarang sekali bertanya tentang kamu."

Xinghe tunduk, menghalang wajahnya daripada pandangan Mubai.

Dia masih lagi manusia biasa dan dapat merasa sakit mendengarkan ayat itu. Namun, dia tidak boleh menyalahkan sesiapa jika anaknya tidak merinduinya. Lagipun, dia sendiri yang memilih untuk bercerai.

Mubai mencuri pandang ke arahnya lalu menyambung. "Dia seorang budak yang baik, saya sangkakan ketiadaan kamu tidak mengganggunya. Tapi kenyataannya, dia masih peduli tentang kamu."

Badan Xinghe menggeletar sedikit. "Betulkah?" balasnya.

avataravatar
Next chapter