5 Dia Di Sini Untuk Membuat Laporan Polis!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Encik Xi, saya minta maaf tapi pesakit yang kamu bawa hari ini telah menghilangkan diri. Kami percaya dia pergi dengan kehendaknya sendiri! Badannya masih belum pulih sepenuhnya jadi dia tidak patut pergi ke mana mana. Boleh tak encik hubungi dia dan bawa dia kembali ke hospital?

Sangkaan Mubai benar belaka. Panggilan itu memang berkaitan dengan Xinghe tapi dia sendiri tidak menyangka wanita itu cukup gila sehingga nekad meninggalkan hospital tanpa menghiraukan nasihat doktor!

Xinghe terlibat dalam kemalangan kereta. Kecederaannya tidak begitu serius tetapi doktor mengatakan bahawa dia perlu berehat di hospital selama beberapa hari untuk pemeriksaan.

Siapa sangka dia akan menyelinap keluar setelah sedarkan diri.

Jururawat juga menemui 3000 RMB di atas meja sebelah katil selepas Xinghe pergi. Jururawat itu menyerahkan wang itu kepada Xinghe sejurus selepas dia bangun, dan memberitahu ianya dari Mubai. Duit itu ditinggalkan ketika menyelinap keluar, kebaikannya jelas ditolak.

Maknanya dia tidak mempunyai wang dan badannya masih dalam proses penyembuhan. Mubai tidak dapat memahami mengapa dia pergi begitu saja. Tidak kah dia peduli akan kesihatannya sendiri?

Mubai sedikit baran dengan perbuatan bodoh Xinghe tetapi dia tetap memasuki keretanya untuk mencari Xinghe. Mubai tidaklah begitu risau mengenai dia, tetapi walau apa pun, dia tetap ibu kepada Xi Lin. Dia tidak mampu membiarkan Xinghe begitu sahaja demi kebaikan Xi Lin.

Ketika Mubai meronda-ronda bandar, Xinghe pula berada di balai polis. Dia ke sana untuk membuat laporan polis.

Dengan balutan di kepala, muka lebam, kulit pucat dan tubuh yang lemah, polis menyangka dia ingin melaporkan serangan fizikal. Akan tetapi, rupanya dia ingin membuat laporan tentang kemalangan kereta yang berlaku enam tahun lalu.

"Cik Xia, cuba terangkan pada saya. Cik cuba beritahu kemalangan kereta yang berlaku kepada kamu enam tahun lalu adalah cubaan membunuh terancang?" pegawai polis bertanya dengan terkejut.

Xinghe mengangguk, pandangannya begitu yakin dan dia menambah lagi, "Betul! Enam tahun lalu, saya bergegas pulang dari luar negara kerana bapa saya sakit tenat. Seseorang cuba membunuh saya dengan mengaturkan kemalangan kenderaan. Syukur, saya tidak mati, saya cuma hilang ingatan. Hari ini, saya dilanggar kereta lagi dan ingatan itu kembali semula."

"Mengapa cik sungguh yakin yang ianya dirancang?"

"Saya masih ingat ada kereta yang mengekori saya sejak saya sampai di lapangan terbang. Dia memang menunggu saya!"

Polis itu bertukar serius dan bertanya, "Ada benda lain lagi yang cik boleh ingat?"

"Saya ingat dua nombor terakhir pendaftaran kereta itu ialah 53, dan ianya sebuah SUV hitam."

Polis berkata dengan rasa tidak percaya, "Tapi Cik Xia, ini kejadian enam tahun lalu dan cik mengaku cik hilang ingatan buat sementara waktu, bagaimana cik boleh yakin apa yang cik katakan ini benar?"

Xinghe membalas lembut, "Orang itu mahu membunuh saya. Bagaimana seseorang mampu silap tentang ciri-ciri pembunuhnya? Tambahan lagi, sebelum saya hilang ingatan, ingatan saya masih sangat elok."

Polis itu terus mempercayainya. Ini kerana dia telah membaca fail rekod lampau Xinghe dan mendapat tahu Xinghe bekas pelajar terbaik dari Akademi S, salah satu daripada sepuluh universiti terbaik di dunia.

"Cik Xia, adakah cik mengesyaki sesiapa? Atau ada sesiapa yang mungkin berdendam dengan cik?"

"Cuma ibu tiri saya dan anaknya. Selepas kematian ayah saya, mereka terus memadamkan nama saya daripada wasiatnya. Segalanya jatuh ke tangan pasangan ibu dan anak itu walaupun saya adalah satu-satunya waris kandung ayah saya."

Pandangan Xinghe penuh dengan rasa benci saat dia meluahkan kata-kata itu. Ibu bapa Xinghe juga telah bercerai ketika dia masih muda. Dia membesar di luar negara bersama ibunya. Selepas ayahnya berkahwin lain, dia akan melawat dan meluangkan masa bersama ayahnya setiap tahun. Hubungannya dengan ibu dan adik tirinya agak baik. Mereka juga cukup baik terhadapnya.

Xinghe melayan mereka seperti keluarganya sendiri tapi siapa tahu pasangan itu rupa-rupanya ada tujuan tersembunyi. Ketika ayahnya sedang nazak, mereka takut Xinghe akan mendapat sebahagian besar daripada hartanya lantas menunjukkan belang mereka yang sebenar.

avataravatar
Next chapter