webnovel

DI KELAS YANA

Di kelas terasa riuh. Tapi tak diendahkan oleh Yana. Dia masih berfikir bagaimana hubungannya dengan Imran kelak.

Dengan langkah perlahan dia duduk di mejanya. Hanna kawan semeja Yana merasa kawannya ada masalah.

"kau ada masalah ke Yana?" tanya Hanna dengan perlahan dan lembut. "Ntahla Hanna, aku rasa Imran dah tak cintakan aku lah" balas Yana dengan putus asa. "Apa kau cakap ni?! Yang aku tahu Imran tu cintakan kau sorang je. Kau tak ingat ke masa dia terkejar-kejar kan kau dulu?" bela Hanna.

Yana mula berfikir, dia masih ingat bagaimana semangat boyfriend nya itu dulu mengejarkannya.

*Dia sangat romantik, dia selalu bagi Yana bunga, coklat dan perhiasan diri. Dua minggu selepas itu, Imran meluahkan perasaan kepadanya. Yana menerima Imran dengan disokong oleh orang sekeliling*

"Tapi tu dulu, aku rasa dia dah berubah sejak 5 hari yang lepas..." kata Yana dengan nada yang sayu. "Dah lah... aku yakin Imran masih cintakan kau. Jangan pikir negatif pasal hubungan korang tau" nasihat Hanna dibalas anggukan oleh Yana.