webnovel

dijual? (Hamba Rosalie)

Perkara menakutkan yang tidak dapat dibayangkan oleh seorang gadis adalah ditingalkan. Tapi apa yang lebih teruk? dijual di lelong, telanjang, takut dan kemudian di beli sebagai mainan. Rosalie tidak menyangka dia akan benar-benar dijual di sebuah Lelongan. Dia tidak ingin menjadi seorang hamba!!.Ketika hal itu terjadi, dia dijual kepada seorang million.

youmeetis_ · Urban
Not enough ratings
47 Chs

Chapter 24

Tempat ini besar dan sangat menarik kerana terdapat banyak aktiviti di luar.

Saya berjalan keluar.

Hotel ini mempunyai gelangang tenis dan kolam renang luaran. Jika anda berjalan ke hujungnya terdapat taman permainan dengan restoran barbeku kecil di sebelahnya.

Oleh kerana saya tidak berbuat apa-apa, saya memilih untuk duduk di buaian.

Saya menghela nafas.

Paris...

Dalam kehidupan biasa, seseorang akan membangakan saya. Tapi saya tidak mempunyai siapa-siapa untuk dibangakan. Saya tidak mempunyai siapa-siapa!...

Ia tidaklah teruk, tidaklah seburuk yang saya sangkakan.

"Adakah itu kolar hamba yang saya lihat?" suara seorang lelaki yang tidak dikenali di belakang saya membuat jantung saya jatuh. Saya segera turun dari ayunan dan memusingkan badan untuk melihat lelaki berambut pirang tinggi dengan ciri-ciri menakjubkan yang memikat hati saya.

Matanya mengimbas saya dari satu ke satu, memandang lama pada kulit saya yang terdedah. ltu membuat saya merasa kotor.

Saya harus pergi, saya merasakan sesuatu yang tidak baik terhadap dia. Saya berpaling untuk pergi.

Dia meraih lengan saya.

"Megapa pergi begitu cepat? mari bermain sebentar"

Saya tidak merancang untuk tinggal dan bermain dengan lelaki seperti dia. Dia mengeluarkan getaran buruk dan berbahaya. Saya berjalan tiba-tiba seseorang meraih pergelangan tangan saya membuat saya tersentak.

ltu bukannya dia, lelaki itu berdiri di sana dengan wajah yang kosong.

Orang yang memegang pergelangan tangan saya adalah seorang gadis muda sekitar usia saya, berambut gelap, bermata biru, berkulit pucat dan tinggi lebih sedikit dari saya.

Tapi yang benar-benar menarik perhatian saya adalah kalung cokernya.

Atau saya harus katakan kolarnya mirip dengan kepunyaan saya.

Saya tidak sedar ketika lelaki berambut perang itu berjalan dan berdiri di sebelah kami berdua.

"Anda nampak" dia berkata dan meletakkan tangannya di bahu saya "Saya berjanji kepada anak kucing saya untuk memberinya cuti sehari tapi dia tidak mempunyai teman" dia senyum "Bagaimana kalau kamu menjadi temannya?" rasanya dia tidak memberi saya pilihan.

"Kenapa saya?"

"Kenapa tidak? kamu sendirian dan dia sendirian juga" dia memegang kolar saya dengan jarinya "Kamu berada di dalam situasi yang sama" dia tidak menungu jawapan saya seolah-olah yakin saya akan melakukan dan dia berpaling untuk pergi. "Oh! saya ingin melihat siapa yang cukup berani mempamerkan hamba seperti ini"

Pameran? Saya bukan pameran ...

Adakah saya?

Tiada siapa-siapa dapat mengatakan bahawa itu adalah kolar hamba kerana kalung chokernya kelihatan seperti mahal.

"Azalea." Dia berkata.

"Hah?"

"Azalea Violet." dia mengatakan namanya.

"Rosalie Yuki"

"Mawar di salji?" dia bertanya.

"Apa?"

"Bukankah itu maksud namamu?"

"Saya tidak tahu, orang yang memberi saya nama itu tidak pernah memberitahu."

"Oh ..."

"Azalea bermaksud bunga, jadi bunga ungu?"

Dia tersenyum ketika saya mengulangi tindakannya menafsirkan nama. Dia mempunyai senyuman yang sangat indah.

Sama seperti bunga yang indah.

"Y-ya"

"Jadi lelaki berambut perang itu pemilik kamu?" dia menganguk "Adakah kamu dari sini?"

"Tidak, Arius di Perancis hanya untuk bisnes"

"Arius?"

"Pemilik saya"

"Oh. Kamu memanggilnya dengan namanya?"

"Kadang-kadang ... adakah anda minum?"

"Minum?"