webnovel

Dia yang ku cari

Cerita ini mengisahkan persahabatan di antara Alex dan Nicca sejak mereka masih budak lagi.Ibu bapa Alex berbangsa cina dan berasal dari Kuala Lumpur tetapi ibu bapanya bekerja di Sabah. Mereka tinggal di Sabah selama 6tahun dan Alex juga berkawan dengan Nicca iaitu seorang perempuan yang berasal dari Sabah.Mereka berdua telah berkenalan sejak tadika lagi sehingga sekolah rendah.Namun persahabatan mereka terhenti sejak keluarga Alex membawanya berpindah ke Kuala Lumpur.Sebenarnya Alex tak nak mengikut keluarganya pergi ke Kuala Lumpur kerana dia tidak mahu berpisah dengan Nicca iaitu sahabatnya tetapi keluarga Alex tetap memaksa Alex untuk mengikut mereka pergi ke Kuala Lumpur.Alex pula terpaksa mengikut keluarganya pergi ke Kuala Lumpur dan Alex memberi gambarnya bersama Nicca kepada Nicca sebagai kenangan dan supaya Nicca juga dapat mencari Alex suatu hari nanti.Mereka berdua juga berjanji tidak melupakan persahabatan mereka .Semasa Nicca telah bekerja dia telah berjumpa dengan Alex namun banyak rintangan dalam pertemuan mereka berdua. THIS IS MY FIRST NOVEL, I'M SORRY IF HAVE ERROR IN MY WRITING, I'M STILL LEARN TO DO NOVEL,I HOPE YOU ALL CAN COMMENTS ABOUT MY NOVEL;) Read my third novel:My bodyguard be my lover

zur_nie · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Perpisahan yang amat menyedihkan

"Nic awak tau tak maksud cinta?"

Nicca dengan muka yang hairan menjawab pertanyaan Alex

"Tak tahu"

Alex menjelaskan maksud pada Nicca

"Cinta tu lebih dari kawan macam awak kawan rapat saya sebab lebih dari kawan kan mungkin maksudnya begitu hihi"

Nic sebenarnya faham maksud cinta dan dia tak nak jelaskan maksud cinta pada Alex yang belum lagi faham erti cinta sebenarnya dan dia cuma senyum pada Alex

Tiba-tiba hujan turun sementara tadi mendung ,Nicca bercadang mahu mengajak Alex mandi hujan dan Nicca menarik lengan Alex untuk mengajaknya pergi mandi hujan mereka berdua bergembira mandi hujan sambil ketawa .. indahnya persahabatan mereka berdua

Semasa Alex balik ke rumahnya dia ternampak ayahnya tengah runsing kepala agaknya seperti tertekan dan Alex pergi dekat dengan ayahnya

"Ayah..weisheme?(kenapa?)"

En.Lie iaitu ayah Alex terkejut melihat Alex berada didepannya dengan baju basah tanpa disedarinya

"Kita terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur balik"

Alex berasa sedih apabila mendengar kata ayahnya dirasakan seperti mimpi

"weisheme?(kenapa?)wo buyao(Saya tak nak)!"

Alex masuk ke biliknya tanpa mendengarkan lagi penjelasan daripada ayahnya ,Puan Siew Lin yang baru sahaja pergi ruang tamu dengan membawa teh untuk suaminya dan dia hanya melihat anaknya Alex berlalu kerana Puan Siew Lin faham akan perasaan anaknya

"Abang ni teh untuk abang"

Puan Siew Lin berasa simpati terhadap suaminya En.Lie yang hanya dari tadi tertekan terhadap kerjanya.En.Lie hanya mengambil teh itu dan diminumnya tanpa berkata. Pn. Siew Lin mula menanyakan soalan terhadap suaminya

"Abang betulkah kita akan berpindah ke KL balik kenapa?"

suaminya berhenti minum teh apabila dia mendengar soalan isterinya

"Ya hari Sabtu ni kita kena pindah balik kat sana sebab banyak tugasan saya di KL berbanding kat sini sebab tugasan saya dah siap jadi Alex dengan Michelle kita sekolahkan diorang kat KL je nanti kita urus surat pindah diorang..dahlah saya nak pergi bilik dulu nak rehat"

En.Lie berlalu tinggalkan isterinya sendiri di ruang tamu

Lepas makan malam pn.Siew Lin pergi ke bilik anaknya Alex

"Alex"

pn.Siew Lin mengetuk pintu anaknya

"Masuklah"

Alex membuka pintunya dan pn.Siew Lin masuk lalu duduk di sebelah anaknya

"Alex hari Sabtu ni kita pindah ke Kuala Lumpur, Alex suka kan kat sana?"

Alex berdiam tidak mahu menjawab soalan ibunya, pn.Siew Lin mula memujuk anaknya

"Sayang sini dengan mama"

Alex peluk ibunya dan menangis

"Mama Alex taknak berpisah dengan Nicca dia kawan Alex nanti Alex tak dapat jumpa Nic lagi"

Pn.Siew Lin membalas

"Sayang siapa kata kamu tak boleh jumpa Nicca lagi nanti bila Alex dah besar nanti Alex boleh cari Nicca ,kita pindah kat KL sebab banyak tugasan ayah kat KL kesian lah ayah"

Alex hanya berdiam tanpa membalas cakap ibunya dia terpaksa patuh terhadap ibu dan ayahnya untuk berpindah ke KL

Hari seterusnya Nicca pergi pondok yang selalu mereka pergi dan disanalah tempat dia menunggu Alex kalau Alex tidak mengajaknya bermain bola jaring di rumahnya.

"Manalah si Alex ni lambat juga dia pergi sini ni"

selepas 30 minit Nicca menunggu Alex datang akhirnya Alex sudah datang tetapi dengan muka yang sedih dan Nicca tertanya-tanya dalam hatinya seperti Alex ada sesuatu yang ingin dijelaskan

"Hi Alex lambat juga kau ni Alex kenapa muka kau sedih saja ni?"

Alex hanya berdiam apabila ditanya oleh Nicca kerana dia belum bersedia untuk menjelaskan semuanya

"Hi Nic kita duduklah dulu"

mereka berdua hanya duduk di pondok ,Alex mula menjawab pertanyaan Nicca tadi.

"Nicca lepas ni kita dah tak dapat jumpa dah sebab Sabtu ni saya ikut keluarga saya pergi KL balik"

Nicca rasa seperti tidak percaya pada Alex

"betulkah?"

Alex hanya mengangguk tanpa bersuara

"Oh ok"

Nicca mula rasa sedih dan Alex bersuara lagi apabila dia nampak Nicca mula keluar sedikit air mata

"Nic sebenarnya saya tak nak ikut pindah pergi KL tapi sebab ayah saya banyak tugasan kat KL jadi kami terpaksa pindah kat sana balik dan saya dengan kakak saya pula kena sekolah kat KL saya taknak berpisah dengan awak Nic nanti takdelah saya dapat main bola jaring lagi dengan awak awaklah kawan saya selama-lamanya"

Nicca berasa terharu terhadap Alex kerana dialah kawan yang ikhlas berkawan dengannya

"Takpalah Alex saya faham terima kasih sebab kawan sama saya selama kamu di sini saya gembira kawan sama kamu Alex"

Alex hanya berdiam kerana dia tahu Nicca pasti akan sedih ,Alex keluarkan gambar mereka dua dan bagi kepada Nicca

"Nicca ni saya bagi awak gambar kita dua sebagai kenangan,nanti bila besar awak boleh cari saya dengan tunjukkan je gambar ni dengan saya tentu saya akan ingat awak dan basikal ni saya bagi awak untuk hadiah awak sebab birthday awak dah nak dekat jadi saya nak nyanyi untuk awak HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY NICCA"

Nicca gembira kerana Alex sentiasa ingat hari lahirnya

"Thank you Alex kamulah kawan yang paling baik saya jumpa tapi saya tidak sangka kau mau pindah sudah nanti tiadalah kawan saya sudah"

Alex memujuk Nicca

"Saya janji takkan lupakan awak dan saya janji akan cari awak bila saya dah besar nanti"

Nicca mula menangis dengar Alex berkata sebegitu dan Alex sandarkan Nicca di bahunya

Malam terakhir Alex dan keluarganya di Sabah, Alex menyusun semua barang-barangnya untuk dibawa ke KL .Masa Alex sedang menyusun bajunya untuk dimasukkan ke dalam bagasi Alex ternampak 1 gambar terselit pada bajunya maka dia mengambil gambar tu dan dia melihat gambar tu sebenarnya gambar dia bersama Nicca sewaktu Nicca mengikut mereka menyambut Hari lahirnya di rumah mereka

"Rindunya"

Air mata Alex mula keluar sedikit melilhat gambar mereka berdua ,Alex berhenti menangis dan sambung menyusun barang-barangnya

Pagi Sabtu

Alex dan keluarganya bersiap untuk pergi ke Airport tapi Alex meminta keluarganya membawanya dahulu untuk berjumpa dengan Nicca untuk kali terakhir sebelum mereka pergi ke KL,ayahnya menunaikan permintaannya

Setelah mereka telah sampai di rumah Nicca ,Alex keluar dari kereta untuk berjumpa dengan Nicca

"Nicca"

Nicca terdengar Alex memanggilnya dan dia keluar untuk berjumpa dengan Alex

"Hi Alex"

Alex merenung muka Nicca

"Nicca kami nak pergi dah KL hari ni sekarang hari terakhir kita jumpa"

Nicca sedih kerana hari ni merupakan hari yang menyedihkan baginya

"Ok jangan lupakan saya ya Alex.."

Alex bersetuju dengan permintaan Nicca

"Saya janji, bye Nicca"

Alex salam tangan Nicca dan melihat Nicca buat kali terakhir ..Nicca mengikut Alex untuk menemaninya sampai di kereta ,Alex masuk dalam kereta dan mereka berdua melambaikan tangan sebagai tanda

*bye*

Nicca merenung muka Alex buat kali terakhir ,setelah mereka meninggalkan Nicca berdiri di sana ,Nicca menunggang basikal untuk melihat Alex sekali lagi ,semasa Nicca ternampak mereka dari belakang Nicca memanggil Alex tapi Alex tidak mendengar panggilan Nicca, Alex hanya menangis melihat gambarnya bersama Nicca ,Nicca cuba sedia upaya untuk kejar mereka lagi tetapi Nicca tidak dapat mengejar mereka lagi kerana mereka telah pergi jauh dan Nicca berhenti mengejar mereka untuk melihat Alex

"bye ..bye Alex"

Nicca menangis apabila Alex hilang dari pandangannya.