webnovel

Bab 1

" Hah, kita dah sampai. Jom ! " Terbeliak mata Mikhaila melihat bagunan agam yang kelihatan begitu mewah sekali. Matanya tertancap pada papan tanda yang dilihatnya di pintu masuk utama bangunan 'Dian'z Coscmetic'.

" Kak Diya sini ka tempatnya? "

" Ha sini la kan akak bawak hang mai sini. Jomla masuk akak dah lambat nak punch card ni nanti bos besar marah pulak ! "

Lamunan Mikhaila terhenti di situ. Dia tersengih-sengih sambil mencapai fail di sisinya. Diya sudah bercekak pinggang di luar kereta menunggu Mikhaila keluar.

" Sory kak! Tergamam tengok bangunan ni cantik sangat! " Kali ini Diya pulak yang tersengih.

" Apa hang nak tergamam sangat biasala kat KL ni memang banyak bangunan lawa-lawa .. Jakun la hang ni pun! " Mikhaila tersengih apabila dirinya dikatakan Jakun .

" Tak kisah la akak janji ada kerja daripada menanam anggur kat rumah "

Terkedek-kedek Mikhaila berjalan membuntuti Diya.

Sementara menanti Diya , Mikhaila duduk di atas sofa merah di ruangan menunggu sambil memerhati gelagat staf-staf di pejabat itu. Ada yang kelam-kabut mengendong anak sambil memegang punch card. Ada juga yang lemah longlai berjalan ke meja kerja seperti itik pulang petang. Ah... begini rupanya alam pekerjaan. Hiruk pikuk!

" Adik duduk sini dulu bos tak masuk lagi. Nanti bila dia masuk akak panggil kamu ya. "

Mikhaila angguk dan akur dengan arahan yang diberi kepadanya sambil cuba menenangkan diri.

Beberapa detik kemudian lalu sosok tubuh seorang jejaka tampan usia lingkungan 20-an di hadapan Mikhaila.Sekali lagi Mikhaila tergamam dengan sosok berbaju kemeja berwarna biru tua dan bertali leher biru laut. Lelaki tersebut terus masuk menuju ke biliknya yang tidak jauh dari ruangan menunggu.

" Kak , kak siapa lelaki tadi tu? " Dengan muka selamba Mikhaila bertanya pada dia.

" Dia tu la bakal bos hang. So behave sikit nah hang tu bakal jadi PA dia. Faham ! " Diya memberi amaran pada Mikhaila yang kadang-kadang perangai kepala batunya tak dapat ditandingi antara adik beradik mereka.

" Ya la akak " sambil tersengih- sengih Mikhaila menjawab teguran Diya.

"Masuk!" sambil mencari-cari fail di dalam laci mejanya.

" Assalamualaikum boss. PA baru boss dah sampai. Nak saya panggil kan dia? " soal Diya kepada Mikhail yang sedang terkial-kial mencari fail di laci mejanya.

" Waalaikumsalam. Ya kak Diya boleh tolong panggil kan ?" Diya menganggukkan kepala lalu terus menuju ke pintu bilik untuk keluar mencari Mikhaila.

" Jom ikut akak! " terkedek-kedek Mikhaila mengikuti jejak kakaknya.

" Akak mamat tu ok tak? ka dia garang macam hitler? " Diya tergelak kecil melihat gelagat Mikhaila yang begitu gelabah sekali.

"Hang jangan dok buat pasai panggil dia macam tu! Dia ok ja la handsome pulak tu... Untung hang dua puluh empat jam dengan dia."

" Ya la tu. org handsome ni kadang tak boleh percaya akak over ja lebih! "

" Ish banyak mulut la hang ni dah pi masuk"

knock... knock... knock...

" Masuk! " daun pintu ditolak Mikhaila. Alangkah tergamamnya Mikhaila melihat sebuah bilik mewah yang tersusun rapi dan berbau harum wangian ros itu seakan-akan bilik perempuan tetapi hakikatnya milik lelaki.

" Awak buat apa berdiri kat situ? Nak saya bentang karpet merah ke? Dah duduk! " arahan sinis diberikan oleh Mikhail.

" Ok boss. " Mikhaila mencebik kerana geram dengan boss barunya yang poyo itu. Tanpa membantah Mikhaila terus duduk di atas kerusi.

" What is your name? "

" Diyya Mikhaila binti Muhd. Adam " Mikhail termenung seketika. Dia terkejut kerana nama mereka hampir sama Mikhail dan Mikhaila.

" kau bakal jadi PA aku kan? so, kejap lagi aku akan bagi satu buku rules and skop kerja kau. Faham? "

" Yes sir! "

" Good ! Kau boleh keluar dan jumpa dengan Kak Diya dia akan tunjukkan dekat kau. " arahan tegas yang diberikan Mikhail membuatkan Mikhaila akur kerana baru hari pertama dia bekerja.

" Thank you sir ! " tanpa berlengah Mikhaila terus menuju ke luar .