webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Teen
Not enough ratings
59 Chs

Bab 43

Bangun pagi. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi... Hahaha... Teringat lagu masa kecik-kecik dulu. Aku bangun menuju ke tandas dan menunaikan solat. Selepas selesai menunaikan solat, aku menuju ke katil semula. Baru nak tidur, telefon aku berdering. Huhuhu... Baru nak tidur... Aku menjawab panggilan itu dengan malas.

"Yes?" sapaku nak tak nak.

"Morning Mia!" sapa Haizeq.

"Morning!" balasku.

"Siap cepat." arah Haizeq.

"Hah? Nak pergi mana?" tanya aku. Alah... Nak pergi mana pulak pagi-pagi ni?

"Jom pergi King's Park. Kita keluar berdua je." kata Haizeq.

"Emm..." aku malas sebenarnya.

"Jom lah..." ajak Haizeq. Dia buat suara comel. Haih... Nayli pulak senang cair...

"Em. Okay lah." akurku.

"Okay! Cepat siap tau! And... Pakai seluar jangan pakai skirt..." kata Haizeq. Alah... Baru plan nak pakai skirt and matching dengan baju... Tahu-tahu je.

"Okay... Nak jumpa sana terus ke?" tanya aku.

"Aku ambik kau dekat rumah." kata Haizeq.

"Oh. Okay. Dah la. Aku nak mandi ni." kata aku.

"Okay... Ingat ni. Kita keluar berdua je. Jangan bagitahu diorang." pesan Haizeq.

"Ye... Bye! Nanti dah siap, aku call kau." kata aku. Kami mematikan talian. Aku menuju ke bilik air dan mandi.

Aku mengenakan blouse dan jeans serta tudung bawal. Haizeq dah nak sampai. Aku dah call dia tadi. Aku turun ke bawah. Kelihatan Qistina di dapur.

"Buat apa tu?" tanya aku.

"Uish. Terkejut kita. Kita tengah buat lemon juice." kata Qistina.

"Ohh... Sedapnya! Simpan untuk kita sikit." kataku.

"Okay... Awak nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya Qistina.

"Keluar dengan Haizeq..." jawabku, tersenyum.

"Ohhh..."

"Mana Sarah?" tanyaku.

"Tadi ada. Dah masuk bilik kot." kata Qistina.

"Ohh... Nanti awak bagitahu lah dia yang kita nak keluar. Bye!" ucapku.

"Okay. Bye!" balas Qistina. Aku berjalan dan keluar dari rumah. Aku mengambil sneakers yang Haizeq bagi. Hari tu kasut Adidas... Yang ni Nike... Ada lagi dua kasut dia bagi aku. Haizeq kan pemurah... Tak gitu? Dah la semua yang aku suka. Tahu-tahu je. Aku masuk ke dalam kereta Haizeq. Uuuu... Haizeq ku! Miss you!

"Hi!" sapa Haizeq, tersenyum manis.

"Hi!" balasku serta senyuman.

"Huhuhu... Lama tak jumpa Mia I!" kata Haizeq.

"Hahaha... Takde lah lama sangat..." kataku.

"Mungkin bagi kau tak lama, tapi bagi aku, 3 hari tu macam 3 bulan..." kata Haizeq. Aku tergelak. Haizeq mula memandu.

"Kita nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya aku.

"Kan dah cakap tadi nak pergi King's Park." jawab Haizeq.

"Oh haah lah. Tapi nak buat apa?" tanya aku.

"Adalah." kata Haizeq. Aku buat mulut itik. Haizeq tergelak kecil. Aku memandang Haizeq dengan muka blur. Tak tahu kenapa dia gelak.

"Kenapa gelak?" tanya aku.

"Rindu nak tengok kau muncung macam itik macam tu." jawab Haizeq. Aku tersengih.

"Zeq Hai." panggilku. Aku memandangnya.

"Yes babe Mia?" balas Haizeq. Haizeq menanti kata-kataku.

"Banyak tak assignment?" tanyaku.

"Tu ke yang kau nak tanya? Aku ingatkan kau nak tanya benda lain..." kata Haizeq.

"Benda lain? Apa?" tanya aku.

"Nothing." jawab Haizeq.

"Oh okay. So... Banyak tak assignment?" tanya aku kembali.

"Emm... Tak lah banyak sangat. Ada satu je." kata Haizeq.

"Ohh... Nasib baik tak banyak..." kata aku lalu menghembus nafas lega. Haizeq tergelak kecil.

"Nanti aku tolong kau." kata Haizeq.

"Awh... So sweet of you. Thank you Haizeq!" ucapku sambil tersenyum manis ke arahnya. Haizeq tersengih.

"My pleasure." balas Haizeq.

__________________________

Kami tiba di King's Park. Aku hanya berjalan beriringan dengan Haizeq. Kami ke sebuah kedai yang menjual dan menyewa basikal di situ. Haizeq menyewa dua buah basikal.

"Nah." Haizeq menyuruh aku mengambil basikal yang berwarna kuning cair itu. Kami menuntun basikal menuju ke tempat yang terletaknya sebuah tasik. Alah... Tempat yang aku selalu pergi dengan Eiman tu...

"Kita nak naik basikal ke?" tanya aku.

"Tak lah. Saja nak sewa..." perli Haizeq lalu dia tergelak. Aku menjuihkan bibir.

"Ye lah Mia sayang..." kata Haizeq.

"Lah... Asal kau tak bagitahu aku yang nak cycle? Kalau tak aku dah pakai tracksuit dah..." kata aku.

"Hahaha... Aku pun tak pakai tracksuit... Takpe, baju tu pun okay." kata Haizeq. Haizeq mengeluarkan phonenya daripada poket seluar.

"Mia. Boleh tak tolong ambik gambar aku?" tanya Haizeq.

"Hahah. Sure." ujarku. Aku mengambil telefon Haizeq daripadanya. Wallpaper masih sama. Gambar aku yang masa tidur atas plane. Haih. Sweet lah Haizeq ni.

Aku mengambil gambar Haizeq. Alamak! Haizeq terhandsome semacam lah! Adui mak! Nak pengsan...

Aku save gambar tu dalam phone aku. Ehehehehehe...

"Haa... Buat apa tu?" tanya Haizeq. Aku mengangkat muka memandangnya dan tersengih.

"Tak ada apa-apa." jawabku, innocent. Innocent lah sangat! Hahahahah... Nasib baik sempat save!

"Dah ambik ke gambar?" tanya Haizeq.

"Dah. Ha. Nah tengok." aku menyerahkan phonenya.

"Wah..." Haizeq kagum.

"Handsomenya aku!" Haizeq memuji dirinya sendiri.

"Mana ada! Gambar tu cantik sebab aku yang ambik..." kata aku pula. Kami ketawa.

"Dah lah. Jom race. Siapa pusing and sampai sini dulu dia menang." kata Haizeq. Dia sudah menunggang basikal itu.

"Eh. Tunggu lah aku! Huhuhu..." aku cepat-cepat menaiki basikal itu dan mengejar Haizeq yang sedang ketawa sambil berpaling ke belakang memandangku.

Kami berbasikal mengeliling taman itu. Sambil-sambil itu kami berbual-bual dan ketawa.

"Haizeq Haizeq Haizeq!" panggil aku, teruja.

"Ye, saya?" sahut Haizeq, mesra.

"Tu... Nak pergi situ..." kataku, kebudak-budakan sambil menunjuk ke arah sebuah kawasan yang penuh dengan pokok bunga.

"Ala-ala baby Mia ni... Jom lah!" ajak Haizeq. Aku tersengih dan bersorak. Kami mengayuh basikal menuju ke flower field itu.

"Wah... Cantiknya!" pujiku. Aku berlari-lari mengelilingi flower field itu dengan gembiranya. Haizeq tergelak melihat kelakuanku.

Aku menangkap gambar. Banyaknya bunga! Khusyuk betul aku ambik gambar bunga-bunga tu. Sampai Haizeq ambik gambar aku pun tak perasan... Haizeq berjalan perlahan-lahan menuju ke arahku sambil memegang sesuatu. Dia mengambil tempat di sebelahku.

"Nah." Haizeq menghulurkan sesuatu. Aku berpaling memandangnya dan tersenyum melihat sekutum bunga di depan mataku.

"Thank you!" ucapku dan mengambil bunga itu. Haizeq hanya tersenyum.

"Banyak lagi bunga dekat sini. Kenapa nak bagi jugak?" tanya aku.

"Saja." jawab Haizeq.

"Mia tengok ni." arah Haizeq. Dia menunjukkan gambar yang dia ambil tadi kepadaku.

"Woah... Perfect! Nak gambar tu! Nak post dekat Instagram..." kataku.

"Okay..." akur Haizeq. Dia memandangku dengan mata redupnya.

"Mia Mia Mia." panggil Haizeq.

"Yes?" balasku.

"Duduk diam. Tu. Ada butterfly atas kepala kau." kata Haizeq. Aku meng'ooo'kan. Haizeq mengambil gambarku bersama rama-rama itu.

"Eeyy... Cute." kata Haizeq. Aku hanya tersenyum.

Kami bersantai-santai di situ. Menikmati keindahan alam. Indah. Memang indah. Dah la dengan Haizeq...

"Haizeq..." panggil aku. Aku tidak memandang Haizeq tetapi tetap memandang padang yang penuh dengan bunga itu.

"Ye..." sahut Haizeq. Dia memandangku.

"Rindu aku tak?" tanya aku. Kening Haizeq terangkat. Tak sangka aku nak tanya soalan tu.

"Of course lah rindu. Baru nak cakap tadi." kata Haizeq. Aku tergelak. Haizeq berdiri. Aku mendongak memandangnya.

"Jom. Sambung cycle." kata Haizeq.

"Okay. Jom." aku bersetuju. Kami meninggalkan tempat itu dan berpusing mengelilingi tasik di sana.

Aku mengayuh basikal sambil memandang di sekeliling. Ramai juga datang ke sini untuk bersukan. Ada juga yang datang sekadar untuk bersiar-siar. Haizeq dari tadi bercakap tentang tempat ini. Bagaimana tempat ini ditubuhkan, itu dan ini. Aku hanya tergelak kecil dan tersenyum simpul memandang gelagat Haizeq yang petah berkata-kata.

Aku memandang ke hadapan. Tiba-tiba ada seseorang sedang berjalan di hadapanku. Aku cepat-cepat brek. Boom! Haa... Dah jatuh basikal... Aku mengerut dahi menahan sakit. Haizeq berlari ke arahku.

"Hurts... Huks huks..." aduku.

"Alah... Kesian lah dia... Dah. Meh aku tolong kau bangun." kata Haizeq lalu memapahku. Aku duduk di atas rumput itu. Haizeq mengambil basikal kami dan meletak di tepi. Kemudian dia kembali kepadaku.

"Sakit lagi ke?" tanya Haizeq.

"Sikit." kataku.

"Macam mana boleh jatuh?" tanya Haizeq.

"Tadi ada orang tiba-tiba jalan depan aku. Lepastu aku brek lah. Pastu jatuh pulak." kataku. Haizeq tergelak. Haa... Mulut Nayli dah panjang sedepa dah...

"Sorry..." pinta Haizeq.

"Berdarah ke lutut kau?" tanya Haizeq.

"Tak. Pedih je." jawabku. Tiba-tiba ada seseorang memelukku dari tepi. Aku terkejut. Haizeq turut terkejut. Aku memandang dia. Seorang budak perempuan mungkin berumur 1 tahun yang baru boleh berlari yang memelukku. Aku tersenyum.

"Eh! Cutenya budak ni!" kata aku, teruja.

"Hi!" sapaku kepada budak perempuan itu. Budak itu hanya tersenyum dan memelukku lagi. Aku ketawa gembira. Seorang wanita berlari ke arah kami.

"Anna! Come here!" panggil wanita itu. Mungkin mak budak ni kot?

"I'm so sorry for disturb your date." pinta wanita itu.

"No, it's okay. I love kids." kataku, tersenyum.

"Sorry again. Anna! Come to mummy!" wanita itu memanggil anaknya yang masih memelukku.

"If you don't mind, can I play with her for awhile?" tanya aku.

"Oh, sure!" kata wanita itu.

"Thank you!" ucapku.

"Welcome! Well, I need to go somewhere. Then I will come and pick her up. Please take good care of her." kata wanita itu.

"Sure..." akurku.

"Anna! I will come and pick you up. You play with sister!" kata wanita itu kepada anaknya and berlalu pergi.

"Hi Anna!" ucapku. Aku meriba Anna. Budak kecil itu tersengih. Haih! Cutenya!

"Say hi to brother!" aku menunjuk ke arah Haizeq. Anna memandang Haizeq lalu menggapai-gapai tangan kepada Haizeq. Haizeq tergelak.

"Eh. Dia nak kau dukung ni." kata aku.

"Okay. Dah lama aku tak pegang baby." kata Haizeq. Dia mendukung Anna dengan berhati-hati. Aku tergelak apabila Anna meramas muka Haizeq. Aku mengambil Anna daripada Haizeq.

"Hahaha! Padan muka kau." kata aku kepada Haizeq. Kami bermain dengan Anna. Aku memang suka budak kecik. Dulu, aku akan jadi babysitter tidak berbayar. Jaga adik sedara aku. So now, Nayli back to business. Hahahahah...

Aku memberi sekuntum bunga yang aku petik dekat flower field tadi kepada Anna. Bukan yang Haizeq bagi. Yang lain. Kalau aku bagi yang Haizeq bagi dekat aku tu, merajuk lah.

Anna mengambil bunga itu. Dia ingin memasukkan ke dalam mulutnya.

"No, no, no..." kata aku kepada Anna. Aku cepat-cepat mengambil bunga itu daripadanya. Anna mula menangis.

"Bagi aku bunga tu." kata Haizeq. Aku menyerahkan bunga itu kepadanya dan mendukung Anna dan membawanya melihat air pancut di hadapan. Haa... Dah berhenti menangis... Anna menarik-narik tudungku.

"Ah! Anna... Haizeq! Tolong alih tangan dia..." arahku. Kami ketawa kerana Anna yang nakal ni.

Kami seronok bermain bersama Anna. Mak Anna datang mengambilnya.

"Anna. Let's go home." ajak wanita itu. Dia ingin mengambil Anna yang didukung olehku. Anna menangis dan memegang kemas bajuku.

"Anna... Your Mummy is here..." pujukku. Tidak berkesan.

"Can I have your number? So that Anna can play with you again..." kata wanita itu.

"Sure..." aku memberi nombor telefonku kepada mak Anna. Setelah dipujuk beberapa kali, Anna akhirnya melepaskan aku. Kami mengucapkan selamat tinggal. Mereka berlalu pergi.

"Mia." panggil Haizeq. Aku memandangnya.

"Jom balik." ajak Haizeq.

"Okay..." akurku.

Hi guys! Ni bab 43! Okay tak? I've tried my best for this chapter. Hope you like it! Thank you kepada semua yang sudi baca cerita ni. Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe! I love you guys! ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts