webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Games
Not enough ratings
44 Chs

Tester ke-10

Rin berlari untuk mendapatkan Portasec yang dijatuhkan oleh Aries. Kedengaran seseorang sedang ketawa.

"Bagus semua! Kamu telah berjaya mendapatkannya. Malangnya, ia milik saya!" ia suara seorang budak lelaki.

Dalam sekelip mata seorang lelaki telah berada di hadapan Rin dan menendang Rin yang tidak bersedia itu sehingga Rin terpelanting kearah tester-tester lain. Rin disambut oleh Takanashi.

"Sensei!"

"Daijobu, urgh,, siapa dia tu." kata Rin.

"Eh, dia..." kata Sarah. Dia seakan mengenali wajah pemain itu.

"Ya! Sayalah Zack. Selamat bertemu kembali. Malangnya reunion ini tidak akan bertahan lama." katanya sambil memegang Portasec.

Sementara itu, di bilik monitor Kagamine-sensei dan yang lain hanya dapat melihat sahaja tanpa dapat berbuat apa-apa. Berbalik kepada situasi di Hellish Chamber. Rin sekali lagi berdepan dengan cabaran yang besar. Baru sahaja mereka mengalahkan Aries dan mereka kini terpaksa berdepan dengan salah seorang tester seperti mereka untuk mendapatkan Portasec.

"Rin, Rin, Rin.. Nama yang besar masa permainan Elguard Online dulu." Kata Zack sebelum memasukkan Portasec tersebut ke dalam inventorinya.

"Zack! lama tak jumpa awak." kata Sarah. Dia cuba mendekatinya.

"Jangan cuba dekat dengan saya atau saya akan musnahkan Portasec ni!" ugut Zack.

"Apa motif awak buat macam ni? Bukankah kita kawan semasa sesi Closed Beta dulu?" kata Rin.

"Kawan? Saya tak pernah cakap yang saya kawan awak." kata Zack sombong.

"Tak guna! Berani awak cakap begitu kepada sensei!" kata Takanashi sebelum meluru kearah Zack.

Sebaik sahaja Takanashi menghayunkan pedangnya, dengan sekelip mata Zack hilang dari pandangan.

"Awak dah lupa ke..saya ni...seorang Sniper." kata Zack.

Dia tidak kelihatan dimana-mana sudut gelanggang. Kedengaran dua atau tiga das tembakan dilepaskan. Ia tepat mengenai tangan kiri dan kanan Takanashi.

"Dengan kepantasan Sniper, tak mungkin Takanashi dapat menandinginya dalam pertarungan satu lawan satu." kata Okumura-san.

"Jadi apa patut kita buat?" tanya Jennifer.

"Hahahah, tak perlu buat apa-apa... kamu hanya perlu menyerah sahaja." kata Zack.

"Kami takkan menyerah! Tak guna, awak penakut.. keluarlah kalau berani!" kata Rin dengan suara yang lantang.

"Baiklah, saya suka cara awak Rin." kata Zack. Dia kemudian muncul betul-betul di hadapan Rin. "Mari buat perjanjian." sambungnya.

"Perjanjian apa?" kata Rin.

"Kalau awak kalah, saya akan musnahkan Portasec." kata Zack menetapkan syarat pertama.

"Kalau saya menang?" kata Rin.

"Kalau awak menang Portasec milik awak."

"Baiklah, tapi saya ada satu soalan. Kenapa awak lakukan semua ini? Bukankah kita semua kawan?" Rin sekali lagi cuba memujuk Zack.

"Awak akan tahu juga nanti Rin." balas Zack.

Paparan pilihan pemain muncul di hadapan Rin sebelum bertarung. Hak memilih mod diberikan kepada Rin. Terdapat dua mod pertarungan iaitu solo dan berpasukan.

"Hahah, awak pilihlah salah satu mod yang awak suka."

Ini pasti muslihat dia!.. kenapa dia benarkan saya memilih mod?

Rin kemudian berfikir panjang.

Memandangkan saya dah lama tak bertarung dengan dia.. saya tak pasti sejauh mana kekuatan dia sekarang.

"Pilihan yang sukar kan? Kalau awak bertarung dalam pasukan menentang saya seorang, bukankah ia satu kelebihan bagi awak?"

Tak... ia perangkap.. dia nak bunuh kami semua! Kalau saya memilih mod berpasukan saya akan merisikokan nyawa tester lain!

Akhirnya Rin membuat keputusan. Dia memilih untuk bertarung secara solo. Tester lain tidak berpuas hati dengan pilihan Rin.

"Rin kenapa! Kenapa awak pilih untuk bertarung bersendirian! Bukankah kami ada untuk membantu awak!" kata Okumura menyuarakan isi hatinya kepada Rin.

"Saya tak nak merisikokan nyawa kamu semua!" kata Rin.

Cahaya kemudian terbentuk di sekeliling kedua-dua pemain. Perlahan-lahan cahaya tersebut menghilang dan ia membentuk dinding lutsinar yang membolehkan pemain melihat perterungan mereka.

Countdown dimulakan. Kedua-dua pemain telah bersedia untuk bertarung. Pertarungan bermula! Rin memulakan gerak langkahnya dengan meluru kearah musuh. Dia ditembak bertubi-tubi dan sebilangan peluru mengenai badan Rin. Hpnya menurun sedikit. Zack kemudian menghilang lagi. Hp Rin menurun lagi tetapi dia tidak dapat melihat dari mana datangnya serangan tersebut.

"Tak guna! Dia guna taktik kotor itu lagi! Kalau terus begini, Rin mungkin akan terbunuh!"

Kelihatan Rin sedang menumpukan perhatiannya dan cuba untuk mengesan di mana musuh berada walaupun dia terpaksa membiarkan Hpnya menurun sedikit demi sedikit. Dari sudut pandangan tester lain Rin seperti tidak melakukan apa-apa.

"Rin! Apa awak buat tu! Awak akan terbunuh!" jerit Sarah walaupun dia mengetahui yang Rin tidak mungkin akan mendengar suaranya.

"Tak, Rin bukan jenis yang begitu. Saya pasti dia ada rancangan." kata Orihara-kun yakin akan tindakan rakan karibnya itu.

Hp Rin kemudian mencecah 15% dan dia masih dalam posisi bertahan. Para pemerhati perlawanan tersebut termasuklah para tester dan mereka yang berada di bilik monitor mula risau akan Rin. Akhirnya Rin mengeluarkan skillnya iaitu Dark Enchant.

"Dark Enchant? Bukankah skill itu hanya menambahkan kekuatan fizikal Dark Berserk Knight?" kata Orihara.

"Tidak, ia mempunyai kekuatan tersembunyi." kata Okumura. Dia kelihatan sedang membuka pengkalan data ESCOM.

"Kekuatan tersembunyi?"

"Ya, lihat ni. Jika Hp Dark Berserk Knight atau DBK 20% keatas ia hanya menambah kekuatan fizikalnya dan menambahkan damage yang diberikan kepada monster lain. Tapi apabila Hp DBK 20% ke bawah, ia akan menambahkan ketajaman 5 deria DBK." terang Okumura-san.

"Jadi Rin bukanlah tidak melakukan apa-apa, dia cuma menunggu Hpnya menurun sehingga 20% ke bawah untuk mengaktifkan status tersembunyi pada skillnya." kata Jennifer.

"Dengan ketajaman deria yang dikuatkan dapatlah Rin mengesan keberadaan musuhnya dengan mudah. Bijak dan berisiko." kata Kinra memuji tindakan Rin.

"Dia takde pilihan lain. Itu je peluang yang dia ada." Kata Rachell.

Akhirnya dengan deria yang dikuatkan dia dapat mengesan musuh dan mengelak setiap serangan dengan mudah. Kali ini serangan Rin mengena. Libasannya berjaya mengurangkan Hp lawan sehingga 40%. Rin menyerang dan terus melakukan serngan bertali arus. Dia menyedari yang serangannya semakin lama semakin tidak mengena.

"Hahaha, awak semakin perlahan Rin." kata Zack.

Zack menahan libasan Rin dengan mengunakan senapangnya. Dia menendang Rin dan Rin terhumban ke tepi gelanggang. Hp Rin kini tinggal 8%.

"Rin.. Rin. Kalau awak menyerah kan mudah."

"Tak, saya takkan menyerah. Saya tak akan biarkan dunia ini musnah. Apatah lagi dunia ini merupakan hasil titik peluh ibu bapa saya." kata Rin.

"Ibu bapa awak dah tak wujud lagi! Awak masih mengharapkan mereka kembali?" kata Zack cuba untuk mematahkan semangat Rin.

"Diam! Saya pasti mereka ada di luar sana." kata Rin dengan suara sebak.

"Kalau begitu saya akan pastikan awak takkan bertemu dengan mereka lagi!" kata Zack sebelum menembak kearah Rin.

Sebaik sahaja peluru tersebut menghampiri Rin, dunia seolah-olah terhenti. Inikah pengakhirannya? Cis, saya tak boleh mengharapkan orang lain menyelamatkan saya seperti tadi.. kali ni saya keseorangan... maafkan saya..

Tiba-tiba suara Aries kedengaran.

"Rin, inikah pahlawan yang berjaya mengalahkan saya." kata Aries. "Awak dah bersedia ke untuk mati?" sambungnya.

"Tak, saya belum bersedia." kata Rin.

"Kalau begitu saya benarkan awak untuk menggunakan kuasa saya." kata Aries.