11 Takaito-senpai

Pagi itu, Minori datang lambat ke sekolah. Mungkin disebabkan semalam dia tidur agak lewat. Dia kemudian teringat peristiwa semalam di perhentian bas itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan muka di hadapan Rin. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke kelas.

"Macam mana kalau Rin tegur saya? Buat normal je?" bisik hati Minori.

Dia membayangkan muka comel Rin menegurnya.Dia perlahan-lahan membuka pintu. Dia ternampak Kazuo dan Akira sedang lepak di meja Rin yang berada di belakang kelas.

"Minori-chan Ohayo." sapa Kazuo.

"Ohayo." balas Minori.

"Setahu saya awak tak pernah lambat ke sekolah." kata Akira.

"Gome Akira sebab tak dapat jalan sama-sama ke sekolah hari ni."

"Takpe. Apa awak buat semalam sampai tidur lewat?" tanya Akira.

"Emm, pasal tu." Minori tidak mahu memberitahu tentang kejadian semalam. "Eh, mana Rin-kun?" sambungnya cuba mengubah topik.

Kazuo menyatakan bahawa dia mendapat tahu dari Kagamine yang Rin jatuh sakit.

"Baru je nak bagi balik Jaket yang dia pinjamkan semalam." kata Minori. Dia tidak menyedari yang dia telah terlepas cakap.

"Eh! Jaket! Semalam!" kata Akira.

"Eh, jangan-jangan..." belum habis Kazuo bercakap Akira menumbuk Kazuo sehingga dia terjatuh dari kerusi.

"Baka Kazuo. Saya tau apa yang awak nak cakap lepas tu." kata Akira-san masih mengenggam penumbuknya.

"Ehehe. Macam mana awak tau eh hehe." kata Kazuo.

"Jadi betullah. Ish...." kata Akira sebelum menumbuk Kazuo lagi.

"Gomegomegomegome." kata Kazuo.Minori tertawa kecil melihat gelagat kawannya itu.

Masa sekolah telah tamat, mereka bertiga menuju ke rumah Kagamine-sensei. Mereka mengetuk pintu rumah Kagamine-sensei tapi tiada siapa yang menyahut atau membuka pintu. Pintu terbuka secara automatik. Mereka masuk ke rumah tersebut.

"Jadi inilah rumah Kagamine-sensei." kata Kazuo. "Fuh canggih. Siap ada pintu automatik."

"Mana bilik Rin eh?" kata Minori.Mereka ternampak pintu dengan nama Rin. Mereka perlahan-lahan membuka pintu bilik tersebut kerana tidak mahu menganggu Rin.

"Korang rupanya. Gome, tak dapat pergi sekolah tadi." kata Rin dengan suara yang serak.

"Awak kan sakit." kata Kazuo.

"Jangan risaulah, Minori-chan ada salinkan nota untuk awak." kata Akira sambil menyiku Minori yang kelihatan sedang mengelamun.

"Arigato, bertuah saya ada kawan macam korang."

Dia perasan yang riak muka Minori menunjukkan yang dia rasa bersalah atas apa yang berlaku padanya hari ni. Belum sempat Kazuo berkata apa-apa Akira menutup mulut kazuo.

"Ambil masa kamu hehe. Jangan hiraukan kami." kata Akira sebelum menarik Kazuo sebelum keluar dari bilik Rin.

"Minori, kenapa ni? Awak rasa bersalah ke saya tak dapat ke sekolah hari ni?" Minori menundukkan kepala dan mengangguk.

"Baka." kata Minori. "Arigato sebab tolong saya semalam." Minori meletakkan jaket yang telah dipinjamkan oleh Rin di almari.

"Eh takde apa-apalah hehe. Kita kan kawan."

Minori dapat rasa yang Rin telah berusaha bersungguh-sungguh mencarinya semalam. Bukan senang untuk mencari seseorang masa ribut pada waktu malam.

"Oi, kamu dah siap ke?" kata Kazuo dengan suara lucunya.

"Kaaazuuuuoooo." bentak Akira dengan riak mukanya yang menakutkan. "Apa awak buat tu AH? Tak boleh ke awak duduk diam sekejap." katanya lagi dengan suara yang seram.

"Gome ojou-sama. Sumimasen ganggu masa private kamu berdua." kata Kazuo dengan suara yang terketar-ketar.

Rin dan Minori ketawa melihat gelagat lucu kawan mereka itu.

"Diorang memang macam ni ke?" tanya Rin.

"Haah, Akira dan Kazuo berkawan sejak sekolah rendah lagi."

Keesokan harinya, Rin datang seperti biasa ke sekolah.

"Ohayo, Rin-kun." sapa Akira.

"Ohayo."

"Rin kamu tak nak join mana-mana kelab ke?" tanya Kazuo "Saya terfikir.. takkan lah kita nak habiskan zaman sekolah kita tanpa buat apa-apa kan." sambungnya.

"Ye, kebetulan pula saya dan Minori juga takde join mana-mana kelab sekarang." ujar Akira sambil menyiku Minori.

"Saya tak pasti saya nak join kelab apa.." kata Rin.

"Macam mana kalau.. kita buat kelab sendiri." cadang Minori.

Seseorang datang ke kelas 1-B. Dia merupakan budak nakal yang terkenal di sekolah tersebut. Budak Kelas 2-D. Dia memasuki kelas Rin sambil berteriak nama Rin.

"Alamak, Rin kamu ada buat apa-apa ke kat dia?" kata Kazuo. "Awak perlu pergi dari sini, cepat sebelum dia nampak!"

Rin tidak melarikan diri sebaliknya dia pergi kearah seniornya itu dan memperkenalkan dirinya.

"Rin-Sensei." kata budak nakal tersebut. "Saya harap sensei kenal saya. Saya Takanashi Ito."

"Ehh!!! Sensei!" jeritan memenuhi kelas. Seluruh kelas amat terkejut apabila budak yang terkenal dengan keganasannya di sekolah tunduk dengan Rin yang merupakan budak baru di sekolah itu. Tambahan pula, dia memanggil Rin sebagai sensei.

Hari tersebut ialah hari pertama Program PORTAL dijalankan. 10 pemain terpilih yang kebanyakannya dari negara Jepun telah dijemput untuk memasuki permainan itu buat kali pertama melalui PORTAL. Takanashi atau usernamenya Takaito sedang berlatih di luar Cirk iaitu Bandar pertama dalam game tersebut. Dia tidak biasa dengan permainan itu kerana ia Virtual Realiti bukannya on-screen seperti yang biasa dimainnya dulu. Dia lebih suka bermain solo.

"Hai." sapa Rin.

"Ceh, pergi dari sini. Saya tak nak parti dengan awak." kata Takaito sambil menyambung latihannya.

"Nampaknya kamu tak biasa lagi dengan skill dalam game ni." kata Rin yang sedang asyik memerhatikan sahaja pergerakan Takaito.

Takaito tidak menghiraukannya, dia terus berlatih dengan membunuh monster yang berupa slime. Ada sesekali dia terjatuh dan HPnya turun dengan mendadak.

"Mari saya ajarkan awak." Kata Rin. "Dash!" jeritnya dan skillnya diaktifkan. Dia bergerak lurus dengan sangat pantas. Sukar untuk melihat pergerakannya. 10 slime yang berada dihadapannya hancur dengan mudah.

"Macam mana kamu buat tu?"

"Oh itu. Itu ialah voice command. Kamu hanya perlu menyebut nama skill kamu dan system akan mengaktifkannya." terang Rin. " Dan ni ialah body posture command." katanya sambil menunjukkan pose yang biasa digunakan oleh pemain pedang yang handal. Selepas itu, monster di hadapan Rin musnah dengan serta-merta. Takaito hanya nampak afterimage pedang Rin yang membelah monster tersebut. "Kamu boleh juga menggunakan manual command pada GUI, tapi saya tak rasa ianya bagus digunakan dalam pertarungan head-to-head."

"Arigato." Kata Takaito. Dia kemudian menyambung latihannya. "Oh, sebelum saya pergi. Kamu perlu jaga HP kamu. Yelah, setiap game kalau mati ada penaltinya. Saya tak pasti penalti pada game ni. Tapi kamu perlu berhati-hati." nasihat Rin.

"Ceh, dia ingat dia tu siapa nak nasihat saya." bisik hati Takaito.

Suatu hari, semasa Takaito sedang membuat quest dalam Blood Forest di luar Cirk, dia terdengar jeritan seorang pemain perempuan. Dia ialah Okumura Jun dengan username Arc_Light. Dia merupakan class Enchanter. Takaito dengan pantas pergi membantu. HP Okumura-san hanya tinggal 2%. Hanya dengan sekali libasan lagi dia akan kembali ke Cirk Cathedral. Sepantas kilat seorang lelaki misteri telah menghalang libasan pedang monster yang berupa demi-human itu dengan pedangnya. Dia mengarahkan Okumura berundur.

"Dark Enchant: Flurry Slash!" kemudian monster kelas Area Boss itu tumbang.

Setelah asap kesan dari Dark Enchant itu hilang barulah mereka dapat melihat dengan jelas lelaki tersebut. Dia ialah Rin. Levelnya naik mendadak sejak hari pertama. Sejak hari itu Takaito menghormati Rin dan memanggilnya sensei.

"Sensei! Saya sangat gambira jika sensei join kelab saya iaitu kelab Kendo. Sensei boleh ganti saya jadi ketua." kata Takanashi sambil tunduk menghormati Rin.

"Arigato, tapi saya terfikir nak buat kelab." kata Rin.

"Ehhh! Dia tolak permintaan Takanashi!!" Sekali lagi kelas gempar dengan keputusan Rin.

"Habislah dia."

"Oh kalau itu keputusan sensei saya tak boleh paksa." Kata Takanashi sebelum keluar dari kelas. Dia nampak kurang gembira.

"Senpai!" kata Rin sambil mengejar Takanashi yang sedang berjalan menuju ke kelas 2-D.

"Jumpa esok. Ada hal penting yang saya nak cakap dengan senpai."

"Saya pun ada benda nak bincang dengan sensei. Jumpa esok." kata Takanashi. Riak kegembiraan terukir pada mukanya.

avataravatar
Next chapter