webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Games
Not enough ratings
44 Chs

Kebenaran Terbongkar

Sebaik sahaja mereka keluar dari Portal mereka disambut oleh Tuan Hakeem.

"Tahniah, kamu semua berjaya melindungi Portal dari digodam." kata Tuan Hakeem.

"Tipu!" kata Rin.

Mereka mengalihkan perhatian kearah Rin. Mereka semua berasa pelik. Bukankah Tuan Hakeem seperti pakcik kepada Rin. Kenapa Rin bertindak sedemikian?

"Portal tak pernah digodam. Awak hanya mahu musnahkan Dunia Earthia. Permainan Elguard Online yang selama ini menjadi penghalang kan!"

"Apa maksud kamu Rin? Saya tak faham." kata Tuan Hakeem bersandiwara.

"Jangan nak berdolak-dalih lagi. Sekarang saya dah tahu kenapa ibu bapa saya cipta Dunia Earthia. Ia untuk menghalang cubaan awak untuk mencipta senjata yang berbahaya. Awak juga cuba menjualnya kepada pelabur-pelabur luar negara untuk kepentingan sendiri!"

"Macam mana kamu tahu semua ini Rin?" kata Okumura-san.

"Pada akhir pertarungan tadi Zack menghantar data kepada saya dan ia ialah data sulit milik ESCOM." Jelas Rin.

"Kalaulah dia beritahu lebih awal." bisik hati Rin. Dia sangat kecewa.

Tuan Hakeem menepuk tangannya sambil ketawa bak orang histeria. "Bagus Rin, kamu memang bijak anak kelahiran kepada kedua professor yang mencipta Portal. Memang tak sangka kan. Hahah!"

"Awak tak guna! Selama ini awaklah yang merancang semua ini." kata Takanashi.

"Tentu awak pelik kenapa Zack jadi seperti itu."

"Awak ugut untuk bunuh keluarga dia kalau dia tak musnahkan Portasec dan semua tester kan." ujar Rin.

"Hahah! Awak bernasib baik dia tak berani nak bunuh kamu semua! Sayangnya.. pandai dia berlakon. Cis, kalau aku tahu dia berlakon dah lama nyawa keluarga dia melayang."

"Jadi selama ini Portasec bukanlah Sistem sekuriti Portal. Ia ialah core bagi Dunia Earthia dan ia belum diaktifkan sepenuhnya." Kata Ritchell.

"Terima kasih kepada ibu bapa Rin yang tak mengaktifkannya sepenuhnya, saya berjaya mencipta Mini Portal dan Rin lihat ni." Kata Tuan Hakeem. Dia menunjuk ke arah Monitor yang menunjukkan Kagamine-sensei dan yang lain telah diikat dan dua orang pengawal bersenjatakan senapang patah yang sedia menunggu arahan Tuan Hakeem. "Serahkan Portasec atau saya akan bunuh mereka semua!"

Kinra meluru kearah Tuan Hakeem. Dia bersenjatakan Mini Portal yang diberikan oleh Rachell. Satu libasan dilemparkan ke arah musuh namun dengan mudah serangan tersebut ditepis.

"Saya dah agak ini akan berlaku." kata Tuan Hakeem. Dia mengeluarkan dua Mini Portal dan menyarungkannya di kedua-dua belah tangannya. Dia mengeluarkan dia bilah Pedang dan bersedia untuk bertarung.

Rin dan yang lain juga memakai Mini Portal yang dibawa oleh Rachell. Kinra mengalihkan perhatian Tuan Hakeem. Tuan Hakeem menyedari yang Rin dan yang lain cuba keluar dari bilik tersebut untuk menyelamatkan Kagamine-sensei dan yang lain.

"Nak ke mana tu!" kata Tuan Hakeem dan menekan suis alat kawalan yang ada di poketnya. Ia mengunci bilik tersebut dan tiada sesiapa dapat keluar atau masuk.

"Cis." kata Orihara-kun.

"Disebabkan kamu semua sudah tahu segalanya, terpaksalah saya bersihkan kamu. Hahah!" Kata Tuan Hakeem sambil menahan serangan Kinra.

"Awak ingat kami apa? Sampah?" kata Kinra.

Kinra menghayunkan pedangnya dengan kuat cuba untuk mencederakan Tuan Hakeem. Tuan Hakeem berjaya mematahkan serangan tersebut dan membuat bukaan pada pertahanan Kinra. Kinra tidak sempat mengelak serangan Tuan Hakeem menyebabkan dia cedera di bahagian abdomen akibat tikaman Tuan Hakeem. Tuan Hakeem menghumban Kinra ke tepi. Kinra pengsan.

"Tak guna! Frost Bind!" Kata Rachell.

Frost Bind hampir sahaja mengenai Tuan Hakeem tetapi dia berjaya mengelak serangan tersebut. Tuan Hakeem mencuri data dari permainan sebelum ini dan ia membolehkan dia mengeuarkan skill seperti pemain. Dia menggunakan Skill Paralyze. Ia melumpuhkan mereka semua. Tuan Hakeem mendekati Okumura-san.

"Awaklah kakak dia ye. Pasti awak sedih melihat adik awak yang cedera tu kan. Jangan risau saya akan pertemukan kamu berdua di syurga!" kata Tuan Hakeem sambil mengangkat pedangnya.

"Okumura-san!" Jerit Rin. Dia cuba untuk bergerak tetapi malangnya dia tidak mampu kerana status Paralyze masih aktif.

Hayunan pedang menghampiri Okumura-san yang masih dilumpuhkan oleh skill Paralyze. Tiba-tiba hayunan tersebut dihentikan oleh pedang seseorang. Dia ialah Rin.

"Apa! Bukankah kamu masih kena skill Paralyze.." dia melihat Rin dengan teliti. "Kamu masih dalam Paralyze. Ceh, tak sangka kamu dapat bergerak dalam keadaan sebegitu."

"Saya takkan biarkan lebih ramai rakan-rakan saya dibunuh oleh awak!" kata Rin.

"Oh, kalau itu yang awak nak.. biar saya bunuh awak dulu!"

Tuan Hakeem menikam Rin. Rin terbaring kesakitan. Okumura dan yang lain hanya dapat melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

"Rin!"

"Hahah! Saya silap kerana membiarkan awak hidup."

Tuan Hakeem mengangkat Rin. Dia hendak menikamnya sekali lagi. Belum sempat dia berbuat sesuatu pintu bilik tersebut dibuka dengan kuat dan 2 tembakan tepat mengenai kedua-dua Mini Portal milik Tuan Hakeem.

"Jangan bergerak! Ejen SFJ! Tuan Hakeem letakkan senjata!" kata seorang ejen SFJ. Dia kemudian mengari tangan Tuan Hakeem.

"Awak dah lupa ke siapa yang bagi awak Mini Portal?"

"Cis, awak cuba bunuh ejen kami.. kami tak boleh biarkan tu."

"Kami perlukan Paramedik di tingkat 4 wisma ESCOM. Dua orang remaja cedera parah di sini!" arah salah seorang Polis.

Di bilik monitor pula Kagamine-sensei diselamatkan oleh Komander Shin.

"Leftenan Kagamine. Gome, kami lambat sedikit." kata Komander Shin.

Mereka yang tidak cedera dibawa keluar dan dikumpul di tempat letak kereta di mana semua kenderaan pihak berkuasa berada.

Berberapa orang ejen SFJ dan juga Polis Diraja Malaysia menyerbu Wisma ESCOM. Mereka semua diselamatkan oleh isyarat kecemasan Cik Kagamine. Kesemua staff ESCOM ditangkap dan Mini Portal dirampas oleh pihak berkuasa. Kesemua staff ESCOM dibawa pergi menggunakan lori PDRM untuk siasatan. Sedang mereka duduk, mereka ternampak Tuan Hakeem dibawa ke kereta peronda polis.

"Ini belum berakhir!" jerit Tuan Hakeem sebelum dibawa pergi oleh polis.

Kelihatan Okumura dan berberapa tester lain keluar dari Wisma ESCOM diiringi oleh berberapa orang polis. Mereka tidak cedera. Mereka dibawa ke tempat Kagamine-sensei dan yang lain berada.

"Yokatta, kamu semua selamat. Mana Rin dan Kinra?" kata Kagamine-sensei.

Mereka hanya tunduk. Kecewa kerana tidak dapat melindungi rakan mereka sendiri. Tsumiki mendekati Okumura-san.

"Mana Rin? Jawablah.." kata Tsumiki. Dia sangat risaukan Rin terutama semasa Rin sedang mempertaruhkan nyawanya bertarung dengan Zack.

Tidak lama kemudian, dua wheelbed dibawa keluar dari Wisma ESCOM.

"Itukah Rin?" kata Tsumiki.

Okumura tidak menjawab.

"Jawablah.. itukah Rin?"

Okumura hanya mengangguk. Dia kemudian berlari kearah ambulans yang membawa adiknya Kinra yang cedera parah. Tsumiki terduduk apabila mengetahui yang berada di Wheelbed itu ialah Rin.