webnovel

Demi Malaikatku

Nava Camille, seorang Malaikat yang tinggal di Kerajaan Langit telah diturunkan ke bumi untuk menjadi manusia sekaligus menjalankan hukumannya disebabkan oleh sikapnya itu. Hukumannya senang: iaitu mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dalam masa yang ditetapkan. Jika gagal, maka dia akan menjadi manusia selamanya. Meskipun Nava sudah menjadi manusia, namun kuasanya masih dapat dia miliki tapi kuasanya juga ada had masanya. Nava mengenali seorang lelaki yang dingin dan sangat kasar. Namanya ialah Harrison Theo Finley, seorang CEO dalam industri pelancongan. Kerana satu insiden, Nava terpaksa tinggal di rumah Harrison Theo. Berbagai kejadian lucu, sedih dan mendebarkan ketika mereka berada di satu rumah. Walaupun begitu, masa lalu Nava yang terungkap menyukarkan Nava untuk meneruskan misinya. Terlebih lagi, dia sudah mula menyayangi Harrison Theo.. Namun jika dia berkeras untuk tinggal bersama lelaki yang dia sayangi itu, mereka akan dikenakan hukuman berat dari Kerajaan Langit dan Nava tahu Harrison Theo tidak akan dapat bertahan dengan hukuman itu. Haruskah dia melepaskan Harrison Theo dan kembali menjadi malaikat... Atau terus menjadi manusia dan hidup bersama Harrison Theo... ------ Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
18 Chs

Theo Mencari Nava

THEO berfikir sendirian di pejabat dia bila Dion mengatakan yang Nava hilang.

Dia sendiri hairan kenapa Nava boleh menghilang begitu saja.

Sedangkan Theo sudah memberi dia tempat tinggal yang baik dan membantu dia untuk mencukupi keperluan dia untuk sementara waktu.

Theo mengetuk meja pejabat dia dengan jari. Walaupun matanya menatap kaca komputer namun mindanya menerawang jauh dari sana.

Theo pun mengambil keputusan untuk pergi mencari Nava.

Dia mengambil kot yang diletakkan di bangku kerja dia dan segera keluar dari pejabat itu.

Maydeline yang ada di mejanya terus berdiri bila melihat Theo keluar.

"Boss, boss nak ke mana? Ada apa-apa yang terjadi?" tanya Maydeline.

Theo hanya mengangkat tangannya untuk memberi isyarat pada Maydeline agar jangan mengikuti dia.

"Saya ada hal kecemasan. Kamu tinggal saja di sini."

Muncung Maydeline melebar bila Theo terus saja berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Memang dasar lelaki buta! Takkan dia tidak mahu berhenti dan puji saya yang seksi ni di sini?

Theo masuk ke lift dan terus menekan butang ke tingkat bawah, iaitu di tempat parking kereta. Setelah sampai, Theo terus mendekati kereta Mercedes hitamnya.

Theo memandu kereta itu keluar dari bangunan pejabatnya.

Theo sudah menyuruh Dion untuk menghantar alamat di mana rumah sewa Nava.

Dalam masa 10 minit saja, Theo sudah tiba di sana.

Di luar kereta, Dion tolong membuka kereta majikannya.

"Macam mana dia boleh hilang? Kau sudah periksa dia di sekitar sini?" tanya Theo pula.

Dion mengangguk dengan cepat. "Saya sudah periksa semua tempat sebanyak empat kali. Tapi saya masih tidak jumpa dia. Macam mana ni, Tuan?"

"Jangan cemas... Ini masih belum 24 jam. Kita cari dia lagi," kata Theo.

Dion mengangguk lalu dia berlalu untuk mencari Nava.

Theo pula hanya memandang Dion pergi. Theo memandang ke arah rumah sewa Nava di depannya.

Theo kelihatan mengeluh sekejap.

Mana pula perempuan ni pergi?

***

***

LUIS dan Nava berhenti setelah mereka jauh dari kawasan bahaya itu.

Mereka telah masuk ke satu pintu rahsia dan mereka keluar dari bangunan itu melalui sebuah terowong yang ada di hujung bandar.

Jauh!

Nava terus terduduk melutut di atas tanah kerana dia penat.

Dia membuka topi dan jubah yang dipakainya.

Aduh, panasnya.... Macam ni kah manusia selalu rasa??? Boleh pula rasa penat kalau berlari macam ni, kan?

Luis yang masih selamba saja itu tanpa merasa penat terus memandang ke arah Nava.

"Kenapa kau ikut saya masuk ke dalam? Kan saya sudah cakap jangan ikut saya. Kalau ada apa-apa jadi pada kau, saya tidak akan mahu tanggung. Kalau saya yang luka tu, tidak mengapa. Tapi kalau kau yang luka, saya nak jawab apa pada pihak polis?" bentak Luis pula.

Nava mengerling ke arah Luis.

Kerlingan itu sangat tajam tapi bagi Luis, kerlingan itu hanyalah sekadar jelingan seorang wanita lemah dan kecil macam Nava.

"Saya boleh selamatkan diri saya sendiri lah... Kau tak perlu risau!" balas Nava.

Luis tersenyum sinis. Jelas sekali yang dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Nava itu.

"Kau cakap yang kau boleh jaga diri kau sendiri, jadi kenapa kau boleh ikut saya sampai ke sini?" balas Luis.

"Sebab kau yang suruh, kan?" kata Nava lagi. Yalah, betullah Luis yang desak dia masuk pintu rahsia itu, takkan nak tolak pula...?

Luis sepertinya kehilangan kata-katanya. Memang benar dia ada menyuruh Nava untuk masuk ke dalam pintu rahsia itu sebab mereka sudah kesuntukan masa.

Kalau mereka ditangkap dengan orang-orang samseng itu, hidup mereka berdua pasti sudah melayang.

Nasib baiklah Luis tahu tentang jalan rahsia itu. Dalam masa kecemasan macam ini pun dapat membantu.

"Kita sudah lari dari tempat itu. Tapi saya pasti yang mereka akan mencari kita nanti. Bukan saya saja yang mereka akan cari tapi kau juga. Kau yakin kau dapat handle masalah ni?" kata Luis pula.

Hei, saya Malaikat okey!? Macam mana pula saya boleh kalah dengan manusia macam korang, hah?

"Saya tidak kisah pasal tu... Lagipun mereka tidak akan dapat tangkap saya juga," balas Nava dengan yakin.

"Wah, kau yakin nampak. Pasti kah?" kata Luis pula.

"Iya, saya kan tahu bergaduh!" balas Nava lagi. Dia menunjukkan jari-jemarinya yang digumpalkan bersama.

Luis tertawa kecil dan sinis. Penumbuk kecil macam bola tenis, ada hati mahu lawan semua samseng tu?

Tapi walaupun dia ketawa begitu, Luis tahu Nava berkata sejujurnya kerana dia sudah nampak macam mana Nava berlawan dengan Syd dan kawan-kawan dia dulu.

"Fine, saya percaya kau. Tapi kalau kau tidak dapat handle bahaya ni lagi, kau kena lari... Walaupun saya ada masa tu. Saya tidak mahu kau selamatkan saya untuk kedua kali," kata Luis pula.

"Apa yang kau cakap ni? Mestilah saya kena selamatkan kau kalau kau dalam bahaya!!" kata Nava pula.

Luis terkaku di sana. Lama dia memandang Nava yang sedang memandang dia dengan wajah yang bersungguh-sungguh.

Tidak lama kemudian, Luis mengeluh juga. Dia mengusap kepala Nava beberapa kali. "Kau tidak perlu selamat saya. Saya boleh tolong diri saya sendiri. Lagipun, saya tidak mahu hidup dalam rasa bersalah kalau saya tidak dapat selamatkan kau..." Setelah selesai mengucapkan itu, Luis berlalu.

Nava memegang kepalanya dan hanya memandang Luis pergi. Kali ini dia tidak mengikuti Luis lagi.

***

***

MALAM sudah tiba tapi Nava masih lagi mundar-mandir di kawasan perumahan itu kerana dia tidak ingat ke mana dia harus pergi.

Kaki dia sudah rasa lenguh.

Dia lapar.

Dia penat.

Dia mengantuk.

Tapi kerana dia tidak tahu di mana alamat rumah baru dia, Nava tidak tahu ke mana dia harus pergi.

Akhirnya Nava mengalah dan dia duduk di bangku di sebuah taman.

Nava mengeluh penat sambil dia mengusap perutnya yang terasa lapar itu.

"Aduh, kenapa saya boleh lupa jalan pulang ke rumah yang Dion bawa saya tu?" kata Nava perlahan.

Jaeden pula awal-awal sudah kembali ke Kerajaan Langit. Katanya dia ada tugas baru dan Nava tidak mahu peduli pun.

Nava memandang ke arah langit, di mana banyak bintang-bintang bercahaya malam itu.

Nava teringat akan Kerajaan Langit. Dia terasa sedih dan dia mula mengenangkan nasibnya yang malang.

Air mata mula mengalir dari matanya dan dengan cepat dia menyeka air matanya dengan jari.

Nava memandang ke arah jarinya. Ada setitik air mata di atas jarinya.

Inilah yang Nava benci menjadi manusia. Kalau mereka merasa sedih, mereka akan mula menangis dan air mata itu akan keluar.

Dan apa yang paling Nava tidak suka adalah jantungnya akan terasa sakit kalau dia menangis.

Air mata terus mengalir walaupun Nava beberapa kali menyekanya.

"Aiisshh, kenapa air mata ni asyik mengalir saja. Saya bencilah begini.. Huhuhu!"

Sedang dia menangis dan menyapu air matanya, seorang lelaki berdiri di depan Nava dan memberikan sapu tangan kepada Nava.

Nava melihat kaki manusia yang berhenti di depannya.

Perlahan-lahan, mata Nava naik ke wajah orang itu.

Terkejut dia melihat wajah Theo dan Theo pula sedang menghulurkan sapu tangan dia yang berwarna pernah garis putih itu.

"Kau----!?" kata Nava perlahan.