webnovel

Demi Malaikatku

Nava Camille, seorang Malaikat yang tinggal di Kerajaan Langit telah diturunkan ke bumi untuk menjadi manusia sekaligus menjalankan hukumannya disebabkan oleh sikapnya itu. Hukumannya senang: iaitu mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dalam masa yang ditetapkan. Jika gagal, maka dia akan menjadi manusia selamanya. Meskipun Nava sudah menjadi manusia, namun kuasanya masih dapat dia miliki tapi kuasanya juga ada had masanya. Nava mengenali seorang lelaki yang dingin dan sangat kasar. Namanya ialah Harrison Theo Finley, seorang CEO dalam industri pelancongan. Kerana satu insiden, Nava terpaksa tinggal di rumah Harrison Theo. Berbagai kejadian lucu, sedih dan mendebarkan ketika mereka berada di satu rumah. Walaupun begitu, masa lalu Nava yang terungkap menyukarkan Nava untuk meneruskan misinya. Terlebih lagi, dia sudah mula menyayangi Harrison Theo.. Namun jika dia berkeras untuk tinggal bersama lelaki yang dia sayangi itu, mereka akan dikenakan hukuman berat dari Kerajaan Langit dan Nava tahu Harrison Theo tidak akan dapat bertahan dengan hukuman itu. Haruskah dia melepaskan Harrison Theo dan kembali menjadi malaikat... Atau terus menjadi manusia dan hidup bersama Harrison Theo... ------ Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
18 Chs

8 Tahun Lalu

Sid terbang ke belakang dan dia merempuh dinding bata di belakangnya.

Semua kawan Luis ternganga.

Luis dan neneknya terlopong. Macam mana perempuan cantik dan nampak lemah macam Nava ni boleh jadi begini kuat?

Nava juga terlopong dengan apa yang dia nampak itu lalu dia memandang ke arah tangannya. 'Saya masih ada kuasa..?' Walaupun saya sudah menjadi manusia?

"Dia—dia, dia sudah tumbuk boss kita... Serang dia!!" teriak Martin.

Sid sudah pun terjelopok pengsan di atas jalan.

Semua samseng itu terus menyerang Nava. Nava juga tidak mau mengalah lalu dia pun turut melawan.

Satu-persatu dari samseng itu dihentam oleh Nava dan dibuatnya melayang di udara sebelum mereka pengsan di atas jalan.

Nava ketawa dengan kejayaannya mengalahkan semua samseng itu. Dia berfikir sejenak. 'Hari tu masa saya nak cederakan manusia-manusia yang nak serang saya tu, tidak boleh pula saya serang dorang...'

'Kenapa kalau kumpulan manusia ni, saya boleh serang...'

'Hermm, mungkin kumpulan ni sangat jahat sampaikan saya serang dorang pun tidak apa. Seronoklah pula berlawan dengan manusia daripada berlawan dengan Roh Jahat...'

Nava terus mendekati Nenek Luis dan Luis. "Korang tak apa-apa?" tanya Nava.

"Kami tidak apa-apa. Terima kasih sebab sudah membantu. Nenek tak tahu macam mana lagi nak balas," kata Nenek Luis.

"Tak apa, Nenek... Yang penting, Nenek cuma perlu bayar dengan air mata keikhlasan nenek saja," kata Nava pula.

"Hah?!" balas Nenek Luis dengan wajah bingung.

"Oh, tak ada... Saya cuma bergurau!" kata Nava tersengih. 'Apalah kau ni, Nava... Dorang kan manusia. Dorang mana faham apa yang kau maksudkan tu...'

Nava pun menolong Nenek Luis untuk mengangkat Luis.

"Nenek, Luis boleh berdiri sendiri," pinta Luis sambil dia memegang perutnya. Saat itu dia sudah pun berdiri di atas jalan.

Nenek Luis terus memukul bahu Luis tetapi perlahan. "Apalah kamu ni... Kenapa kamu tidak melawan saja? Kau kan ada belajar karate masa sekolah dulu?"

"Tak boleh lah, nenek... Luis takut mereka akan mencederakan nenek," balas Luis lagi.

Nava pula menolong nenek itu mengemas barang-barang dia. Nava mendekati Sid dan dia terus mengorek poket lelaki itu. Dia mengambil duit RM250 yang diambil oleh Sid dari dompet nenek tadi.

Nava terus memasukkan duit itu ke dompet nenek itu lagi. Nava memandang ke arah Sid. "Isshhh, kalau kau sudah mati nanti, saya akan pastikan kau tidak akan masuk ke Kerajaan Langit!"

Nava terus mengejar Nenek Luis dan Luis.

"Mari sini beg nenek. Nenek mahu angkat sendiri beg nenek," kata Nenek Luis.

"Eh, tak apa nenek... Biar Nava tolong nenek angkat beg ni," kata Nava pula.

"Nava? Nama kamu Nava?" tanya Nenek Luis.

Nava mengangguk dengan wajah innocent dia. "Ya, nenek... Nama saya Nava Camille."

"Oh, nama nenek, Grandma Pie... Ini cucu Nenek.... Luis..."

Nava dan Luis saling berpandangan. Nava hanya melemparkan senyuman manis kepada Luis tapi Luis tidak pun membalas senyuman itu dan terus berjalan sambil menarik tangan Grandma Pie.

"Nenek, jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali! Mana tahu dia ni orang jahat!" kata Luis dengan suara dingin.

Nava terus mencebik geram. 'Dia cakap saya orang jahat?? Kawan-kawan dia lah yang jahat... Sama saja macam Roh Jahat tu...'

"Luis, apa kamu cakap tu macam tu? Nava ni kan sudah tolong kita. Kalau dia tidak tolong, nyawa kamu mungkin sudah dalam bahaya. Kamu patut berterima kasih pada dia," kata Grandma Pie.

' Betul tu, Grandma Pie... Tapi saya tolong ni sebab saya perlukan air mata keikhlasan kamu saja... Wahahahahahaaa...'

Mereka terus berjalan sehinggalah mereka sampai di rumah Grandma Pie dan Luis. Rumah itu terletak di atas bukit dan jauh dari perumahan lain. Penat Nava mahu mengikuti Luis dan Grandma Pie menuju ke rumah mereka.

' Kalau saya masih Malaikat ni, tak usah saya berjalan nak ikut dorang... Saya cuma perlu terbang saja...' Keluh Nava dalam hati.

Sesampainya di rumah Grandma Pie dan Luis, Naba terus duduk di beranda rumah mereka dan melepaskan penat.

Grandma Pie pula menyuruh Luis berbaring di ruang tamu. Dia ke bilik sebentar dan kembali lagi dengan kotak ubat di tangannya. Grandma Pie pun mula mengubati luka Luis.

Terdengar suara Luis berteriak kesakitan setiap kali Grandma Pie meletakkan ubat itu ke lukanya.

Nava membiarkan mereka di dalam rumah dan dia bergerak keluar, ke belakang rumah.

Di belakang rumah, Nava terkesima melihat kebun Grandma Pie yang luas itu. Belakang rumah Grandma Pie itu sangat indah dengan pemandangan hijau hasil dari semua tanaman Grandma Pie.

Nava berfikir sejenak. 'Kalau Grandma Pie mengusahakan kebun ni seorang diri dengan keadaan usianya yang sudah tua itu, tidakkah kesian? Sepatutnya, Grandma Pie hanya perlu diam di rumah, duduk dan minum kopi, kan?? Kenapa dia masih bekerja keras...'

'Lagipun, mana anak-anak dia yang lain...?? Mana papa dan mama Luis? Ke mana mereka pergi??'

Sedang dia berfikir, Naba terkejut dengan suara yang menyapa Nava dari belakang. Nava menoleh ke arah Grandma Pie yang datang dengan dulang minuman di tangannya.

Grandma Pie pun duduk di bangku yang tersedia di bawah sebuah pokok rendang. Nava mendekati Grandma Pie dan duduk bersama nenek itu.

Nenek itu menuangkan teh ke dalam gelas itu. Dia meletakkan satu gelas di depan Nava. "Jemput minum, Nava!" kata Grandma Luis.

Nava mengangguk lalu dia hanya minum.

"Terima kasih sekali lagi, Nava sebab sudah tolong nenek dan cucu nenek hari ni.. Macam yang kamu lihat, kumpulan samseng tu selalu saja datang menagih hutang papa Luis dari nenek..."

"Mana papa Luis?? Di mana dia pergi??" tanya Nava, cepat memotong percakapan Grandma Pie.

"Nenek tidak tahu... Sudah lama nenek tidak mendengar khabar tentang khabar papa Luis itu. Sejak kejadian di Hotel Gold 8 tahun yang lalu, nenek dan Luis hidup di sini bersama dengan Luis... Nenek tidak tahu apakah papa dan mama Luis masih hidup atau tidak... Papa Luis itu berhutang dengan keluarga Sid, jadi sekarang Sid mahu menagih hutang itu," kata Grandma Pie mula bercerita.

Nava hanya mendengar saja.

"Dulu, papa Luis itu adalah seorang ahli usahawan yang berjaya. Tapi pada hari itu, semasa makan malam di Hotel Gold 8, tak tahu macam mana tapi Hotel itu terbakar dan nenek hanya sempat membawa Luis keluar tapi papa dan mama dia masih ada di dalam.... Nenek mahu mencuba untuk mencari mereka namun nenek tiada duit sampai sekarang," kata Grandma Pie.

Terlihat ada sebutir air mata jatuh dari mata kiri nenek itu. Nenek itu terus menyeka air mata itu dengan hujung bajunya.

Nava merasa kesian. 'Ini bukan air mata kegembiraan atau air mata keikhlasan... Tapi ini air mata kesedihan dan penderitaan... Nenek ini sudah banyak menderita semasa dia hidup.... Saya perlu tolong dia...'

"Saya pasti, papa dan mama Luis masih hidup... Dan suatu hari, mereka akan kembali juga," kata Nava pula.

Grandma Pie tersenyum kecil. Dia juga masih berharap seperti itu namun 8 tahun sudah berlalu tapi mereka masih belum muncul lagi dalam kehidupan mereka.

Tiba-tiba, Luis datang ke sana sambil dia memakai baju yang berlainan dari tadi. Terlihat tubuh badannya yang sasa itu walaupun Luis terlihat masih muda.

"Apa yang nenek cerita pada dia lagi? Nenek nak cerita pada dia pasal masalah keluarga kita lagi kah? Macam yang nenek selalu cerita kalau ada orang datang tu??? Tak usahlah, nek... Bukannya perempuan ni nak tolong.. Dia cuma rasa kesian dengan kita..."

Nava menjeling Luis. Dia tidak suka dengan cara Luis bercakap.

Luis mendekati mereka dan memakan roti yang terhidang di atas meja. Dia memandangkan ke arah Nava pula dan jari telunjuk ditudingkan ke wajah Nava. "Kau dengar ya, perempuan... Apa pun kau nak buat di sini... Saya harap kau tak kacau hidup saya dan nenek saya. Sudah cukup semua orang yang datang ke sini untuk menambah masalah kami. Kau jangan memandai nak masuk campur... Ingat diri tu sikit yang kau ni orang luar," kata Luis dengan kasar.

Grandma Pie terus memukul belakang Luis. Luis mengerang kesakitan sambil mengusap belakangnya. Tajam jelingan dia bagi pada neneknya, tanda tidak puas hati.

"Jangan layan tetamu macam itu, Luis... Tidak elok!" kata Grandma Pie.

Luis cuma mencebik lalu dia meninggalkan rumah.

"Nak ke mana tu, Luis???" tanya Grandma Pie.

"Luis nak sambung kerja!"

"Tapi kamu masih luka!"

"Bye, nenek... Nanti Luis pulang lewat malam..!!"

Grandma Pie mengeluh melihat sikap Luis.