SELEPAS berminggu-minggu berehat di rumah. Dia akhirnya membuat keputusan menerima tawaran untuk menjalani pengambaran photoshoot sebuah majalah fashion. Lebih baik dia sibukkan diri dari temenung dalam bilik mengenangkan lelaki kejam itu.
Sampai sahaja di studip pengambaran dia disapa mesra oleh para pekerja di situ dan tak kurang juga yang cakap-cakap belakang bergosip tentang hubungannya dan Hyung Won. Namun Rosae cuma pekakkan telinga dan butakan mata. Biarlah mereka nak cakap apa yang penting dia akan mulakan hidukan kehidupan baharu tanpa teman lelaki.
"Pertama awak pergi makeup dan tukar pakaian dulu. Lepas tu kita akan mulakan photoshoot" kata seorang staf yang dipertanggungjawabkan untuk pengambaran tersebut.
"Baiklah" dia mengangguk lalu pergi bersama jurusolek profesinal ke bilik menunggu untuk bersiap.
Masuk sahaja ke bilik menunggu dapat dia lihat beberapa helai pakaian yang akan dia peragakan hari ini. Satu persatu baju dia belek dan pandangan terhenti pada sehelai baju tak berlegan yang dipadankan dengan skirt pendek paras paha.
"Cantiknya" dia mengambil pakaian tersebut lalu memandang ke cermin.
cantik tu memanglah cantik. Tetapi pakaian itu terlalu seksi untuknya. Kalau Puan Nadia nampak dia berpakaian mendedahkan pusat dan pahanya yang putih melepak pasti Puan Nadia akan memarahinya dan minta dia berhenti dari menjadi seorang model.
"Kak, pakaian ni untuk saya ke?" soalnya pada Min Ji yang sedang sibuk menyediakan alat makeup.
"Bukan. Itu untuk Eun Seo. Awak takkan pakai, pakaian macam tu bukan?" jawab dan soal Min Jo. Dia dan staf-staf dia situ sudah kenal benar dengan Chae Ro Sae yang enggan memakaian pakaian singkat dan bikini untuk photoshoot.
"Never" Rosae menggeleng sambil tersenyum.
"Duduk sini" Min Ji menarik kerusi.
Rosae duduk dan bersedia untuk disolek. Selama dua minggu di rumah dia tak memakai apa-apa solekkan dan dia sendiri tak tahu apa berlaku dengan kulitnya mukanya yang tak diaga dengan betul kerana sibuk melayan perasaan.
Rosae hanya merenung wajahnya di cermin saat Min Ji sibuk menyiapkan solekannya. Tema solekannya hari ini adalah elegent. Tetapi ada ciri-ciri seksi untuk warna gincu bibir. dia tersenyum bila melihat bibir nipisnya kelihatan lebih tebal dari yang asli.
"Wah" Rosae ketawa bila solekannya sudah selesai.
Nampaknya dia sendiri terkejut melihat wajahnya bertukar menjadi seorang yang lebih elegant dan matang berbanding sebelum disolek tadi dia hanya kelihatan natural dan sedikit muram. Rambut yang lurus seperti lidi juga didandan dan dibentuk mengikut tema photoshoot hari ini.
"Cantik" puji Rosae. Dia bukannya memuji diri snediri. Tetapi memuji Min Ji kerana berjaya mengubah wajahnya. Dia sebenarnya risau lingkaran gelap bawah mata dan wajahnya yang kelihatan sedikit lesu. Tetapi dia kuasa solekan semuanya hilang dan kini dia kelihatan begitu cantik.
"Awak dah memang cantik. Tak pakai makeup pun masih cantik. Natural beauty" jawab Min Ji sambil membetulkan rambut Rosae.
Lebar Rosae tarik senyum saat mendengar pujian dari Min Ji. Tetapi bila difikirkan semula apa guna kecantikan yang dia milik bila lelaki yang dia cintai meninggalkannya begitu sahaja.
"Chae Rosae awak dah selesai?" soal seorang staf perempuan yang baru masuk ke dalam bilik tersebut.
"Dah. Saya tukar pakaian dulu" jawabnya.
"Cepat sikit" arah staf perempuan tersebut. Sempat juga dia mengukirkan senyuman di hujung ayat sebelum beredar dari situ.
Rosae mengangguk lalu dia bangun mengambil pakaian yang akan dia peragakan untuk photoshoot kali ini. Sepasang dress panjang paras lutut dengan warna lembut dan bercorak sedikit tropikal. Disediakan juga topi yang selalu dipakai pada musim panas dan kaca mata hitam.
Rosae menarik nafas dalam lalu dilepaskan perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa gementar bila melihat kamera dihadapannya. Gayanya sekarang tak ubah seperti dah berpuluh tahun dia meninggalkan dunia peragaanya.
Namun demi membuktikan dia menjalani hidup dengan baik. Dia buang semua rasa gementar dalam diri dan mula membuat pose yang menarik di hadapan kamera.
Im okay, aku boleh hidup dengan lebih baik tanpa dia. Bisik hatinya.
Keyakinan dan gaya profesional Rosae sebagai seorang model memuakau jurukamera dan staf yang berada di situ. Pada awalnya mereka agak bimbang jika dia tak dapat melakukan kerjanya dengan baik selepas apa yang berlaku. Tetapi Rosae seratus berubah sebaik sahaja mereka memulakan pengambaran.
"Rosae" panggil pengarah yang memantau monitor.
"Ya" Rosae melarikan pandangan pada pengarah tersebut.
"Tanggalkan topi dan letak cermin mata hitam dekat atas kepala. Kali ni saya nak awak senyum dan buat pose yang lebih ceria" cadang pengarah itu. Dia tahu Rosae seorang model yang boleh melakukan apa sahaja pose dan dia kelihatan begitu selesa beraksi di hadapan kamera.
"Baiklah" Rosae mengangguk. Dia tanggalkan topi lalu diberikan pada staf. Kemudian cermin mata hitam yang berjenama itu dinaikkan ke kepala seolah-olah cekak rambut.
Para staf yang bertugas membetulkan baju, makeup dan rambut Rosae untuk kelihatan lebih kemas dan cantik dalam kamera.
"Terima kasih" ucapnya dengan senyuman.
Setelah semuanya dah bersedia. Rosae kembali menyambung kerjanya.
Tumpuannya sekarang sepnuhnya pada sesi pengambaran tersebut. Suasnaa di sekitar studio agak sepi bila masing-masing tertumpu pada Rosae. Apa yang kedengaran hanya bunyi 'klik' kamera dan cahaya butih yang keluar dari lensa kamera tersebut.
"Ketawa" arah pengarah yang memantau dia melalui monitor.
Dengan pantas senyum dibibir dia ganti dengan tawa sambil memandang bunga mawar di tangan. Matanya yang sedikit sepet itu turut tersenyum.
"Beautiful" puji pengarah photoshoot tersebut. Sekejap mata pada Rosae, sekejap beralih pada monitor. Jurugambar sibuk menangkap dari sudut yang berlainan.
Namun senyuman di bibir Rosae mati serta merta saat mata tepana pada Hyung Won dan Eun Seo yang baru sahaja masuk ke dalam studio. Seluruh tubuhnya terasa kaku bila matanya dan Hyung Won bertemu. Tangan dia genggam cuba menahan rasa marah yang membuak dalam jiwa. Kalaulah dia tahu Hyung won turut terlibat dalam pengambaran hari ini. Dia akan memilih hari lain atau menolak sahaja tawaran itu.
Melihat wajah Hyung Won yang baik baik sahaja menambahkan lagi rasa hancur dalam hati. Kenapa seolah-olah dia sahaja yang masih terkesan dengan perpisahan itu.
"Rosae, Rosae, Chae Rosae!"
Suara Hyun Wook menyedarkan Rosae dari lamunannya. Dengan pantas dia melarikan pandangan pada pengarah dan staf yang sedang memandangnya dengan pelbagai reaksi. "Maafkan saya" dia bongkokkan badan sembilan puluh darjah kepada para staf kerana hilang fokus sewaktu menjalankan kerjanya.
"Tak apa, awak pergi tukar pakaian dulu. Lepas tu kita sambung photoshoot untuk awak" arah pengarah yang kelihatan duduk tenang dekat kerusinya.
Rosae meninggalkan green screen lalu pergi ke bilik menunggu untuk menukar pakaiannya. Dia cuba sembunyi segala kesedihan dan rasa marah dari dilihat oleh staf yang bersamanya. dia harus membuktikan dia seorang yang profesional dan tak mencampur adukkan antara urusan kerja dan masalah peribadi.
Selesai menukar pakaian dia kembali ke studio. Dia berdiri di belakang pengarah untuk melihat Hyung won dari monitor. Lama dia merenung wajah lelaki itu dan dapat dia rasakan jantungnya masih berdegup kencang sama seperti dulu.
Senyuman Hyung won cukup mengubat rasa rindunya dan tanpa dia sedari. Dia turut tersenyum bila lelaki itu juga tersenyum. Saayangnya senyuman itu mati bila Hyung Won diminta untuk memeluk Eun Seo dari belakang.
Hyung Won hanya berdiri kaku bila mendengar arahan itu. Dapat dia lihat jelas reaksi wajah Rosae yang tiba-tiba tunduk memandang ke bawah. Mata para staf sekejap memandangnya dan sekejap pada Rosae.
"Buat ajelah. Inikan kerja bukannya suka-suka" kata Eun Seo"
Hyung Won menghembuskan nafas berat. Suka atau tak dia terpaksa juga buat kerana semua ini adalah tuntutan kerja. Pada masa yang sama Rosae masih lagi tunduk memandang ke skrin telefon. Mungkin dia tak sanggup untuk melihat kemesraan antara Hyung won dan Eun Seo.
"Hyung won senyum" arah pengarah.
Hyung Won tarik senyum. Tanganya mendakap longgar pinggan Eun Seo. Sempat juga dia mengerling pada Rosae yang kini sedang memandang mereka.
"Awak berdua nampak janggal. Saya nak natural, nampak macam betul-betul pasangan kekasih" dia kurang berpuas hati dengan pose Hyung Won dan Eun Seo yang jelas eklihatan janggal dalam kamera.
Hyun Wook bangun mendekati mereka lalu menerangkan dengan lebih terpeinchi apa yang dia mahu Hyung won dan Eun Seo lakukan. Sempat juga dia memberi nasihat supaya Hyung Won bersikap lebih perofesional memandangkan dia bukannya baru dalam bidang ini.
"Hyung Won hela nafas berat lalu perlahan-lahan dia memeluk Eun Seo dari belakang. Seu Seo sudah tarik senyum lebar saat tangan lelaki itu dipinggangnya.
"Peluk kuat sikit. Buat macam real" kata Eun Seo dalam nada sedikit berbisik.
"Tahu" jawab Hyung Won sepatah. Dia mengeratkan pelukkan pada Eun Seo. Kemudian memandang ke arah kamera.
Pegembaran berjalanan dengan lancar bila Hyung Won dan Eun Seo memberikan kerjasama yang begitu baik. Kini tiba giliran Rosae kembali ke greenscreen tersebut kali ini dengan gaya lebih matang dan serius. Rambut yang tadinya terhurai kini terikat. Bibir yang merah menyala digantikan dengan warna gincu yang sedikit gelap.
"Saya nak awak tunjukkan sisi karisma awak. Bermula dari pose, renungan mata, bibir, tangan, cara pegang beg dan semuanya. Just think you are the best women ever. Understand?" Hyun Wook memberikan arahan.
"Saya faham" Rosae mengangguk faham. Sempat juga mata menjeling ke arah Hyung Won dan Eun seo yang sedang berdiri memandangnya.
Aku akan tunjukkan yang aku tak terkesan dengan kemeraan kau berdua. Aku boleh hidup lebih baik tanpa kau Min Hyung Won. Bisik hatinya. Dia membuat pose seperti yang diarahkan Hyun Wook bila jurukamera dah bersedia untuk mengambil gambarnya.
Pose demi pose, gambar demi gambar dan pujian terus diberikan atas hasil kerja kerasnya membuktikan dia seorang model profesional yang mampu membuat apa sahaja yang diarahkan kecuali berpakaian bikini yang mendedahkan tubuh badannya.
selesai photoshoot yang mengambil masa hampir tiga jam. Mereka kembali ke bilik persalinan masing-masing untuk menukar pakaian. Rosae menunggu Eun Seo dibilik persalinannya. Tetapi Eun Seo tak muncul-muncul. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang sahaja dan melupakan niatnya untuk bertanya tentang hubungan Eun Seo dan Hyung Won.
Dia keluar dari bilik persalinannya dan berjalan menuju ke luar. Namun langkahnya terhenti bila terdengar suara tawa Hyung Won dari satu lagi bilik persalinan.
"Hyung Won? Dia cakap dengan siapa?" gumamnya.
Perlaahn-lahan kaki melangkah mendekati bilik tersebut. Dari cecelah pintu yang sedikit terbuka dapat dia melihat dan mendengar Hyung Won dan Eun Seo berbual mesra. Bukan setakat itu, kelihatan Eun Seo membantu Hyung won memasang butang baju kemejanya.
"Awak tak nak jumpa kekasih awak ke? Opps sorry, maksud saya bekas kekasih awak" soal eun Seo.
"Tak, dia mesti menyampah tengok muka saya" jawab Hyung Won bersama keluhan.
"Tadipun saya tengok dia cuak bila tengok saya dengan awak. Mesti dia fikir saya cuba rampas awak dari dia" Eun Seo membetulkan kolar baju Hyung Won lalu duduk dekat kerusi depan meja solek. Hyung Won juga duduk.
"Saya tak rasa dia fikir macam tu. Kami dah tak ada apa-apa hubungan. Jadi dia tak ada hak nak rasa macam tu atau halang saya keluar dengan mana-amana perempuan" Hyung Won tersenyum.
"Kaau macam tu bolehlah kita keluar lepas ni memandangkan saya single awakpun single. So tak salahkan?"
Hyung won ketawa kecil mendengar kata-kata Eun Seo. Jarang sekali dia bertemu dengan perempuan yang berani seperti itu. Selalunya lelaki dulu yang mulakan perkara seperti itu. Tetapi ini zaman milinium, dah ada ramai gadis-gadis seperti Eun Seo yang terlebih dahulu memulakan hubungan.
"Kenapa ketawa? Saya tak buat lawaklah. Saya serius" sambung Eun Seo menunjukkan kesungguhannya pada Hyung Won.
"Saya..."
Namun belum sempat dia membuka mulut menjawab pelawaan Eun Seo tadi. Tiba-tiba Rosae tolak pintu, masuk ke dalam bilik persalinan mereka.
Hyung Won yang terkejut dengan kedatangan Rosae bingkas bangun dari kerusi. Eun Seo juga bangun lalu berdiri di sisi Hyung Won. Raut wajah dan muka merah padam Rosae jelas menunjukkan betapa marahnya dia pada Hyung Won sekarang. Dia berhenti betul-betul di hadapan Hyung Won dan merenung tajam ke wajah lelaki itu.
"Awak gembira?" soalnya.
Hyung Won tak menjawab. Dia cuma memandang Rosae dengan ldiah yang keluh.
"Saya tanya awak gembira ke tak?" ulang Rosae. Sengaja dia tekan perkataan 'gembira' untuk buat Hyung Won sedar dengan apa yang dia lakukan.
"Rosae saya..." Hyung Won ketap bibir. Dia tak tahu bagaimana mahu menjelaskan semuanya pada Rosae. D
"Saya apa? Awak tinggalkan saya pasal perempuan ni? Huh? Cakaplah?" desak Rosae. Mata dijeling tajam pada Eun Seo.
Hyung Won tak terus menjawab pertanyaan itu. Dia hanya merenung wajah Rosae. Dia tahu dia telah mengecewakan Rosae dan mungkin kali ini dia akan membuat Rosae akan membencinya untuk seumur hidup.
"Maafkan saya" ucapnya.
"Maaf? Maaf? Itu aje yang..."
Ayat Rosae serta merta mati bila Hyung Won memeluk bahu eun Seo. Eun Seo yang terkejut melarikan pandangannya pada Hyung Won.
"Maafkan saya sebab saya dah tak cintakan awak macam tu" ucapnya dengan sekali nafas.
"Huh!" rosae tersenyum sinis lalu ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia tak menyangka Hyung Won soerang yang kejam. Sekarang dia merasakan dirinya umpama habis madu sepah dibuang.
"Saya tahu saya tak patut cakap macam ni. Tapi saya tak mampu mencintai dua perempuan pada satu masa yang sama. Saya terpaksa pilih antara awak atau Eun Seo. Tapi bila saya tanya pada diri saya, saya cintakan Eun Seo lebih dari awak. Jadi tolong terima keputusan saya" jelas Hyung Won. Dia menggengam erat tangan Eun Seo.
Rosae tarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Tetapi entah kenapa helaan nafasnya kali ini terasa begitu berat seolah-olah ada batu yang menutup ruang penafasannya. Air matanya dah bergenang menunggu masa untuk ajtuh.
"Baiklah saya takkan halang awak dan Eun Seo. Terima kasih sebab buat saya macam ni. Selamat berbahagia" ucapnya dengan senyuman yang jelas sekali penuh keterpaksaan.
Dia beredar dari situ dengan perasaan marah, kecewa, sedih, dan benci bercampur jadi satu. Hyung Won pula hanya berdiri kaku memandang Rosae yang kelihatan begitu lemah walaupun untuk melangkah.
Namun baru beberapa tapak dia melangkah. Tiba-tiba Rosae berhenti dan berpaling memandang Hyung won dan Eun Seo. Sebelum dia mengucapkan selamat tinggal untuk selamanya pada Hyung won. Dia mahu menghadiahkan sesuatu yang selama ini dia tak pernah terfikir dia akan berikan pada lelaki itu.
"Chae Rosae" Hyung Won menyeru namanya bila gadis itu berjalan ke arahnya.
Bak!
Tapak tangan kanan Rosae hinggap di atas pipi Hyung Won. Dengan pantas Hyung Won menyentuh pipinya yang merah dan mempunyai bkeas tangan RRosae.
"Chae Rosae!" jerkah Eun Seo.
"Apa? Kau nak tampar aku pula?" jerkah Rosae. Matanya tajam menikam ke dalam mata Eun Seo.
Eun Seo terdiam lalu berundur.
Rosae kembalikan pandangan pada Hyung Won.
"Itu hadiah perpisahan dari saya untuk awak. Selamat tinggal Min Hyung Won" ucapnya dengan senyuman. Kemudian beredar meninggalkan bilik tersebut. Kali ini langkahnya tak teragak-agak seperti tadi.
*****
"BEER hanajuseyo (Bagi saya sebotol lagi beer)"
Hanya dengan sekali teguk dia menghabiskan segelas bir dan dia minta sebotol lagi dari pelayan kelab tersebut. Seumur hidupnya dia tak pernah terfikir untuk minum seperti ini. Dia cuma pergi ke kelab untuk berhibur sambil minum kola.
"Ini minuman cik" pelayan memberikan sebotol bir pada Rosae.
"Terima kasih" Rosae bangun lalu membongkokkan badan serendah sembilan puluh darjah sebagai tanda ucapan terima kasih sebelum duduk semula menikmati minumannya.
Pelayan lelaki itu hanya membalas dengan senyuman. Rosae sepertinya sudah mabuk dan tak sedar apa yang dia lakukan. Kalau metabolisma tubuhnya tak kuat bila-bila masa sahaja dia boleh pengsan.
"Min Hyung Won, lelaki tak guna!" gumamnya sambil menuang bir ke dalam gelas.
"Aku patut belasah kau sampai pengsan tadi" sambungnya. Kepala yang terasa berat jatuh di atas meja. Cepat-cepat dia angkat kepala lalu memerhati sekliling.
Pandangannya saat itu berbinar-binar. Tak ada satu bendapun dia dapat lihat dengan jelas. Meja, cawan, lampu, manusia semuanya kelihatan dua. Dia menggeleng lalu menggosok-gosok mata dengan tangan. Namun penglihatannya tetap sama.
"Aku... Aku memang bodoh sebab cintakan dia" dia tunduk memandang ke dalam gelas yang kosong lalu ketawa. Namun air mata mengalir jatuh membasahi pipi.
"Chae Rosae lupakan lelaki tak guna tu! Mari berseronok" dia mengambil botol yang masih ada setengah bir lalu dituang ke dalam gelas.
Namun belum sempat air bir jatuh ke dalam gelas. Tiba-tiba seseorang merampas botol tersebut dari tangannya.
"Kyah! (Hei)" marahnya.
Dia menoleh ke kanan dengan mata yang layu. Kelihatan samar-samar seorang lelaki tinggi lampai, bertopi dan memakai mask berdiri didepannya. Tibatiba dia ketawa sambil menuding jari ke arah lelaki itu.
"Lelaki tak guna" panggilnya.
"Mari pergi. Saya hantar awak pulang" Hyung Won mengambil beg tangannya dan membawa Rosae keluar dari kelab terusebut.
"Pergi mampus!" Rosae menolak kuat badan Hyung Won.
Dia duduk semula lalu menuang bir ke dalam gelas. Tetapi dengan pantas juga Hyung Won mengambil gelas tersebut diletakkan jauh dari Rosae.
"Hei" Rosae bangun dan berdiri di depan Hyung Won dalam keadaan terhoyong hayang. Beberapa kali dia hampir jatuh. Tetapi mujur Hyung won sempat menahan badannya dan dengan pantas juga dia menepis kasar tangan lelaki itu.
"Saya... saya Chae rosae takkan maafkan awak sampai bila-bila. Walaupun awak merayu minta supaya saya terima awak. Saya takkan maafkan dan terima awak dalam hidup saya" katanya sambil menuding jari ke arah Hyung Won.
"saya tahu" Hyung Won mengangguk.
"Tahu? So awak boleh berambus dari sini. Saya benci tengok muka awak. Pergi" jerkah rosae dengan marah.
"Saya akan pergi lepas hantar awak balik rumah. Awak dah mabuk sangat ni"
"Mabuk? Siapa mabuk saya tak..."
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Dia merasakan duni sedang berputar 360 darjah. Pada masa yang sama tekak terasa loya. Hyung Won cepat-cepat mendapatkan Rosae sebelum dia rebah ke lantai.
"Kita ba..."
Hyugng Won kaku bila Rosae muntah terkena bajunya. Mukanya berkerut memandang Rosae. Tetapi Rosae hanya membalas renungan itu dengan senyuman.
"Nappeun saekki, bitch (lelaki tak guna)" kata Rosae lalu meragut tangannya dari tangan Hyung Won dan pergi dalam keadaan kaki dan badan terhoyong hayang.