webnovel

CRUEL BUT ROMANTIC

Beryl Hortencia Lewelda, seorang gadis pintar di kampusnya yang disenangi ramai kerana kebaikan dan kecantikannya. Namun,tak kurang juga yang ingin membunuh mahupun menculiknya kerana status keluarganya yang kaya-raya. Oleh itu,sang ayah iaitu Sir Ivan McGonagall's telah mengupah seorang bodyguard yang handal untuk mengawasi dan melindungi anak gadis kesayangannya itu. Tapi bodyguard ini selalu bertindak kejam dan tiada siapa yang mengetahui identiti sebenarnya. Meskipun begitu, sang bodyguard ini ada juga sisinya yang sweet. Dia harus melakukan apapun demi untuk memastikan gadis kesayangannya sentiasa selamat.

Euphrasiabedelia · Urban
Not enough ratings
10 Chs

CHAPTER 10

"Kenapa nak berlatih sampai teruk macam ni? Kalau awak luka macam mana nak lindungi saya?"

Beryl memandangnya sayu. Lelaki itu hanya tersenyum.

"Saya minta maaf cik muda. Saya luka bukan kerana berlatih tapi sebab cik muda."

"Kenapa Jay,apa yang saya dah buat?"

"Saya kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat nak luahkan pada cik muda. Tapi sekarang cik muda dah tau perasaan saya. Saya rasa lega. Saya takut cik muda akan tinggalkan saya jika saya katakannya pada cik muda. Saya takut cik muda akan tinggalkan saya seperti yang lain."

Jay menyandarkan kepalanya pada bahu cik mudanya. Rupanya sebegitu sukarnya Jay hendak meluahkan perasaan padanya. Tapi apa maksudnya takut ditinggalkan seperti yang lain? Apakah dahulu dia pernah ditinggalkan oleh orang tersayang?

Dengan lembut Beryl mengusap rambutnya. Membelai tengkuknya mesra. Dia ingin lelaki itu merasai betapa sayangnya dia padanya. Jay kemudian memeluknya erat menikmati belaian lembut gadis itu.

"Jay,are we going to stay like this?"

"Why not?"

"I need to wash myself. Check my emails."

"Don't go."

"Jay..."

Lelaki itu seperti ingin bermanja padanya,tidak ingin melepaskan pelukannya.

"We can cuddle anytime you want Jay,that's what you told me."

Jay mengangkat kepalanya lalu memandang Beryl dengan senyuman sinisnya.

"You do remember?"

"Of course Jay. I remembered everything you said."

"Alright. We can cuddle later."

"Whatever you want,my dear bodyguard."

Beryl mengecup dahinya lembut.

★★★★★

"Boss,all our men were killed by that bodyguard."

"He's not someone to be underestimated,I guess."

Lelaki yang dipanggil 'boss' itu kelihatan sedang menghisap sebatang havana cigar sambil kedua kakinya diletakkan ke atas meja. Kepalanya dengan stail skinhead menambahkan lagi aura jahatnya. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan tatu.

Kepulan-kepulan asap putih memenuhi ruang bilik besar tersebut. Beberapa orang anak buahnya kelihatan berjaga di segenap penjuru termasuk di pintu masuk biliknya.

"We'll see how it goes. I do want to meet this guy. Tell Valentino we have a new fish. He's gonna be happy. Take as much men as possible and bring that bodyguard here. This' gonna be fun."

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak dengan nada menakutkan.

"Yes,Mister Morgan." Anak buahnya itu menunduk lalu melangkah keluar.

Lelaki yang bernama Morgan itu meneguk wiski dari gelas yang terhidang di atas mejanya. Kemudian dia tersenyum jahat. Dia sudah tidak sabar hendak memberi pelajaran kepada bodyguard yang telah menghancurkan rencananya.

"I'll crush his head!"

Morgan menumbuk mejanya dengan marah.

★★★★

Kepulangan Tuan Ivan dan Puan Rosy disambut dengan gembiranya oleh Beryl. Dia sudahpun menunggu di depan pintu sebaik sahaja kereta mereka tiba di depan mansion.

"My baby girl! Are you alright my dear?" Puan Rosy langsung memeluk erat tubuh anaknya.

Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Hatinya benar-benar risau sebaik mendengar khabar anak gadisnya itu hampir diculik. Dia sampai tidak dapat tidur malam mengenangkan Beryl.

"I'm alright now mommy. Now that I see you and daddy." Beryl turut sama menangis kerana terlalu lega dan gembira melihat kedua orang tuanya.

Jay membantu mengeluarkan segala beg dan bagasi kepunyaan majikannya itu.

"Honey,what happened to your head?"

Puan Rosy menyedari dahi anaknya yang bertampal kecil.

"Oh,tak ada apa-apa mommy. Saya terjatuh. Tapi luka kecil je ni. Dah nak sembuh dah." Dia terpaksa menipu kerana tidak mahu menambahkan lagi kerisauan orang tuanya.

Jay sekadar menjeling gadis itu sambil tersenyum sinis. Beryl turut sama menjelingnya tajam. Mereka masuk ke dalam lalu duduk bersama di ruang tamu. Beryl duduk di samping ibunya manakala Jay dan Tuan Ivan duduk berhadapan dengan Beryl dan ibunya.

"So,how did it happened Jay?" soal Tuan Ivan sambil memandang Jay di sisinya.

"We went out for a walk. We were about to leave when suddenly a group of guys with a black van took her. But I managed to handle them so she's fine."

"Do you recognize those men?"

"I did some research. They're the people of Morgan Ellis,the well-known tycoon in the city. I think he planned to abduct her then sell her to some big investors."

"What?! Oh my goodness,Ivan! They were gonna sell our daughter?" Puan Rosy memeluk erat anaknya.

"What matters is our daughter is safe now."

"But how 'bout in the future? We can't guarantee that she'll be safe all the time. Who knows what they might do again," ujar sang ibu kerisauan.

"I will protect her with my own life,Mrs. Rosy if that's what worries you," kata Jay dengan yakin sekali.

Beryl memandang Jay dan dia melihat betapa seriusnya lelaki itu menuturkannya dengan pandangan matanya yang tajam dan penuh keyakinan.

Tuan Ivan dan Puan Rosy turut sama memandangnya. Melihat keyakinan pada wajah anak muda itu,Tuan Ivan menepuk perlahan bahunya.

"Saya tahu kamu turut mempertaruhkan nyawa kamu demi untuk melindungi anak saya,Jay. Dan saya benar-benar menghargainya. Tapi jangan sampai kamu kehilangan nyawa kerana kamu sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini,Jay. We can't afford to lose you."

Jay memandang wajah tua itu sambil tersenyum.

"You won't lose me,sir. I'm unbeatable."

Tuan Ivan langsung tertawa.

"What a man you are,Jay. I'm very proud of you. I realized that hiring you was the best decision. I feel like I can put all my troubles in your hand."

"Indeed,sir. You can rest assured as long as I'm here."

"You did well,Jay. And one more thing,just daddy. No sir is needed."

Tuan Ivan memeluk bahunya sambil tertawa senang.

"Very well,dad."

Jay tersenyum.

"Jay, kenapa dengan tangan kamu luka-luka semua tu?" tanya Puan Rosy ingin tahu.

"Oh,tak ada apa-apa mom. Saya berlatih semalam."

Jay berusaha menutup buku limanya.

"Tapi kenapa sampai luka merah macam tu? Dah letak ubat?"

Jay menggeleng kecil, seperti seorang anak kecil yang sedang menjawab ibunya. Beryl hampir tersenyum.

"Honey, kenapa tak ubatkan luka Jay? Dia dah jaga kamu dengan baik,kamu pun patut jaga dia. Kalau dia sakit nanti macam mana nak jaga kamu?" Puan Rosy berpusing menghadap anak gadisnya.

Beryl menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal.

"Tunggu apa lagi ni,pergilah ambik first aid kit. Cuci luka dia baik-baik. Mommy and daddy nak bersihkan diri dan berehat sekejap. Letih jauh sangat perjalanan. Tadi keluar dari bangunan kerja pun nak menghadap pihak media yang berpusu-pusu datang. Penat melayan mereka," keluh sang ibu sambil mengurut tengkuknya.

"Mereka tanya apa mommy?"

"Macam biasa mereka tanya betul ke tak anak Tuan Ivan diculik. Ada jugak yang tak masuk akal cakap anak Tuan Ivan mati dibunuh la,waris Tuan Ivan dah tiada la macam-macam la. Mommy and daddy pun makin pening dibuatnya. Nasib baik la secretary kita yang handle mereka dah. Security kita pun dah buat roadblock di luar sana. Kalau tak,tentu mereka dah pecah masuk ke sini."

"Teruknya. Macam mana nak keluar dah kalau macam ni mommy?"

"Buat masa ni jangan keluar dulu. Mommy and daddy akan putuskan untuk buat sidang khas supaya tak menggemparkan banyak pihak. Lagipun daddy nak kena fikir macam mana nak laporkan si penculik tu pada polis. Mereka orang yang sangat merbahaya," kata Tuan Ivan.

"About the kidnappers,dad you don't have to worry. Saya akan uruskan. Sekarang kita hanya fikirkan keselamatan kita di sini dan ketatkan lagi pengawasan sekitar."

"Are you sure you're gonna handle them,Jay?" Tuan Ivan memandangnya dalam-dalam.

"Hundred percent sure,dad."

"Very well, Jay. But please be careful."

"I will."

"Alright Jay. See you guys on dinner. Honey,don't forget the first aid." Puan Rosy kembali mengingatkan anaknya.

Tuan Ivan dan Puan Rosy berlalu ke bilik mereka. Kesemua bagasi dan beg mereka tadi dibawa oleh seorang butler.

"Jay,please wait here," arah Beryl padanya. Dia berlalu ke dapur lalu kembali bersama sekotak first aid kit.

Jay duduk di sofa menunggunya. Semua lukanya dicuci dengan berhati-hati lalu disapu ubat.

"Lain kali jangan buat macam ni lagi. Tangan ni penting untuk bekerja. Jangan buat kerja gila macam ni lagi,faham?"

Ketika gadis itu membebel,Jay asyik memerhatikannya. Beryl tidak menyedarinya kerana terlalu fokus menampal lukanya dengan plaster.

"Kalau tangan awak luka macam ni,macam mana awak nak masak untuk saya lagi?" Beryl mengulum senyum.

"Kenapa saya nak kena masak untuk cik muda?"

"Yela,sebab masakan awak sedap."

"Oh ya? Perlukah saya tukar profession menjadi chef cik muda pula lepas ni?"

"Hmm.. dua-dua pun boleh. Tapi untuk saya je boleh." Beryl tersenyum lebar.

"Kenapa?"

"Mesti lah untuk saya seorang je. Mana boleh masak untuk orang lain. Saya kan istimewa untuk awak."

"Cik muda istimewa untuk saya?" Jay sengaja hendak menyakat gadis itu.

Beryl sudahpun menjeling tajam ke arahnya.

"Jadi selama ni saya tak istimewa la untuk awak?"

Beryl menutup kotak first aid dengan kasar lalu bangkit dari duduknya. Wajahnya sudah cemberut merajuk. Jay pantas menarik tangannya memaksa gadis itu duduk di pangkuannya.

"Lepaslah Jay!" Beryl menolak tangan yang sedang memeluk erat perutnya.

"Cik muda nampak semakin comel bila merajuk macam ni. Dah tentulah cik muda istimewa bagi saya. Sebab tu saya pertaruhkan nyawa saya untuk cik muda. Seandainya sesuatu terjadi pada saya,apakah cik muda akan risaukan saya?"

"Jay,kenapa awak cakap macam tu?"

Beryl berpusing menghadap ke arahnya dengan wajah sedih mendengar kata-kata Jay yang sangat pelik. Lelaki itu sekadar tersenyum melihatnya.

"Dah tentulah saya akan risaukan awak. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak. Tolonglah jangan cakap macam tu. Saya tak suka dengar."

Dipeluknya erat tubuh Jay. Air matanya bergenang memikirkan macam-macam hal. Dia benar-benar takut jika harus kehilangan Jay.

"Saya cuma bertanya. Maaf sebab buat cik muda risau. Janganlah fikirkan. Saya cuma nak cik muda tersenyum selalu."

Jay mengesat perlahan air mata di pipinya. Dia kemudian mengecup lembut dahinya.

"Je t'aime,mì ámor," bisiknya romantis di telinga Beryl.

Merona merah pipinya mendengar perkataan yang sangat menggetarkan jiwanya.

"I love you,too Jay," balas gadis itu sambil menghadiahkan kecupan di pipi dan juga dahi Jay.

"Cik muda,sekarang ni kita di ruang tamu kan?" soal Jay tiba-tiba.

Beryl tersentak lalu cepat-cepat bangun dari pangkuannya. Jay sekadar tertawa kecil melihat cik mudanya yang gelabah.

"Awak yang tarik saya tadi!" Marah gadis itu dengan wajah memerahnya.

"Maaf,saya tak sengaja cik muda. Saya nak keluar sekejap. Saya janji akan balik sebelum makan malam."

"Awak nak ke mana lagi Jay?" Riak wajahnya menunjukkan kerisauan di hatinya.

"Saya ada urusan sekejap di luar. Jangan risau. Saya takkan lama," janjinya sambil tersenyum.

Entah kenapa Beryl merasa tidak sedap hati.

"Janji awak tak akan lama?"

"Saya janji cik muda."

"Baiklah." Beryl melepaskan tangannya. Jay mengecup dahinya sekali lagi.

"I'll be back before you know it," katanya sambil mengenyit matanya. Bayangannya menghilang di sebalik pintu.

"Be safe,Jay."

★★★★

Jay melangkah keluar dari sebuah kedai serbaneka. Sepapan coklat dimasukkan ke dalam sarung jaketnya sambil tersenyum. Dia baru sahaja mengunjungi tempat seorang kenalannya yang mengetahui info tentang Morgan Ellis.

Dia berkira-kira hendak menyiasat sendiri siapa sebenarnya Morgan Ellis. Ketika dia sedang berjalan kaki di tempat pedestrian, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengekorinya dari belakang.

Mereka mengekori Jay sehingga dia tiba di sebuah lorong yang sempit dan sunyi. Jay menyedari kehadiran mereka dan berpura-pura tidak tahu. Ketika berada di lorong itu beberapa orang lagi muncul dari depannya.

Jay kini berada di tengah-tengah mereka. Dia meneliti setiap wajah mereka.

"You're the bodyguard,right?" teriak salah seorang di antara mereka.

"Why do you want to know?" jawab Jay tanpa rasa gentar sedikit pun.

"Because our boss wanna see you."

"Then why is he not here?" Jay memandang mereka dengan tajam.

Mereka ada seramai lapan orang yang mengelilinginya.

"This place doesn't suit him. So you're coming with us."

"What if I refuse?"

"Then we'll do it our way."

Mereka semakin mendekat. Satu di antara mereka tiba-tiba menyerang Jay dengan menggunakan sebatang kayu besbol. Jay mengelak dengan cepat lalu menendang tubuh lelaki itu.

Tiga lagi menyerangnya serentak masing-masing menggunakan pemukul diikat kawat besi berduri,rantai besi dan pemukul besi. Mereka memukulnya serentak dan beberapa pukulan terkena lengan dan juga bahagian belakang Jay.

Ketika sedang sibuk melawan balas serangan empat orang lelaki tersebut,tiga lagi yang lain menyerangnya dengan menggunakan taser. Saat itulah Jay tewas kerana diserang dengan taser tersebut secara serentak.

Pandangannya semakin lama semakin kabur sehinggalah dia tidak sedarkan diri.

★★★★

Beryl memandang jam di dinding ruang tamu. Sudah pukul 10 malam tapi kelibat Jay belum lagi kelihatan. Hatinya mulai risau. Gadis itu mundar-mandir di depan jendela,menanti sekiranya ada cahaya lampu kereta yang akan tiba.

Keresahannya semakin bertambah bila 30 minit sudah berlalu namun belum ada tanda-tanda Jay akan pulang. Sikapnya itu disedari oleh Puan Rosy yang baru sahaja keluar dari biliknya hendak ke dapur.

"Honey,kenapa belum tidur lagi?"

Dihampirinya anak gadisnya itu.

"Mommy, dari tadi Jay belum pulang. Dia janji tadi dia akan balik sebelum dinner tapi sampai sekarang dia belum balik. Saya risau la mommy."

"Tak perlulah risau sangat. Biasalah tu orang lelaki,mungkin saja dia berjumpa dengan kawan dia."

Wanita itu tersenyum memandangnya.

"Tapi mommy,dia tak pernah pun mungkir janji. Saya risau kalau apa-apa jadi pada Jay."

"Sheesh..jangan cakap macam tu. Tak elok. Dia pasti akan balik nanti. Jay bukan calang-calang orang. Dia tahu seni bela diri jadi janganlah risau. Honey pergilah tidur. Dah lewat ni."

"Tapi mommy...Jay.." Air matanya bergenang hampir menitis.

"Hush..hush...my baby.. don't cry.." Lantas dipeluknya anak gadisnya itu.

"He's gonna be alright." Rambut Beryl dielus lembut ibunya. Dakapan ibunya dibalas sambil cuba menenangkan dirinya sendiri.

★★★★

Ketika Jay tersedar,dia mendapati dirinya sedang berada di dalam sebuah ruangan yang luas. Sebuah meja panjang di hadapannya. Tubuhnya diikat di atas sebuah kerusi. Wajahnya luka akibat dipukul.

Di tubuhnya juga terdapat beberapa kesan luka. Seorang lelaki dengan rambut skinhead sedang duduk di hadapannya dan hanya dipisahkan oleh meja panjang tersebut. Beberapa orang lelaki kelihatan berjaga di dalam ruangan itu.

"So..Jay is your name, right?" soal Morgan sambil menghisap cerutnya.

Tiada jawapan dari mulut Jay. Dia hanya memandang tajam ke arah Morgan tanpa sedikitpun rasa takut.

"And you're that so-called Morgan?" Jay menjawabnya kembali sambil tersenyum sinis.

"Such arrogance! You should be grateful I didn't cut your head and send them back to your beloved master!" Morgan melempar cerutnya dengan marah.

"Why didn't you cut my head,then?" Pandangan tajam Morgan dibalas sinis.

"You imbecile! Bring Valentino here and make him suffer!" arah Morgan keras kepada anak buahnya.

Seorang lelaki bertubuh besar berkepala gondol masuk sambil membawa sebatang besi panjang di tangannya. Hujung besi itu kelihatan merah membara.

"He's yours now Valentino. If he don't change his mind to be a part of us,then make him suffer til he regrets it."

"Very well. That's my favorite part ever."

Valentino menghampiri Jay lalu merobek baju yang dipakainya. Ketika dia ingin menghujam batang besi itu ke dada Jay, matanya terpandang tatu di dada kirinya. Kemudian dia terhenti. Wajahnya pucat lesi serta-merta.

Besi itu terjatuh dari tangannya. Dia kemudian jatuh melutut di hadapan Jay dengan riak ketakutan yang teramat sangat.

"Forgive me,my Lord. I didn't know it's you," ujarnya terketar-ketar.

Morgan kebingungan melihat sikap aneh Valentino yang selama ini tidak pernah takut pada sesiapa pun. Dia hairan melihat Valentino yang sudahpun berlutut di hadapan Jay dengan kepala tertunduk.

"Hey Valentino,what the hell are you doing?!! You're supposed to make him suffer til he can't even move! Why are you kneeling before him?!" Morgan bangkit lalu menendang sisi tubuh Valentino.

"Morgan,get down!! You don't want to make him angry!" jerkah Valentino.

"What nonsense are you talking about Valentino? Are you high right now?!"

"Shut up! Don't you see his tattoo on his chest?! Don't tell me you don't even know what that's mean?!"

"What?!!" Spontan mata Morgan beralih ke dada Jay yang terdedah.

Matanya menangkap sebuah tatu phoenix dikelilingi panah dan di bawahnya tertera nama Aldershot. Ketika itu juga Morgan sudah terketar-ketar lututnya sehingga akhirnya dia tersembam melutut di sebelah Valentino.

"Please forgive me,my Lord! I sincerely didn't recognize you. Please forgive this humble servant of yours.." Morgan turut sama merayu di hadapan Jay.

Jay hanya memandang keduanya dengan tajam.

"Untie me!" arahnya tegas.

"Yes,my Lord. Right away." Morgan dan Valentino bingkas bangun membuka ikatan Jay.

Kini Jay sedang berdiri di hadapan keduanya dengan pandangan dingin dan kejam. Warna pupilnya bertukar kehitaman bersama amarah yang meledak dalam hatinya. Kedua lelaki itu sudahpun kembali tertunduk melutut di hadapannya.

"You said you wanna make me suffer til I can't even move. Such confidence!"