"Mmnnnnn!!!"
Mizuki mengeram. Dia menumpukan sepenuh perhatian untuk mengekalkan bentuknya. Selepas hari-hari berlatih dengan Daisuke di tempat lepak mereka, dia sudah belajar untuk kekang ZBnya daripada terbocor.
"Okay! Cukuplah tu!"
Kata Daisuke.
"Pwaaahhh!! Ahaha berjaya akhirnya~!!!"
Mizuki meraikan kemenangan kecilnya, menamatkan satu sesi latihan.
"Kau dah berjaya cipta Reitai kau, walaupun masih hanya rangka... Macam mana pun kau masih belum mampu bertukar sendiri"
"Ish awak ni janganlah rosakkan suasana... kalau saya nak bertukar awak tolong lah saya fikir pastu saya pandai-pandai lah"
Ujar Mizuki menggenggam kedua buku limanya, bersemangat.
"Tak bo.leh! Kau kena sampai situ sendiri, jadi jom kita latih pertukaran kau! Ayuh kita mula!"
"N-nanti nantiiii! Haaihh penat ni..."
Mizuki terjatuh terngadah macam dah seharian bekerja.
"Kau ni... dengar sini, ini baru-"
Sebelum Daisuke sempat berleter panjang, kedua mereka terdengar riuh rendah tidak jauh dari tapak latihan mereka. Mengintai di balik dinding, mereka ternampak segerombolan pelajar lelaki cuba memikat seorang budak perempuan yang berjalan melintasi ruang latihan sukan mereka. Namun usaha kumpulan itu dipatahkan rakan-rakan pelajar itu di satu tingkat atas daripada situ. Perempuan itu sendiri pun menolak pelawaan jejaka-jejaka di situ dengan sopan, tanpa mengguris hati sesiapa. Bahkan peminatnya semakin bertambah baik dari lelaki atau perempuan.
"Budak tu..."
Daisuke pun macam turut terpukau dengan perempuan tersebut. Namun pandangannya sedikit berbeza dari kumpulan lelaki tadi.
"H-hey awak pandang apa lama sangat tu! Mentang-mentang la Takayama san baru meningkat popular!"
"Hou? Dia tak popular ke sebelum ni?"
"Tukar topik pulak hmph... Saya pun tak ingat sangat tapi sebelum ni takde pulak dia banyak peminat sampai dibandingkan dengan idol sekolah, Yamanaka san. Takayama Kirei tahun lepas cuma... wujud saja..."
Dia memandang jauh, merenung.
"Apa pun jom sambung balik latihan kita! Berlatih berlatih!"
Seringai Daisuke mengukir bibirnya
"Dah dapat buat Reitai ni cukup kot untuk harini, alang-alang kau dalam bentuk tu, kekalkan bentuk tu dan ikut aku"
Arahnya.
"Eh- heehh?? Dengan rupa camni ke?!"
Mizuki agak ragu-ragu.
"Takpe, kau halimunan sekarang"
"Macam tu pun tetap-! Ughh rasa tak patut pun ada..."
Segan-segan dia menurut langkah pemuda itu, berasa agak terdedah dan tak tertutup walaupun dia sekarang tidak mempunyai apa-apa anggota manusia selain dari bentuknya dan sepasang mata.
Apabila mereka dah jauh berjalan dan tiba ke satu kawasan tinggi di belakang sekolah, Daisuke menunjuk ke satu jalan di kawasan taman perumahan berdekatan.
"Dekat situ, kau nampak apa?"
"Hmm? Itu jalan yang saya kerap lalu untuk pulang..."
Tak pasti apa tujuan sebenar soalan Daisuke itu, Mizuki hanya melayan permintaannya selepas itu. Menghuraikan semua yang dihalakan telunjuk Daisuke itu. Kadangkala, ianya satu jalan kosong, kadang-kadang seorang lelaki tua, sampai masa tu sebatang pokok yang rambang. Sehinggalah dia menuding ke arah sesuatu yang menarik perhatian Mizuki.
"Ah Takayama san! Jadi dia balik jalan ni jugak lah. Dia naik keretapi datang sekolah ke- nanti, kita datang jauh-jauh sini sebab nak hendap dia je ke?!"
"Haha bukan bukan, nak perhati je"
"Ishh apa la awak ni... mengendap perempuan lain depan seorang gadis"
Agak tak berpuas hati namun masih mengikut arahan.
"Dia berjalan macam biasa lah, apa lagi yang saya perlu perhati ni?"
"Mengagumkan, dan kau ada perasan apa-apa lagi pasal dia"
Daisuke menyoal.
Respon Mizuki dengan agak bingung sebelum kembali memerhati perempuan tersebut
"Tak nampak apa pun... dia cantik macam biasa je..."
Agak sakit hati.
"Pasti ke? Aku tengok dia nampak penat je, macam terpaksa mengheret tangan kaki dia atas jalan. Tak tahulah kau nampak dia macam mana?"
Komen Daisuke.
"Hah? Apa awak cakap ni, dia nampak-"
Sebelum Mizuki membetulkan ayat pemuda itu, kali ini dia nampak benda yang sama seperti yang disebut Daisuke. Lebih dari itu, perempuan itu semacam, ada dua orang, di ruang yang sama. Satu Takayama yang nampak sangat letih dan satu lagi Takayama yang kelihatan sangat cantik namun dalam rupa wanita yang agak menyeramkan. Kedua-dua mereka seperti ada tak ada saja, kedua-dua mereka mengisi ruang yang sama, kedua-dua mereka tersengih semacam.
Belum sempat Mizuki berbuat apa-apa Daisuke sudah menariknya ke belakang. Takayama san, atau apa saja yang dalam tubuhnya itu memandang ke lokasi Daisuke dan Mizuki. Pandangan yang mulanya tajam namun lama-kelamaan makin tenang sebelum beralih ke hadapan semula. Seolah-olah dia mengesan mereka, namun seperti tidak kisah.
"Kalau macam ni susah sikit kita nak selesaikan memandangkan dia pun tengah berjaga-jaga"
Kata Daisuke, sementara itu mereka berdua masih memeluk bumi tidak jauh dari tebing tadi. Pun begitu, hanya satu perkara yang memenuhi fikiran Mizuki sekarang
'dekat sangat awak ni!!!'
Mizuki menjauhkan diri dari pemuda itu dan menumpukan terhadap masalah sebenar mereka sekarang
"J-jadi apa kita buat sekarang? Kena lawan macam semalam ke?"
"Tak. Kali ni, rasukan tu dah dilengkapkan agak lama dah. Kalau kita cuba asingkan mereka secara paksa nanti takut akan bahayakan budak tu jugak. Tambah-tambah lagi..."
Dia melirikkan renungannya kembali ke Kirei di sana.
"Aku rasa macam dia sendiri pun libatkan diri dengan benda ni..."
"Apa maksud awak?"
Mizuki makin tertanya-tanya, dia dah nampak dan alami sendiri pengalaman separa dirasuk tersebut, tapi tak pernah pulak yang dah lengkap. Itupun dah susah nak bayang orang akan peritkan hidup mereka sendiri dengan rasukan.
"Kau pun nampak dia tadi kan? Itu lapisan ilusi yang dibuat saka tu"
"Sebuah ilusi?"
"Itu macam saya punya 'BERTUKAR' tu ke?"
"Sebenarnya yang tu lain sikit konsep dia, tapi ya boleh dapat hasil yang sama. Bagi hantu ni senang je, Kirei punya populariti mengejut tu pun hasil daripada itu jugak. Dengan ilusi, orang lain nampak dia macam yang kau nampak tadi. Topeng kenyataan yang melapisi objek yang sebenar"
"Tapi kenapa?! Kenapa dia sanggup harungi semua tu demi-!"
Gadis itu agak geram, bukan pada Daisuke tapi pada keputusan yang diambil budak perempuan yang mereka sedang bincangkan.
"aku tanya kau balik, kenapa seorang perempuan terdesak nak cantik? Ataupun, bila masa yang seorang perempuan akan bekerja keras untuk nampak lawa?"
"Itu.. bila dia..." Mizuki menarik nafas singkat, reaksi spontan apabila dia mula tersedar
"bila dia cuba nak pikat hati lelaki... dia jatuh cinta!"
"Bingo! Itulah kunci kita nak menangi kepercayaan dia. Lepas tu senanglah nak pecahkan rasukan tu."
"Tapi macam mana? Awak tahu ke dia suka siapa?"
"Tak! Tapi situlah peranan kau!"
Daisuke menuding ke arahnya dengan yakin.
"Huh?!" Mizuki sendiri pun terkejut kerana belum bersetuju.
"Kan lagi senang kalau perempuan sama perempuan yang sembang pasal hal ni. Takkan dia nak citer pasal ni dekat lelaki yang dia tak kenal, betul tak?"
"Saya pun bukannya kenal dia sangat pun! Saya pernah tegur dia... sekali saja kot tahun lepas... itupun pasal kerja rumah..."
"Bagus, itu permulaan yang baik. Okay okay jangan fikir banyak sangat benda ni. Tegur, puji gaya dia, lepas tu tanya Kirei chan kalau ada sesiapa yang dia suka. Senang
"Ughh awak cakap senang je... dan apahal tambah 'chan' plak?"
Hari berikutnya di sekolah sewaktu rehat, Mizuki memberanikan diri dan cuba mendekati sasaran mereka. Dah seharian dia duduk tak senang memikirkan perkara ini, mencari peluang untuk mencuri perhatian Takayama namun asyik terlepas sahaja.
Tapi kini bila dah berada betul-betul depan budak perempuan itu, Mizuki dah mula gementar. Memandangkan sebelum ini, Mizuki tak pernah bersembang dengan dia selain daripada ucapan selamat pagi dan bertembung di bilik air. Namun sebelum dia dapat tinggalkan misi itu, Kirei terpandang ke belakang dan dia nampak Mizuki sangat berdekatan memandang ke arahnya
"Umm... Kitahara san...?"
Belum dia sedar, dia dah terlalu hampir dengan sasarannya. Tiada alasan dah untuk dia berundur sekarang
"Uehh? Aah- Selamat..Salam Tengah Hari!
Perempuan itu hanya tersenyum dengan sapaan Mizuki yang agak kekok
"Ah yea.. Selamat tengah hari. Umm, yea saya pun rasa cuaca baik hari ni"
Perbualan itu terhenti seketika, janggal. Mata Mizuki meliar mencari sesuatu atas meja Kirei untuk dijadikan bahan perbualan manakala Kirei hanya menguli pena miliknya di atas riba, menunggu topik dari Mizuki dan dalam masa yang sama mempunyai kesukaran memulakan bicara dengan gadis yang jarang dibual itu. Mizuki agak mengejut memulakan dahulu
"Umm, awak nampak cantik hari ni, Kirei chan!"
Agak kuat juga suaranya.
"Eeh?" Kirei sedikit hairan.
'Kirei chan...?' fikirnya, terkejut dengan pendekatan Mizuki serta kurang pasti apa yang dia nak. Sebelumnya dia hanya dengar ayat-ayat begitu dari budak lelaki yang cuba memikatnya. Jadi tak hairanlah bila dia pun teragak-agak bagaimana mahu respon apabila budak perempuan yang dia jarang bergaul mula cakap begitu tiba-tiba.
"Terima kasih... Kitahara san.. awak pun-"
"Hey, awak ada minat sesiapa tak?"
Mizuki meneruskan misi, pembuka bicara yang agak mengejut. Mengikut contoh yang diberikan Daisuke bulat-bulat.
"Haaaah?!! N-nanti dulu, Mizuki-san! apa y-yang awak cuba sampaikan ni..?"
Pipinya mula kemerahan. Menyangka Mizuki sedang cuba meluahkan perasaan padanya.
Mizuki sendiri pun mula sedar apa yang dikatakannya itu
"Ehhh tak tak tak! Bukan macam tu maksud saya! Saya cuma... uhh, saya tertanya-tanya sama ada gaya baru awak ni sebab ada orang yang awak suka ke apa ke..."
"Ubah... penampilan saya?"
"Aahh jangan salah faham ye! Saya suka gaya baru awak! Cuma saya nak tahu sama ada itu sebabnya... takde niat lain pun ehehe..."
"Ahh gaya rambut saya! awak perasan ye?"
Kirei hanya tertawa, terhibur dengan ayat Mizuki itu yang boleh menimbulkan salah faham. Mungkin juga bimbang Mizuki tahu rahsia dia.
"Hmm memang ada... seseorang..."
Dia memandang ke arah lain, bagaikan mengimbau kembali saat pertemuannya dengan si dia suatu masa lalu.
"Saya tak tahu lah Mizuki-san dah pernah jumpa dia atau belum. Dia jarang datang ke sekolah, itupun masih banyak peminat di kalangan budak perempuan sekolah kita"
Tumpuan Mizuki bergayut pada setiap kata-kata yang keluar dari mulut Kirei. Samar-samar saja dia ingat seseorang yang padan dengan huraian perempuan itu, senarai calonnya makin pendek.
"... Tapi, ajaibnya, saya terserempak dengan dia tempoh hari... rasa macam, memang jodoh..."
Sambung Kirei.
"Nanti... maksud awak-"
Mizuki mula mengagak siapa yang dimaksudkan.
"Ya, dia Hizashi kun"
Jawab Kirei.
Selepas mendapatkan maklumat yang diperlukan, Mizuki melaporkannya pada Daisuke selepas tamat sesi pembelajaran. Mereka melepak di ruang terpencil di antara dua bangunan itu.
Hmmm... Jadi Hizashi tu jarang datang ke sekolah lah ye... susah jugak ni"
Ujar Daisuke. Mizuki yang duduk di atas sebuah kotak di hadapannya membalas.
"Umm.. Daisuke kun... tak boleh ke kalau.."
Pandangannya melirik ke sisi, agak simpati, bersalut rasa bersalah
"Kita biar saja... kes Kirei ni..."
Singkat jawapan Daisuke
"Tak boleh"
Mizuki agak tersentak, namun masih mengelakkan pandangan. Memahami bahawa permintaannya itu berkemungkinan besar ditolak.
"Sebabnya..."
Sambung Daisuke.
"Kirei tu patutnya, dah mati semalam"
Jelas Daisuke.
"Dah... mati...?"
Mizuki menyahut, dengan soalan.