webnovel

Bab 1:pertemuan

Kring....!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah bermula.Inilah pertama kali aku jejak ke sekolah menengah.Nama aku Sha,aku ada kawan nama Intan dan Fareesha.Dua-dua ni rakan karib aku

"Kau masuk kelas apa Sha,kau pandai comfirm kelas first,betul tak?"kata Intan sambil menepuk bahu Sha.Dia tahu sahabatnya pandai sebab mereka sudah berkawan dari tadika lagi.

"Kau pun ape kurangnya kelas first,betulkan tekaan aku"balas Sha sambil tergelak.Mereka terus membuka langkah menuju ke kelas baru mereka iaitu kelas 1 Rose.

"Eh,kau ada nampak Fareesha tak? Aku tak nampak dia pagi ni"Intan membuat riak wajah seperti hairan kerana setahunya kawannya yang seorang akan muncul.

"Dia ada je tadi,cuma dia masuk kelas kedua"balas Sha sambil mengemas buku-buku yang berada di atas meja.

"Takpelah waktu rehat bolet jumpakan,hehehe"Intan membalas sambil menunjukan dua jari.Sha tersenyum melihat gelagat rakannya.

Seperti biasa waktu rehat murid-murid akan menyerang kantin seperti zombi yang mahukan otak,tetapi hanya Sha dan Intan sahaja yang berada di dalam kelas.

"Weh,lama lagi ke cepatlah!!!!"rungut Sha sambil menghentak kakinya.Sebenarnya Intan menyuruh dia menunggu kerana dia belum siap menyalin nota di depan.

"Sabarlah,jap lagi kita pergilah nanti aku belanja kau"balas Intan dengan sambil lewa.

"Hish kau ni kan ak-"belum sempat Sha menghabiskan ayatnya seseorang menyapa.

"Wah,rajin akak kita!"kata seseorang.Mereka terus memandang ke arah suara itu.Amat mereka mengenali suara itu.

"Kau rupanya Fareesha,salam mana salam!"marah Sha sambil menghentak meja

"Rileklah,jangan marah akak,hehehehee"Fareesha tersengih seperti kerang busuk di tepi bucu meja.

"Hah yelah,lagi pun dah biasa dengan perangai kau."Sha membalas sambil tersenyum

💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔