webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 49 : Seperti Bermimpi

Keesokkan paginya....

Kain langsir yang menutupi jendela kaca besar diselak habis. Membenarkan cahaya pagi menerobos masuk melalui langsir putih yang dijadikan sebagai tirai penapis cahaya dari terus masuk. Menerangi bilik tidur dimana lelaki berbaju t-shirt putih sedang menopang kepala semasa baring mengiring di atas katil.

Dari kening turun ke mata, dari hidung turun ke bibir. Tersenyum sendiri Daniel sewaktu menilik wajah Zara yang sedang terlena itu. Suka dia bila bangun-bangun jer muka itu yang ada di depan mata. Rasa seperti bermimpi pun ada. Dengan sengih nakal terukir di bibir, Daniel lalukan jari telunjukkan ke sepanjang tengah kening Zara. Turun perlahan-lahan ke jambatan hidung sebelum berhenti di hujung hidung.

Zara berkerut hidung sebelum menggosok kerana kegatalan. Matanya masih terpejam lena. Dia tertidur sekali di situ setelah selesai berbual dengan Diana petang semalam. Gara-gara tak boleh nak alihkan kepala Daniel dari riba terpaksalah dia tidur di situ.

Daniel menggigit bawah bibir. Menahan diri dari ketawa sewaktu melalukan jari ke tulang pipi Zara dengan perlahan. Sentuhan lembut itu membuatkan Zara merenggus rimas sebelum bergerak mengubah kedudukan dari ngiring menghadapnya kepada mengiring membelakangkannya.

Zara melepaskan keluhan sambil memeluk comforter rapat ke bawah pipi dan terlena semula.

Daniel berkerut kening, dia kembali mengubah kedudukan Zara supaya baring mengiring menghadapnya semula. Zara yang masih terlena itu langsung tak tahu apa-apa bergerak mengiring menghadap Daniel semula.

Daniel tunduk mengucup dahi Zara sebelum menarik Zara ke dalam pelukan dan dia rehat di atas kepala Zara bersama senyuman lebar di bibir.

Beberapa jam kemudian...

Zara terjaga sebab hendak terkencing. Mulanya dia dah buka mata. Sekali bila dia buka, pandangannya masih gelap. Bingung seakan mahu diserang panic. Dia sangka dirinya telah buta.

Setelah Zara sedar dirinya berada dalam pelukan seseorang. Zara mengeliang geliut seperti ulat gara-gara nak bebaskan diri.

"The heck?"soal Zara.

"ummm..."rengek orang yang sedang memeluknya. "Nak ke mana?"pelukan itu dieratkan lagi. Membuatkan Zara kelemasan sebab mukanya menyembam dada lelaki itu.

Terus di tampar-tampar belakang bahu lelaki itu.

"Stop!Saya tak boleh bernafas ni!!!"jerit Zara dibalik dada Daniel.

Daniel melepaskan pelukan. dia membuka mata dengan malas hanya untuk bertentang mata dengan Zara yang sudah bercemberut tidak puas hati. Tanpa mempedulikan air muka Zara, Daniel mengucup dahi Zara sekilas.

"Hai.."senyum lelaki itu di dahi Zara.

"Jangan nak ber hai dengan saya...tepi!"tolak Zara yang bergelut hendak bangun dari katil saiz king yang sangat empuk dan penuh dengan comforte sampai tenggelam dibuatnya.

Daniel ikut bangun dari situ. Memandang bingung sewaktu Zara hendak pergi.

"Zara...awak nak ke mana?"tanya lelaki itu dengan cemas sebelum sempat memegang pergelangan kaki Zara. Mengakibatkan Zara jatuh menyembam di atas katil dalam keadaan meniarap.

"Umph!"Zara memejam mata dengan erat sewaktu tersembam. "Urgh!!!"ngerangnya saat bangun dan memusingkan badan untuk memandang Daniel."Nak ke tandas lah!"marahnya.

Daniel terus melepaskan cengkamannya dari pergelangan tangan Zara.

"Opps..sorry.."ucap Daniel sambil tersengih kambing.

Zara menggerutu geram.

"Sejak bila mamat ni jadi menyakitkan hati pulak ni.."sungut Zara sewaktu merangkak turun dari katil tersebut