webnovel

cinta dalam sejarah ep 6

Puteri Zahira:tuanku tak perlu memohon.. patik yang patut katakan itu dari dulu lagi.. hambah setuju untuk berkahwin dengan tuanku..

Puteri Zahira tersenyum lebar sehingga wajah cantiknya terlihat..

Hariri pun memeluknya sambil tersenyum.

Putera Hariri tersenyum:beta janji..akan lindungi kamu,walaupun beta dalam kesusahan..

Menteri kanan senyum:patik tiada pilihan lain.. patik akan terima demi satu satunya anak patik..jadi,jagalah dia..

Putera:baik, ayahanda..beta akan jaganya selepas kami berkahwin nanti..

Wajah puteri Zahira tiba tiba berubah menjadi serius setelah melihat pokok bunga mawar..

Menteri kanan tersenyum:aduhaii..tak perlulah seperti itu tuanku hahaha..mari masuk..

Puteri Zahira: patik mahu ke sungai untuk mencuci pakaian,jadi pergilah berbincang dulu..patik akan pulang secepat mungkin..

Menteri kanan:eh kenapa kamu mahu pergi seorang diri..hmm boleh tuanku jaga dia?..

Putera Hariri senyum:boleh sahaja..mari puteri..

Putera Hariri dan puteri Zahira pun berjalan bersama..

Menteri kanan:syukur.. akhirnya anak patik akan berkahwin..

Di setengah jalan.. Puteri Zahira dan putera hariri hanya berdiam diri dan merasa malu..

Puteri Zahira: bolehkah patik bertanya sesuatu..

Putera Hariri senyum:boleh saja..tanyalah..

Puteri Zahira berhenti berjalan..

Puteri Zahira:mengapa tuanku memilih patik sebagai isteri tuanku?..pasti banyak lagi puteri di istana tuanku..Puteri Amanda kan ada?..kenapa tuanku memilih patik yang dah tiada apa apa?..

Putera Hariri:soalan itu,buat beta berasa malu..namun,beta akan jawab..

Puteri Zahira pun tersenyum..

Putera Hariri:tak mungkin beta memilih kamu atas pangkat,beta memilih kamu..kerana kamulah yang membuat beta menyayangi kamu..namun,beta tahu..beta bukan raja muda seperti yang kamu impikan..

Puteri Zahira mendiamkan diri..

Putera Hariri pun memegang tangannya...

Putera Hariri:beta cintakan kamu bukan atas pangkat kamu..tapi beta yang mahu bersama kamu walaupun kamu dalam bahaya.. beta sanggup berkorban untuk kamu, Puteri Zahira..

Puteri Zahira pun mencubit pipi putera Hariri lalu berlari sehingga membuat putera Hariri berdebar dan terkejut..

Suasana menjadi cerah..

Puteri Zahira senyum:kalau tuanku murka,tangkaplah patik hahahahaha..

Putera Hariri:apa yang awak..aduhai beta tak boleh nak menolak..tunggu,puteriku..

Puteri Zahira tertawa..

Putera Hariri senyum:aduhai puteri..beta tak jadi menolak,apa yang beta perlu lakukan..tunggu puteri..

Mereka pun sampai ke sungai,

Putera Hariri tidak mempercayai jika sungai itu begitu bersih sekali di matanya..

Putera Hariri:wahh ini pantai bahagian mana?..

Puteri Zahira:pantai?.. tuanku ini bukanlah pantai,tapi ini sungai...tuanku tak pernah pergi sungai ke?

Putera Hariri senyum:tak pernah..

Puteri Zahira senyum:patik tak patut cakap macam tu..tapi disini..tempat dimana patik pernah keluar rumah tanpa kebenaran dan mandi sungai dengan kawan kawan patik..

Putera Hariri:mandi sungai?..beta tak tahu pula,kamu mandi sungai..siapa kawan yang kamu maksudkan?

Puteri Zahira:.lelaki dan perempuan mandi kat sini..

Putera Hariri cemburu:kamu..sungai ini tak baik untuk Puteri,jadi puteri tidak boleh mandi seperti itu lagi..ia berbahaya..faham?

Puteri Zahira:semua orang akan bercakap perkara yang sama..tapi patik,terpaksa berhenti walaupun sekadar mengimbau kenangan,patik rindu kawan kawan patik..

Putera Hariri merasa kesian.lalu terjun ke dalam sungai tanpa berbaju sehingga membuat puteri Zahira terkejut..

Puteri Zahira:kanda buat apa?..eh maksud patik tuanku..

Putera Hariri:beta cuma nak buktikan beta boleh mandi di sungai ni..hebat kan?..

Puteri Zahira senyum:aduhai..pakailah baju tuanku..dah nampak hebat tanpa baju..

Puteri Zahira dan putera hariri tertawa bersama..

Situasi raja muda Akmal sedang membalas surat puteri Zahira.. Putera Akmal begitu sedih melihat kata kata puteri Zahira..

Raja muda Akmal:kesian..maafkan beta kerana menyakiti hati puteri..perlu ke beta ke sana?

Suasana seperti kosongnya hati..

Raja muda Akmal:ini tidak boleh jadi,beta perlu bertemu Puteri Zahira..

Dayang ram:tuanku,puan muda sauna datang menghadap,

Raja muda pun menyembunyikan surat tersebut..

Puan muda sauna datang dengan wajah serius,

Raja muda Akmal:mengapa dinda datang ke mari?..

Puan muda sauna:rasanya,dinda tidak boleh kesini apalagi untuk masa yang lama..

Raja muda:maafkan beta,beta cuma..

Puan muda:permaisuri selalu datang ke kediaman patik..dan menanyakan khabar tuanku..tuanku,telah mengabaikan permaisuri dan sultan.. mengapa tuanku melakukan itu?..

Raja muda serius:beta tak mahu kamu masuk campur dalam keluarga beta..

Puan muda marah:masuk campur?..tuanku rasa..patik masuk campur dengan mengganggu keluarga tuanku?..patik datang ke sini,kerana tuanku tak memahami patik!!bukankah tuanku dan patik sudah berkahwin?.. permaisuri bertanya tentang diri patik yang belum bersama dengan tuanku!..

Raja muda Akmal:bukankah kamu yang mengaku..akan menanggung siksanya hati?..beta..dari dulu tidak mencintai kamu, puan muda..

Puan muda menangis:jadi,sebab puteri Zahira tuanku begini?. kenapa!..

Raja muda Akmal:beta kata kamu tak perlu tahu..

Puan muda sauna: jelaskan!..supaya patik tak tersinggung..

Raja muda Akmal: iya,beta sepatutnya bersama dengan puteri Zahira bukan kamu!..jadi,tolong jangan bertanya lagi..

Puan muda sauna memeluk raja muda dengan tangisan..

Raja muda pun pergi tanpa membalas pelukan itu..

Puan muda menangis tanpa henti..

Puan muda sauna:mengapa Zahira..mengapa bukan patik!..

Di sungai itu,

Puteri Zahira termenung kerana mengingatkan kenangan bersama raja muda..

Di dunia nyata,

Zahira yang baru terbangun merasa tidak bahagia..

Zahira pun menyambung novelnya dengan begitu serius kerana marah kepada raja muda..

Zahira berhenti menulis,

Zahira dalam hati:takkanlah puteri Zahira masih cintakan raja muda tu?.. takkan dia nak rampas?.. bagaimana dengan..cinta Hariri terhadapnya??..

Zahira:takkan aku..nak hantar kisah yang mengecewakan macam ni?..mesti kawan kawan aku marah..mengapa kisah dia macam ni?!..

Di pejabat,

Zahira hanya termenung..

Joan:apa lah yang difikirkan tu?..

Dian hanya memandang Zahira..

Ain:hmm Dian,tuan Hariri panggil..

Dian senyum:ooh ye..

Dian pun pergi bertemu dengan tuan Hariri..

Dian:ada apa tuan panggil saya..

Hariri:kamu..betul betul tak tahu tentang ni..(serbuk tidur)..

Dian terdiam..

Hariri:serbuk dijumpai di laci kerja kamu..

Dian takut:hahah taklah itu bukan saya punya,laci saya berkunci tuan..

Hariri: masalahnya,ini dijumpai di laci kamu..tuan Akmal yang periksa laci kamu..

Dian terkejut:maafkan saya tuan,saya cuma nak buat ..hmm buat Zahira tertidur.bukan tuan Akmal..

Hariri senyum:itu nasib baik kamu..tapi kalau kamu buat masalah di office ni..dan cuba nak racun seseorang lagi,kamu perlu tahu akibatnya dahulu..faham!!..saya takkan teragak agak memecat kamu!..

Dian :baik tuan..maafkan saya..

Situasi Zahira berada di restoran..

Sherina:kisah dia menyedihkan,tapi aku tak boleh benci puteri tu,sebab bagi pendapat aku,dia memang suka lelaki tu sejak kecil lagi..

Fifi:itu tetap salah..kenapa kau buat kisah tu guna nama kau,watak itukan jahat..

Sherina:kesian puteri sauna,mesti dia kecewa sangat..

Zahira:kalau difikirkan,watak itu memang tak baik..cuma saya pasti rasa dia ada alasan yang munasabah nanti..

Zahira dalam hati:aku tahu,dia sangat kesian tapi aku rasa itu bukan salah Puteri Zahira..sebab dia tunjukkan diri pun seperti seorang yang menjadi mangsa..dia mahu berkahwin dengan raja muda,tetapi Sultan dan permaisuri tidak bersetuju.manakala,

putera hariri ingin berkahwin dengan puteri Zahira kerana cintanya dan ingin membantu menteri kanan..jika kami ada anak,saya akan jadi..permaisuri??..

Zahira:saya akan jadi.. permaisuri?..Yee betul..tapi macam mana saya nak setuju..mimpi tu tak dapat saya kawal..aduhai saya nak masuk mimpi tu,tapi dia macam tak izinkan..

Sherina menangis:saya..dah cuba tahan,tapi tak boleh..kenapa tuanku sakitkan hati dia?!..

Fifi menenangkan Sherina:tak apa,itu bukan penghujungnya..

Sherina: tolong buat episod seterusnya tau?..saya tak sukalah,awak buat sikit je..

Zahira senyum:hahah saya takde masa..

Malam pun tiba,

Zahira tidur dengan lena...

Didalam mimpinya dia seluruh berwarna putih..

Zahira:mana mimpi tu?..eh jap,aku dah boleh bercakap dalam mimpi ni??..

Tiba tiba zahira bertemu dengan puteri Zahira 300 tahun yang lalu..

Puteri Zahira senyum..

Zahira:kamu..kamu siapa?..

Puteri Zahira:sayalah..puteri Zahira yang kamu mimpikan selama ini..

Zahira terdiam..

Zahira:kamu..puteri Zahira??..

Puteri Zahira:ya..

Mereka pun berpandangan..

Bersambung..