webnovel

Cinta Api dan Dendam

Author: xloudfizz
Teen
Ongoing · 4K Views
  • 1 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Kiki Farrel, seorang peguam yang mempunyai wajah yang tampan datang dalam kehidupan Neta secara tiba-tiba. Lelaki itu datang dengan semua perkataan dan tingkah laku manisnya, berhasil meluluhkan hati Neta. Pesona dan kebaikan lelaki itu berhasil membuat Neta untuk membuka ruang hatinya kembali. Lalu fakta terbesar itu terkuak membuat Neta merasa tercekik oleh kenyataan. Namun, sayangnya hatinya sudah terlanjur berlabuh. Neta sudah terlanjur jatuh. Jatuh terlalu dalam, lama-lama semakin dalam sampai dia merasa tenggelam dan tidak menemukan jalan keluar. Dia terperangkap.

Tags
8 tags
Chapter 1Prolog

Suara tapak dan langkah kaki semakin mendekat membuat gadis itu berlari lebih cepat. Dia berlari tanpa alas kaki.

Kakinya terluka, tapi dia tidak punya pilihan lain selain harus berlari dan terus berlari semakin menjauh.

Baju seragam sekolahnya terlihat kotor di beberapa bahagian kerana noda darah, sudut bibirnya terluka serta matanya tak henti-hentinya mengeluarkan air mata.

Dia berasa takut dan juga lelah dalam waktu bersamaan.

Dia merasa penat dan ingin berhenti disaat luka di telapak kakinya semakin terasa sakit.

Akan tetapi, jika dia berhenti maka dia akan takut jikalau saat itu juga nyawanya akan berakhir.

Suara langkah itu semakin mendekat dan mendekat.

'Ayah, aku takut' katanya dalam hati

Gadis itu semakin kuat berlari, dan orang itu semakin cepat mengejarnya.

'Ayah, tolong aku. Aku akan mati.'

Nafasnya tercungap cungap sementara langit semakin gelap. Suara petir terdengar menggelegar diikuti air hujan.

Gadis itu semakin meringis kesakitan kala luka-lukanya terkena air hujan.

Ayah aku kesakitan

Aku mohon

Datanglah

Tenaganya semakin melemah. Lukanya semakin terasa sakit, tangannya menggenggam erat sebuah rantai berbandul bintang.

Jalan raya sangat sepi. Tidak ada orang. Tidak ada satupun orang yang dapat membantunya.

Apa aku akan mati?

Kenapa? Kenapa aku harus mati?

Kenapa aku harus mati bahkan disaat aku belum menghabiskan banyak waktu dengan keluargaku?

Tenaga gadis itu semakin melemah. Langkahnya mulai melambat, dia merasa sudah tidak sanggup untuk berlari lagi.

Penglihatannya semakin tidak jelas. Samar-samar ada orang yang memanggil namanya.

"Ayah...."

Gadis itu berusaha mempertahankan kesedarannya dan berusaha berlari kembali saat melihat ayahnya diseberang jalan sana berlari mendekat ke arahnya sambil memanggil-manggil namanya.

"Ayah.... aku tahu kau pasti datang. Kau datang," ujar gadis itu sambil menangis terisak.

Gadis itu tersenyum samar ke arah ayahnya.

Aku akan baik-baik sahaja ayah, kau sudah datang.

Kau sudah dat-

BRAK!!!!!!!!!

Langkah gadis itu terhenti dan senyumannya menghilang begitu sahaja.

Suara hon kereta terdengar jelas bersamaan dengan tubuh ayahnya yang terbaring di jalan raya.

Tubuh gadis itu bergetar. Bahkan kini terasa sulut untuk digerakkan.

Hujan semakin lebat. Banyak darah bercampur dengan air hujan mengotori jalan raya tersebut.

"A..yah."

Gadis itu hendak mendekati ayahnya yang sudah berbaring tidak berdaya dengan banyak darah di tubuhnya.

Tetapi belum sempat kakinya melangkah kesedarannya hilang saat itu juga.

Semuanya terasa gelap dan semakin menakutkan. Sementara tangannya masih menggenggam erat sebuah rantai.

"Maafkan aku ayah. Seharusnya aku tidak memintamu untuk datang. Seharusnya aku saja yang mati" katanya sebelum kesedarannya benar-benar hilang.

You May Also Like

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Game Over, Mr. Panther!

“Kalau kita dapat bunga yang pengantin lambung, tu maknanya jodoh kita dah dekat. Hahaha! What a nonsensical fact is that?” – IZZ HANA Dia bagaikan air. Dan air selalu menang jika berlawan dengan api. Mempermainkan lelaki adalah satu hobi untuk Izz Hana. Seorang gadis periang dan selamba. Luarannya kelihatan ‘innocent’ tapi hakikatnya ‘killer’ dalam permainan cinta. Tapi, apa yang akan terjadi apabila ‘air’ tidak dapat mengalahkan ‘api’ itu? Dialah Shah Danish, seorang pemuda yang dingin dan senang naik angin. Juga digelar ‘Mr. Panther’ oleh Izz Hana. Dia bukanlah lelaki sempurna yang menjadi dambaan wanita. Tidak lagi sejak dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kakinya lumpuh. Namun begitu, Izz Hana bukanlah gadis yang mudah bersimpati dengan orang lain. Shah Danish dijadikan peserta seterusnya. Peserta yang dijemput tanpa diundang ke dalam permainan cintanya. Setiap bait yang diucapkan gadis itu hanyalah poin untuk mendapat ganjaran. “Kau ni pekak ke apa? Aku dah cakap, aku tak ada selera nak makan. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?” – SHAH DANISH “Encik Shah, tak payah nak berdalih sangatlah. Aku tahu kau suka kek ni kan? Sebab tulah aku buatkan khas untuk kau. Barulah manis sikit senyuman tu. Sejuk mata aku memandang.” – IZZ HANA Setiap kali gadis itu berkata-kata, kali itu jugalah lidahnya kelu. Walau sekeras mana hatinya, akhirnya Shah Danish kalah dalam permainan cinta Izz Hana. Kehadiran gadis itu sudah meniup semangatnya untuk berubah. Tapi, apa yang akan terjadi apabila rahsia gadis itu terbongkar? Selepas enam bulan berlalu, mereka berjumpa semula sebagai pesakit dan doktornya. “Kenapa Encik Shah pandang saya macam tu? Kalau awak tenung saya lagi, nanti saya suruh nurse siapkan pembedahan untuk awak. Daripada kaki tu baru nak elok, baik tak ada kaki terus.”

Sariel_Y · Teen
Not enough ratings
6 Chs
Table of Contents
Volume 1

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
WoW! You would be the first reviewer if you leave your reviews right now!

SUPPORT

empty img

coming soon