webnovel

Cik Undercover (Wattpad Author)

Bersembunyi disebalik bayang selama 3 tahun cukup membuatkan dirinya sesak. Peristiwa lama mula menggoncang kebebasannya. Diburu disetiap langkah. Rahsia yang disimpan hampir terbongkar. Lebih teruk apabila konflik besar membadai keadaan yang sedia serabut. Antara nyawa dan kepentingan diri sendiri. Hanya pilihan jalan terakhir.

HanzDevilss · Teen
Not enough ratings
1 Chs

Bab 1

"Mak! Along dah balik!" tempikan kuat dari luar rumah menarik perhatian tuan rumah.

Puan Amirah menjenguk kepalanya keluar tingkap. Kepalanya dipaling kan kiri dan kanan.

"Siapa pulak duk terjerit-jerit tu? putus cinta ke apa?" soalnya sendiri. Dijenguknya lagi mencari tuan empunya suara. Manalah tahu yang terjerit tadi tu gila ke apa.. boleh kita tolong panggil ambulans.

"Mak orang kat sini! Mak along rindu mak! arghhhhh! " Laura mengambil langkah besar sambil mengheret beg yang dipenuhi pakaiannya. Kerinduan terhadap keluarganya tak dapat dibendung lagi.

sudah beberapa bulan dia tak menjenguk keluarganya di kampung.

Dia rindu masakan ibunya. Dia rindu nak terjun sungai, dan paling penting warung cendol mak cik timah unlevel. Perhh! Membayangkannya sahaja mampu membuatkan dia terliur. Dia betul tak sabar nak luangkan masa disini.

Puan Amirah memeluk anak perempuan pertamanya erat. Dia gembira anaknya pulang. Dia seorang ibu, dia melahirkan dan membesarkan gadis ini. Mustahillah dia tidak rindu. Air mata yang ditahan sedari tadi tumpah jua. Puan Amirah menghamburkan tangisan dibahu laura.

Laura pula hanya tersenyum memerhati ibunya yang sudah teresak- esak dibahunya, pasti ibunya sangat merindukannya. Dia bukan sengaja meninggalkan keluarga kecilnya dikampung. Dia anak pertama dalam kalangan mereka tiga beradik.

Semestinya dia akan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga memandangkan ayahnya sudah tua dan tidak mempunyai kudrat yang cukup lagi untuk bekerja.

"Dah habis dah nangis? Awak ni cengeng lah. Apa pulak menangis depan anak-anak, itu baru beberapa bulan tak jumpa, nanti dah kahwin macam mana? " Sampuk Encik Syah Ghuzzman. Cengeng tul bini dia nih.

Puan Amirah menjeling lelaki tua itu. Sedap mulut dia jer panggil kita cengeng!

"Eh suka hati kitalah.. nak menangis ke nak menari ke bukan guna badan awak!" bentak Puan Amirah, geram. Ada jer orang tua kerepot nih. Kacau mood tul.

Laura dan Encik Syah tersenyum suka melihat gelagat Puan Amirah yang tampak tidak berpuas hati apabila momen mereka dikacau. "Tua-tua pun nak merajuk." Umpat Encik Syah dalam hati.

Matanya dikalihkan ke wajah anak perempuan pertamanya. Wajah itu dia tatap penuh kasih. Hatinya mengucap syukur anaknya, pulang dalam keadaan bertudung dan tertutup penuh. Alhamdulillah, didikannya selama ini tidak sia-sia.

Pelukkan Puan Amirah dileraikan Laura. sedikit demi sedikit dia mengatur langkah mendekati Encik Syah, yang berada sedikit jauh dari dia. Apabila jarak antara ayahnya semakin dekat. dia tanpa kata mengambil tangan lelaki tua lalu diciumnya lama.

Tak lama itu dia merenung pula tangan itu. Dalam sangat dalam sehingga hatinya terusik hebat.

Tangan ini lah yang bekerja siang malam hanya dengan satu sebab, ingin memberikan dia sesuap nasi. Tangan ini juga menjadi sang perawat tika dia dalam sakit.

Tangan ini cukup membuktikan bahawa kasih seorang ayah itu sangatlah hebat.

Encik Syah tersentak apabila merasa cecair hangat mengalir diatas tangannya. Mengapa anak perempuannya tiba-tiba menangis? tidak sihat kah gadis ini? hati tua itu risau.

"Laura.. Laura kenapa menangis nih? Laura sakit ke? Kalau Laura penat Laura masuk rehat yer.. " ujar lelaki tua itu dalam nada risau.

Soalan lelaki itu membuatkan Laura sedar dari dunianya. Dia cepat-cepat menghampuskan air mata yang tersisa ditubir matanya. Dia melepaskan tangan itu perlahan.

Wajah risau ayahnya dipandang. Alolooo ada orang risau kat titew.. Huaaaa.. shewiit yer!

"Laura nangis sebab maklah. Cengeng sangat. " nama ibunya dipetik bagi menutup malu yang mengunung.

Puan Amirah yang tadi ingin turun kedapur terbantut. Wajah tua itu bagai tak percaya dengan kata-kata yang diucapkan Laura sebentar tadi.

"Sesedap lembu acik joo kau je petik nama aku." balas Puan Amirah perlahan. Hati tuanya mendongkol tak puas hati. Puan Amirah menyambung langkahnya semula seperti tidak ada apa-apa terjadi sebentar tadi.

"Ermm.. Laura masuk dulu.. penat.. nak tidur.. " pinta laura, disambut anggukan dari Encik Syah yang tersenyum manis sebelum senyuman lelaki itu memudar sedikit demi sedikit.

Kereta yang diparking jauh dari rumahnya dipandang penuh. musykil.

Sedari kedatang Laura awal tadi lagi, dia dapat melihat jelas kereta hitam itu. Jika kereta orang kampung sudah pasti dia tahu dan ingat memandangkan orang kampung mereka terdiri dari keluarga susah.

Sangat jelas kereta hitam itu berjenama mahal, dan bukan calang-calang dipakai orang. Seketika, Encik Syah Ghuzzman cuba berfikiran positif.

"Mungkin anak jiran balik dari bandar kot.. "bicara lelaki tua itu sendirian, memujuk dirinya agar tidak seberangan menuduh.

+++

Laura pov:)

Pintu bilik aku kuak dari luar. Masuk sahaja sistem perlihatan ku dihiasi dengan ruangan bilik yang kemas dan rapi. Walaupun dia sudah lama tidak pulang, namun ibunya tetap menjaga dan membersihkan biliknya. Heh! Bangga jap.

Tak membuang masa, aku dengan gembiranya merebahkan badan diatas katil. Wahh! nikmat yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Tidur!

Laura merenung atap rumahnya lama. Dia mempunyai persoalan dalam benaknya, dari dulu sampai sekarang dia tertanya-tanya mengapa dia tak mengingati kejadian 3 tahun lepas.Dia hanya mengingati kejadian dimana dia pergi ke taman berdekatan tasik yang dia sendiri tak tahu tasik apa tu..

Normal lah kalau ada tasik kat taman! Tapi.. kenapa dia tak ingat memori yang lain, kan pelik tu? Dia pernah kena langgar macam dalam drama korea tu ke? Kena langgar lepastu hilang ingatan, lepastu tiada siapa bagitahu atas sebab takut tak terima kenyataan... Dramatik betul.

Fikir punya fikir.. akhirnya aku melepas keluhan berat. "Sudahlah... buang masa jer fikir.. baik aku mandi sekarang, berapa minit je lagi nak masuk maghrib.." Tuala dicapainya, dia memasuki bilik air.

Seketika.. Laura melupakan niatnya untuk mengambil tahu tentang kisah silamnya.

+++

Aku toleh ke kiri, nampak muka beruk. Toleh pula kekanan ada seekor lagi beruk. Aku mendengus geram. Dua ekor nih memang cari pasal betul dengannya.

"Korang boleh blah tak? Menyemak jer dekat sini." Katanya penuh sinis. Wajah rakannya yang berubah dipandang sekilas. Rasakan.

"Sampai hati u halau i, u tak sayangkan i lagi ke!" soal Syafiq dengan nada macam tercekik halkum. Tangan kekar lelaki itu cuba membelai dada bidang Uwais namun sempat dihalang lelaki itu.

Uwais memandang syafiq dengan pandangan jijik.

"Jauhkan tangan kotor kau dari baju aku, nanti tak pasal-pasal kena samak sebab dah kena najis. "

Amru yang memerhati adengan tak semengah Syafiq tergelak kuat mendengar respon Uwais. "HAHHAHAHA- NAJIS... HHAHA."

Itulah siapa suruh cari pasal dengan Uwais? Lelaki tu kalau tak menyinis memang tak sah ada saja perkataan menyakitkan yang bakal keluar dari mulut leser lelaki itu.

Uwais memandang skrin telefon miliknya. Terpampang notifikasi email yabg dikirim. Tak menunggu lama dia membuka email tersebut.

Selepas jelas dibaca isi kandungan email tadi, Uwais mengetap gigi geram. Bawah bibirnya dijilat, tengang saja wajah itu. Terdiam terus Amru dan Syafiq, Okay mood mamat pisko ni tak elok. Baik diorang diam sebelum diorang jadi mayat

"Kita dah jumpa 'dia'-"

Tegang dan keras.

Yang lain hanya diam disebelah lelaki itu. Uwais yang sekarang bila-bila masa sahaja bakal meletus amarahnya. Tak kira siapapun orang itu, berani memancing kemarahanya, ditibai sahaja sampai lembik.

"Amru get ready.. Kita dah dapat kedudukan dia. Panggil kesemua team elite berkumpul sekarang.

+++

Tegang. Aura dingin mendominasikan bilik itu. Lebih menakutkan apabila mereka melihat jelas wajah dingin Uwais.

Team Elite diam, tak ada yang ingin bersuara setakat ini. Juga bertanya jauh sekali.

" Amru dan Hazim.. Kerja kau orang perhatikan 'dia' update setiap pergerakan dia. Paling penting kemana sahaja dia pergi dan status dia. " ujarnya memberi arahan.

Amru dan Hazim menganguk faham dengan arahan yang diberikan.

"Qharizh bawak team kau, perhatikan pergerakan team Beta. Apa sahaja perkara penting, inform pada aku secepat yang mungkin. "

Seperti Amru dan Hazim, dia dan rakan yang lain mengiyakan sahaja kata kata ketua mereka. Ini tugas mereka, team Beta perlu dijaga ketat agar informasi team mereka tidak bocor.

"Yang lain.... Pastikan dia berada dibawah kita. Dalam keadaan selamat dan tidak ada sebarang kecederaan. Kalau aku tahu dia terluka walaupun sedikit... Korang sendiri tahu akibatnya. Jangan cuba-cuba langgar. " ditekan setiap patah perkataan itu, menjelaskan bahawa dia tak bermain maim dengan arahannya.

Jika berani langgar dia tak teragak-agak menghukum mereka dengan teruk.

Terdiam habis mereka semua. Hanya kerana seorang wanita yang mereka sendiri tidak tahu siapa dia mereka boleh kehilangan kerja mereka serta merta. Entah apa lah yang penting sangat wanita ini pun mereka tidak tahu.

"Nur Laura Ghuzzman binti Syah Ghuzzman... Welcome back girl."