3 Bulan Madu di Musim Luruh

"APA?!" jerit seorang gadis sebaik sahaja pulang dari Mesir.

Nasib baik semua ahli keluarganya sempat menutup telinga masing-masing apabila gadis itu menjerit. Dia memandang umi dan abahnya dengan pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Gadis itu tidak menyangka bahawa dia bakal menjadi tunang orang selepas menamatkan pembelajarannya di Mesir.

"Aisyah, abah tidak peduli. Abah tetap mahu Aisyah berkahwin dengan Luqman. Ini adalah muktamad" tegur abah gadis itu dengan tegas sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

Gadis, yang bernama Aisyah itu, memandang uminya dengan penuh simpati. Uminya sekadar menggelengkan kepalanya sebelum mengikut langkah abahnya yang sudah masuk ke dalam bilik. Apabila uminya membuat sebegitu, dia cuba meraih simpati dari abang-abang kembarnya yang berwajah seiras itu pula.

"Maafkan kami, Aisyah. Along dan angah memang tidak dapat bantu Aisyah apabila abah sudah buat keputusan sebegitu. Jika umi tidak dapat pujuk abah, apatah lagi kami berdua," tutur along.

Angah mengangguk tanda setuju akan apa yang dikatakan kembarnya itu. Apabila Aisyah perasan bahawa tiada sesiapa mampu membantunya dalam perkara ini, dia melangkah ke biliknya dengan lemah. Aisyah mengambil beg rodanya dan meletakkan di sebelah almarinya sebelum membaringkan badannya di katil. Dia merenung siling biliknya sebelum membuka pintu apabila seseorang mengetuk pintu biliknya. Along dan angah meminta izin untuk masuk ke biliknya. Apabila dibenarkan masuk, mereka melabuhkan punggung mereka di katil Aisyah. Along mengajak Aisyah duduk bersama mereka.

"Aisyah, jangan marahkan abah mahupun umi bila mereka ingin menjodohkan Aisyah dengan si Luqman itu. Aisyah pun tahu bahawa umi dan abah inginkan yang terbaik untuk Aisyah, bukan? Mungkin buat sekarang, Aisyah tidak mengenali Luqman tetapi lama-kelamaan, Aisyah akan kenal siapa Luqman yang sebenarnya," tegur along sambil mengusap kepala Aisyah.

Aisyah memandang along sebelum memandang lantai dengan perasaan sebak. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Perasaannya didera kebimbangan. Hatinya tidak tenteram dan mindanya serabut. Dia tahu dia tidak mahu berkahwin di usianya yang muda tetapi apa yang boleh dia lakukan selain menurut sahaja permintaan abahnya tanpa kerelaan hati. Aisyah tidak mahu menjadi anak derhaka dan ingin membahagiakan umi serta abahnya.

"Buatlah istikharah jikalau hati susah dan tidak dapat membuat keputusan. Tanya kepada Maha Esa. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kami. InsyaAllah Dia akan bantu hambanya dalam kesusahan. Sejujurnya, kalau angah, angah akan setuju dengan keputusan umi dan abah. Luqman itu baik orangnya. Sudah dari keluarga yang baik-baik dan angah tahu dia mampu menyara adik angah yang satu ini," nasihat angah pula.

Aisyah memandang angah pula sebelum berkata, "Terima kasih atas nasihat along dan angah."

Along dan angah mengukirkan sebuah senyuman di bibir mereka sebelum memeluk Aisyah dengan erat. Aisyah turut tersenyum apabila abang-abangnya bersikap ambil berat tentangnya walaupun sering mencari gaduh dengannya. Sudah seminggu semenjak kepulangan Aisyah dan dia sudah membuat solat istikharah, yang seperti disuruh oleh abang-abangnya itu. Aisyah berasa amat lega setelah membuat solat istikharah. Wajahnya tenang setenang air di kali. Dia terus menghayunkan kakinya ke arah umi dan abahnya yang berada di ruang tamu bersama abang-abangnya. Cincin tunangnya turut dipakai Aisyah sebelum melangkah keluar dari biliknya.

"Abah, Aisyah sudah membuat keputusan untuk mengikut permintaan abah yang itu," tutur Aisyah dengan tenang sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa.

Abah dan umi Aisyah memandangnya dengan tidak percaya. Mereka merenung wajah Aisyah, mencari ketenangan dan keikhlasan yang hakiki. Abang-abangnya sudah mengukir senyuman lebar apabila mendengar kata-kata adik mereka yang satu.

"Betul ini?" soal umi dengan penuh harapan dan Aisyah mengangguk.

Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat sinar gembira mengerlip di mata umi dan abahnya. Umi memberi sekeping sampul kecil kepada Aisyah. Aisyah memandang uminya dengan pandangan keliru. Soalan demi soalan timbul di dalam fikirannya.

"Ini dari Luqman. Umi tidak buka lagi sebab umi tahu Aisyah sudah besar dan pandai membuat keputusan yang baik," tutur umi dengan senyuman manis.

Aisyah mengambil sampul itu sebelum meminta diri untuk ke bilik. Sampul itu diletakkan di meja soleknya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang ada di meja solek tersebut dan matanya tidak lepas pandang akan sampul itu. Cincin tunangnya pula asyik dibelek-belek kerana baginya, ianya simple dan cantik. Pelbagai soalan yang ada di dalam kotak fikirannya. Hati terdetik untuk membuka sampul tersebut walaupun teragak-agak. Apabila Aisyah membuka sampul tersebut, terdapat sekeping gambar dan sekeping surat yang dilipat. Aisyah membuka lipatan surat itu dan mula membaca.

Assalamualaikum Aisyah. Saya tahu awak pasti akan terkejut bahawa awak bakal menikahi saya tiga bulan dari sekarang sedangkan awak baru sahaja menamatkan pembelajaran awak di Mesir. Saya turut tahu awak tidak mahu bernikah pada usia yang muda ini. Saya faham jika awak menolak lamaran keluarga saya. Awak pasti terfikir, mengapa saya boleh setuju ingin menikahi awak sedangkan saya tidak mengenali awak?

Sejujurnya, saya setuju atas kerelaan saya dan kerana Allah s.w.t. Saya rasa bahawa keputusan ibu bapa saya adalah yang terbaik untuk saya. Awak mungkin tidak ingat saya tetapi awak sentiasa ada dalam fikiran saya. Saya harap awak dapat menerima lamaran keluarga saya kerana Allah s.w.t dan dengan hati yang ikhlas. Bukan atas sebab dipaksa dan saya tidak akan memaksa awak untuk menerima lamaran ini jika awak tidak mahu. Saya ada memberi awak sekeping gambar. Gambar itu mungkin boleh mengingatkan awak siapa diri saya. Sebelum majlis pertunangan kita, saya ingin berjumpa dengan awak walaupun sekali. Saya pasti awak mempunyai pelbagai soalan untuk saya. Saya ingin menerangkan semuanya kepada awak.

Aisyah. Saya ingin meminta maaf kerana menyuruh umi, abah, along dan angah untuk merahsiakan siapa diri saya yang sebenar dan lamaran keluarga saya. Ini semua berlaku bersebab dan suatu hari nanti, saya akan bagitahu awak. Sebelum saya terlupa, ini nombor telefon saya: +60 1*-*** ***9. Jika ada masa terlapang untuk berjumpa ataupun soalan yang ingin ditanyakan, sila mesej saya.

Yang benar,

Luqman

Setelah membaca surat itu, Aisyah mengeluarkan sekeping gambar dan amat terkejut melihat gerangan dalam gambar tersebut. Dia tidak menyangka bahawa Luqman merupakan salah satu jejaka idaman ramai gadis sejak dia di sekolah menengah lagi. Dia turut tidak menyangka bahawa jejaka itu mengingatinya sedangkan mereka berdua tidak pernah bertegur sapa. Aisyah akui bahawa Luqman merupakan jejaka idamannya dan dia mempunyai perasaan untuk Luqman. Walaupun Aisyah sudah mengetahui identiti sebenar Luqman, dia masih mempunyai pelbagai soalan di fikirannya. Dengan segera, Aisyah menyimpan nombor Luqman di dalam telefon bimbitnya. Tanpa disedarinya, along dan angah memerhatinya sejak tadi. Mereka mengukirkan sebuah senyuman sebelum mengetuk pintu bilik adik mereka itu. Belum sempat mereka berdua melabuhkan punggung mereka, Aisyah menanyakan beberapa soalan.

"Along, angah. Bagaimana Luqman tahu Aisyah sambung belajar di Mesir? Kenapa dia menyuruh along, angah, umi dan abah untuk merahsiakan semua ini sehingga Aisyah balik dari Mesir? Apa lagi yang dirahsiakannya?" soal Naura.

"Sabar lah Aisyah oii. Satu per satu soalan awak tu," tutur along dengan selamba. Naura mencebik dan memandang angah apabila along seakan-akan tidak mahu menjawab soalan-soalannya. Angah mengeluh sebelum membuka mulutnya untuk berbual.

"Luqman itu merupakan senior adik di sekolah menengah. Kebetulan dia merupakan kawan baik along dan angah. Dia tidak pernah tahu bahawa Aisyah itu adalah adik kami dan sememangnya dia amat meminati Aisyah. Pada suatu hari, dia nampak Aisyah pulang bersama along. Sejak hari itu, dia mula menanyakan soalan berkaitan dengan adik. Dialah yang memerhatikan dan menjaga adik dari jauh jikalau along dan angah tidak pergi sekolah tanpa kami meminta. Itu sebab along dan angah percaya bahawa dia mampu bahagiakan dan lindungi adik kita yang seorang ini. Sebab mengapa dia merahsiakan hal ini? Biarlah dia yang bagitahu sendiri. Along dan angah tidak mahu masuk campur," terang angah dengan tenang.

Aisyah menundukkan mukanya dan memandang lantai. Dia tidak pernah menyangka bahawa Luqman akan meminatinya sedangkan dia bukannya sama taraf dengannya. Dia turut tidak menyangka bahawa Luqman sanggup menjaganya dari jauh walaupun along dan angah tidak meminta. Matanya mula berair. Dia tidak sangka bahawa seorang lelaki yang bukan mahramnya sanggup melakukan itu kerana Allah s.w.t dan lelaki itu mengetahui akan batasnya menjaga orang yang bukan muhrimnya. Along dan angah segera meminta diri untuk ke bilik mereka apabila perasan akan perubahan drastik Aisyah. Mereka pasti Aisyah memerlukan masa untuk menghadam segala yang telah berlaku selama seminggu ini. Aisyah bertindak untuk menelefon Luqman agar dapat berjumpa dengannya. Dia ingin mendengar apa yang Luqman perlu katakan itu. Dia menyiapkan diri dan segera meminta izin dari umi dan abahnya untuk bertemu dengan Luqman buat seketika. Sebuah kafe dituju oleh Aisyah dan merupakan tempat mereka berdua bertemu. Apabila Aisyah sampai ke kafe itu, dia memilih tempat duduk dan memesan segelas milo ais untuk mendahagakan tekaknya. Dia turut memesan milo ais untuk Luqman kerana tidak pasti apa yang diminumnya.

"Maaf saya lambat," tegur seseorang dari belakang Aisyah.

"Tidak mengapa. Saya ada pesan milo ais untuk awak kerana saya tidak tahu air apa yang awak minat. Itu yang main pesan sahaja," tutur Aisyah dengan segan.

Tanpa membuang masa, Luqman terus menerangkan segala yang ingin Aisyah tahu sepanjang dia berada di Mesir termasuk sebab dia menyuruh ahli keluarga Naura untuk merahsiakan identiti Luqman daripadanya. Aisyah amat khusyuk mendengar sehingga tidak perasan bahawa Luqman sudah habis menerangkan kepadanya.

"Jadi, awak setuju dengan lamaran itu atau tidak?" soal Harraz sambil menundukkan kepalanya akibat sedikit malu.

Aisyah tersenyum dan kagum akan sikap Luqman yang berterus terang, bersifat melindungi dan bertanggungjawab walaupun sedikit pemalu. Dia mengangguk sambil menunjukkan cincin tunang mereka. Luqman memandang Aisyah dengan perasaan tidak percaya. Dia mengucapkan syukur dan mengukirkan sebuah senyuman manis di bibirnya. Aisyah turut tersenyum apabila melihat sinar gembira mengerlip di mata Luqman. Seperti apa yang sudah dirancangkan, tiga bulan dari sekarang, mereka bakal bernikah. Mereka memilih tema musim luruh kerana mereka merasakan musim itu amat dekat di hati dan menarik perhatian mereka. Sepanjang tiga bulan itu, mereka tidak berjumpa dan hanya berkomunikasi melalui telefon. Along dan angah pula asyik sibukkan diri dengan sesuatu sebaik sahaja mengambil cuti panjang. Pada hari kebahagiaan mereka, Aisyah dan Luqman kelihatan sepadan bagi pinang dibelah dua. Ramai yang puji mereka. Aisyah dan Luqman kelihatan amat bahagia dan berseri-seri. Apabila mereka sedang menjamu selera, kedengaran dua suara yang amat mereka kenali. Mereka berdua amat terkejut apabila melihat along dan angah berhampiran dengan tempat DJ bersama gitar masing-masing. Along dan angah menggenyit mata mereka kepada Aisyah sebelum berkata apa-apa.

"Luqman. Pastikan kau jaga adik aku baik-baik. jika ada apa-apa berlaku pada dia, aku akan cari kau dulu. Masa itu, aku tak kira kalau kau kawan baik aku ke adik ipar aku ke," tegur along dengan penuh tegas. Luqman mengaru kepalanya yang tidak gatal dan mengangguk manakala Aisyah ketawa.

"Lagu ini untuk adik kesayangan kami dengan prince charmingnya. Semoga kau berdua bahagia sampai ke anak cucu," tutur angah dengan ceria.

Along:

Terus melangkah melupakanmu

Belah hati perhatikan sikapmu

Jalan pikiranmu buatku ragu

Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu

Kucoba untuk terus menjauh

Perlahan hatiku terbelenggu

Kucoba untuk lanjutkan itu

Angah:

Engkau bukanlah segalaku

Bukan tempat tuk hentikan langkahku

Usai sudah semua berlalu

Biar hujan menghapus jejakmu

Terus melangkah melupakanmu

Belah hati perhatikan sikapmu

Jalan pikiranmu buatku ragu

Tak mungkin ini tetap bertahan

Along dan Angah:

Perlahan mimpi terasa mengganggu

Ku cuba untuk terus menjauh

Perlahan hatiku terbelenggu

Ku cuba untuk lanjutkan itu

Engkau bukanlah segalaku

Bukan tempat tuk hentikan...

"We love you, Aisyah!" jerit along dan angah serentak.

Mata Aisyah sudah berair walaupun dia mengukir sebuah senyuman di bibirnya. Luqman turut tersengih apabila mendengar abang-abang iparnya menyanyikan lagu Menghapus Jejakmu dari Noah di hari perkahwinan mereka. Setelah perkahwinan mereka, ibu bapa Luqman membelikan tiket ke Russia untuk berbulan madu. Lagi-lagi waktu itu sedang bermusim luruh. Luqman dan Aisyah berterima kasih kepada mereka. Mereka mula mendirikan rumah tangga mereka yang bakal dipenuhi cabaran dan kebahagiaan.

THE END

avataravatar
Next chapter