webnovel

kucing takkan menolak ikan

sudah hampir seminggu berlalu,namun nampaknya masih tiada perkembangan yang baik lagi berlaku dalam witty group. keadaan semakin lama semakin merosot. sudah beberapa orang wakil dihantar ke tid berhad untuk berbincang. namun big boss tid,tengku ikran telah menutup segala pintu rundingan. benarlah seperti di war-warkan,lelaki itu tiada langsung memiliki sifat belas kasihan. kalau a katanya,maka a lah jadinya. inilah akibat yang harus ditanggung daripada kedegilan putri kesayangannya. t.s.m jalil melepaskan keluhan kasar. dia sudah kehilangan akal.

" tid berhad masih taknak berkomunikasi lagi dengan kita?" tanya t.s.m jalil.

semua wakil yang hadir ke tid berhad mengangguk,mengiyakan.

t.s.m jalil melepas nafas berat sebelum berkata.

" redza.. tolong buat satu apoinment dengan tengku ikbal. secepat yang boleh." nampaknya sebelum keadaan semakin merudum t.s.m jalil harus menggunakan segala cara untuk menghentikan kegilaan ikran. dia takut andai keadaan ini semakin berlanjutan,bagaimanakah nasibnya? nasib pekerjanya selepas ini? apakah ikran mahu dia melutut merayu. benarlah kata semua yang mengenali ikran. lelaki itu seorang yang tiada belas kasihan. inilah harga yang harus dibayarnya akibat perbuatan putri-nya.

ikran pamer senyum puas apabila satu persatu rancangannya berjalan dengan lancar. sedikit demi sedikit saham witty group mengalami penurunan. rokok yang tersepit di tangannya disedut perlahan.

" rasakanlah.. inilah akibatnya bermain dengan tengku ikran syah." bicaranya kepada diri sendiri. satu kepuasan baginya melihat pihak lawan jatuh sedikit demi sedikit. biar mereka semua rasa, sakut kehilangan yang dialami oleh cempaka.

ikwan,ikman,nazim dan jefri,pada awalnya sangat terkilan. kenapa perkara yang boleh diselesaikan satu hari,ikran ingin selesaikan dalam tempoh sebulan. masing-masing tertanya-tanya, apa tujuan ikran sebenarnya? namun kini baru mereka nampak. rupanya ini adalah hukuman. ikran ingin melihat witty group menderita secara perlahan-lahan. dia ingin mengajar pihak lawannya. semakin lama dalam bidang ini,semakin kejam pula mereka merasakan tindakan dan langkah ikran. kematangannya semakin terserlah.

putri memukul-mukul streng keretanya. geram dengan syarikat yang bertanggungjawap mengurusnya. dia kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. segala projek iklan dan peragaannya ditarik kembali. syarikat yang menajanya kini semua menarik diri. sejak akhir-akhir ini,dia semakin tertekan. dengan sikap nasha yang mendesaknya untuk menyelesaikan semua masalah ini. apa nasha ingat dia kuli batak? papa dan mamanha lagi yang menekannya siang dan malam. smeua ini benar-benar menekan jiwanya. kini dia harus menyelesaikannya dengan sendiri. teringat cerita palanya yang tid berhad menolak untuk berurusan dengan wakil daripada witty holding,tiba-tiba putri mendapat idea. nampak gayanya dia harus bertindak cepat dia harus menemui ikran. mungkin hati ikran akan lembut apabila berjumpanya. melalui cerita mamanya,kini isteri ikran sedang berpantang. apabila perempuan berpantang,tentu suaminya kesunyian. putri tersenyum jahat. inilah peluangnya untuk menggoda ikran. takkan kucing tolak ikan kut. nak bandingkan cempaka yang pendek dengan dia yang seksi,berwajah kacukan ni,takkan ikran mampu nak tolak godaannya. dengan penuh semangat putri membelok keretanya menghala ke arah jalan menuju ke tid berhad.

cempaka dengan wajah kelat meminum air rebusan jamu dan herba buatan bidan timah. dia terasa dalam tempoh seminggu berpantang,tubuhnya mulai ringan. berbagai tip-tip kecantikan diri luar dan dalam dia pelajari daripada bidan limah. cara mengikat suami di atas katil. jamu-jamu untuk membuat suamk sentiasa tercari-cari dan takkan cari perempuan lain. cempaka benar-benar menurut segala yang disuruh bidaan limah. segala ilmu rumah tangga kekal bahagia yang diturunkan bidan limah dicatatnya. segala petua tradisional bidan timah habis dipelajarinya. habislah ikran lepasni,hari-hari mau. kata bidan timah lagi nak ikat suam,bukan dekat perutnya sahaja,atas katil pun mesti tip top. tip top tu,maksudnya penjagaan dalaman. suami takkan cari perempuan lain andai isteri menjaga kecantikan dalaman tubuhnya seperti sentiasa mengamalkan jamu untuk menguatkan cengkaman bahagian sulit wanita,payudara sentiasa tegang dan banyak lagilah pesanan bidan timah. mira yang menemani cempaka juga turut pasang telinga sambil tersenyum malu-malu apabila mendengar kata-kata bidan timah.

" patutlah orang dulu-dulu anak 10 ke atas pun masih steady je.. rupanya amalan gaya hidup mereka yang membuatkan mereka sentiasa hebat" bicara cempaka kepada diri sendiri.