cempaka memasuki ruang makan khas di restoren yang ditempah untuk perjumpaan bekas rakan sekolahnya dengan langkah malas. ikutkan hati tidak mahu dia menjejak kaki di sini. namun pasrah akan paksaan nadia yang kerap menghantar pesanan berupa peringatan kepadanya. jadi nak taknak terpaksa juga hadir.
" heiii... cempaka...." sapa satu suara menyebabkan semua kepala menolehnya..
cempaka pamer senyum manis. menunduk kepalanya serta bersalamam dengan rakan-rakan yang menghulur tangan sebelum melabuh punggung bersebelahan nadia.
" wehhh... lama gila tak dengar khabar kau sejak habis sekolah.." tegur ain karmila anak kepada seorang artis terkenal tanah air suatu ketika dahulu. kini memiliki perniagaan sendiri.
" sibuk.." alasan cempaka.
" la..orang lain sibuk juga.. tapi sentiasa ber-contact satu sama lain.." celah shuhada yang terkenal dengan cermin mata tebalnya sewaktu sekolah dahulu. kini tiada lagi cermin mata tebal. mungkin pakai contact lense kerana warna biji matanya lain macam.
" well.. mesti urus bisnes juta-juta ni.. " usik marsya pula. si gadis yang suka menyanyi dalam kelas. kini sudah bergelar penyanyi. dahulu apabila ditanya tentang cita-citanya. laju dia menjawap ingin me jadi penyanyi. tercapailah sudah cita-citanya.
" aku tak join pun company family aku" cempaka menidakkan usikan marsya. topik perniagaa dan kekayaan keluarga adalah topik yang paling cempaka cuba elakkan. dia tidak mahu dipandang kerana harta keluarga.
" so..lama gila kau menghilang.. tak dengar khabar langsung.. kau buat apa je..macam nadia.. sekurangnya kamu tahu juga cerita tentang dia.." ain karmila masih tidak berpuas hati lagi tentang kenapa topik menghilangnya cempaka. takkan tiada cerita langsung tentang gadis ini.
" la..korang bukan tak kenal cempaka.. dia kan suka kehidupan yang low profil.. makan lagi bagus.." nadia yang sibuk merasa semua makanan mula menyampuk. bosan pula mendengar semua orang menyoal siasat cempaka. macam cempaka tu retis dah. dia pun lama juga menghilang. orang taknak tanya ke?
" betul tu.. Makan lah semua.. nanti-nanti kita cerita.." fuad azim meredakan suasana. lelaki itu sudah banyak berubah. kini nampak lebih matang. namun aura seorang ketua masih ada dalam dirinya.
" okey..tengah makan la ni.. makan sambil berbual.." sahut satu suara halus dan lembut. puteri nabila. penolong ketua kelas yang comel dan kecil molek sama seperti cempaka.
cempaka senyum mesra dan melambai kepada wanita itu. puteri nabila turut membalas. ada senyuman mesra untuk cempaka di bibirnya.
cempaka terus bangkit dari kerusinya mendapatkan wanita itu. sahabat baik yang sudah bertahun tidak ditemui. mereka bersalaman dan berpelukan. sewaktu cempaka sampai puteri nabila menghilang ke bilik air.
"dah berapa bulan?" tanya cempaka perasan akan perut wanita itu yang kelihatan menonjol.
" 7 bulan dah.. ni yang kedua.." balas puteri nabila masih ramah seperti dahulu.
" tahniah dear.. kahwin tak jemput pun kan.." usik cempaka buat-buat sedih.
" aku ada hantar kad jemputan ke rumah kau.. fuad pun ada jemput abang kau.. masatu dia kan kerja bawah abang kau.." cerita puteri nabila.
cempaka mengerut dahi. dia tidak menerima pun apa-apa jemputan. abangnya pun tidak pernah memaklumkan kepadanya. mungkin ada tetapi dia yang terlupa kut. lagipun sudah lama.
" okeylah.. takpe.. so congrate.. " ucap cempaka.
" well..well miss cempaka... tak sangka akhirnya you datang juga.." zikri yang baru muncul bersama beberapa rakan sekelas yang lain menyapa sambil menepuk tangan.
cempaka menoleh kearah suara itu. berdiri di depannya 3 trio lelaki paling menyebalkan. zikri, idham dan radzi. cempaka buat tidak peduli dan terus berlalu ke tempat duduknya kembali.
" masih sombong seperti dulu.." radzi menegur dengan senyuman sinis.
" wahwah..hero doh sampai..kacok-kacok belaka semua.." sapa nik kamilia dengan loghat kelantannya.
" cempaka dan nadia.. makin cantik makin comel makin lawa.. korang berdua sihat tak?" tanya idham yang pernah menyimpan perasaan kepada cempaka suatu ketika dahulu. suka dalam diam.
" kalau sakit.. takdelah aku muncul harini.." balas nadia dalam nada sarkastik.
semua yang ada di diruangan itu ketawa. sudah terbiasa dengan mulut lepas nadia.
" am.. kau jangan tanya yang dekat sebelah tu.. dia takkan pandang lelaki kacak macam kita ni.. taste dia pelik sikit.." zikri sengaja bersuara kuat. ingin membuat cempaka marah dan melihat reaksi cempaka.
" zik.. makan dulu.. relax..." radzi menenangkan zikri yang seperti sengaja ingin. dia sudah faham maksud zikri itu. dia juga ingin melihat riak wajah cempaka apabila video mesra cempaka dan pasangannya didedahkan. namu belum masanya lagi. bergembira dahulu menangis kemudian.
" ha.. yelah.. makan..makan.. dah lama kita semua tak berjumpa dan berkumpul ni.." zikri memesrakan suaranya. membiarkan semua orang tertanya-tanya.
cempaka malas melayan perangai buruk zikri dan rakannya. buang masa sahaja. banyak lagi masalah lain yang harus difikirkan.
semua yang ada didalam ruang makan itu menerus aktiviti makan dan bermesra tanpa mempedulikan kata-kata zikri sebentar tadi. merek terus berbual,bertukar cerita dan khabar. cempaka pula lebih suka diam. ditanya sepatah dijawap sepatah. memang itu pun sikapnya semenjak dahulu. bukan sombong..cuma dia tidak suka berbual perkara yang tidak masuk akal dan bergosip bukan-bukan.
" selepas ni.. jom kita buat reunion dekat tepi pantai ke.. stay dua tiga hari.. mesti seronok.." tiba- tiba ainurin memberi cadangan. selalu sangat buat reunion di restoran mewah. dia sudah bosan. muak.
ramai yang mengangguk setuju. ingin bertukar angin pula. lagipun kalau buat di tepi pantai,boleh bawa anak-anak bagi yang sudah kahwin. boleh bawa suami atau isteri masing-masing.
" setuju.." puteri nabila mengangkat tangan tanda setuju kemudin diikuti yang lain.
cempaka mengangguk sahaja. mana-mana pun boleh. asalkan tiada beruk 3 ekor itu.
" cempaka dan nadia.. lepasni selalu lah join.." fuad dengan ramah menjemput cempaka dan nadia.
cempaka dan nadia mengangguk. tidak mahu berjanji.
" korang berbuallah.. aku nak pergi toilet sekejap.." cempaka meminta diri.tiba-tiba terasa mual melihat makanan yang banyak.
" sombong dan tak berubah langsung..." cemuh ain karmila selepas cempaka berlalu. mulutnya dijuihkan. ingin bergosip.
" biarlah dia..dah dia buka macam kau..sebok je nak bergosip sana sini.." puteri nabila mempertahankan cempaka. baginya cempaka bukan sombong. dia mengenali perwatakan cempaka.
"eleh.. kau backup-lah..diakan kawan rapat kau sejak sekolah." idham memarahi puteri nabila. entah kenapa sejak dahulu dia merasakan cempaka berlagak. mentang-mentang anak menteri. orang ajak keluar jual mahal.
" aku hairanlah dengan kau nad.. macam mana kau masih boleh berkawan dengan cempaka? kau tak tahu ke..selama ni dia lesbian..?" idham mengajukan pertanyaan mengejut kepada nadia.
tersedak nadia yang sedang makan. cepat-cepat dia meminta air.
" LESBIANNNN..." ain karmila terkejut juga.membulat matanya. takkanlah muka polos macam cempaka tu lesbian.
" ehh.. mana kau dapat cerita ni.. berdosa wehh fitnah orang.." ainurin bertanya dalam nada marah kepada idham.
" sebab ada buktilah aku berani cerita.." idham dengan tegas mempertahankan dirinya.
nadia tiba-tiba ketawa. ketawa yang dibuat-buat. rupanya inilah sebabnya zikri memaksa dia membawa cempaka hari ini. jom layanzzz...
" well.. sepanjang aku kenal cempaka dan berkawan dengan cempaka..belum pernah lagi aku tahu cempaka tu sukakan perempuan.."nadia buat-buat mempertahankan cempaka. walau dia bencikan cempaka namun dia tidak suka orang merendahkan cempaka.
" zik.. tunjukkan sekarang.." idham menyuruh zikri yang diam sedari tadi bertindak.
zikri mula menghantar video yang dirakam dari telefonnya kepada group whatapps rakan sekolahnya.
masing-masing di dalam ruang makan itu tekun menonton video yang dihantar zikri. video saat dayana membantu cempaka melintas jalan,memeluk cempaka di dalam cafe dan sewaktu dayana mengusap bahu cempaka yang kelihatan sedih.
nadia yang menonton video itu ketawa terbahak-bahak. dia sudah tahu siapa di dalam itu. walau mereka kelihatan mesra. pasti ada cerita disebaliknya. takkan ikran nak biarkan isterinya mempunyai hubungan sulit sesama wanita. makin galak nadia ketawa.
cempaka yang sudah selesai urusannya di bilik air akhirnya kembali semula. pelik juga dia melihat semua orang memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. suasana juga sudah tidak seghairah tadi.
" babe.. kau datang harini bodyguard kau yang hantar ke?" tanya nadia saat cempaka melabuh duduk kembali di sebelahnya.
cempaka memandang semua orang sebelum mengangguk.
" well.. babe.. zikri and the gang bagitahu yang you lesbian.. betul ke?" nadia sengaja bertanya kepada cempaka dalam nada biasanyalah. nada provokasi.
cempaka menjungkit kening. dia beralih pandang kepada zikri. lesbian? what!!! rasanya setiap kalau diletak perempuan bogel dan ikran bogel.. dia terus terkam ikran rasanya. hahahaha. dah meroyan agaknya zikri ni akibat cinta ditolak berkali-kali.
"betul ke?" tanya ain kamilla. dia menyua telefon bimbitnya kepada cempaka.
cempaka menyambut sambil matanya menonton video kejadian petang di starbuck cafe. ada senyuman sinis terlakar di bibirnya. belum tamat video itu dia menyerahkan telefon bimbit kembali kepada ain kamilla.
" zik.. i tak suka sebenarnya cari fasal dengan you..tetapi sebelum you nak sebar cerita macam ni.. you siasat tak siapa perempuan ni?" tanya cempaka tegas. di wajahnya terpancar riak tidak puas hati.
zikri gelak sinis. tak perlu siasat. kebenaran dah terbentang luas. bukti juga sudah ada
" selalu orang kalau bersalah dia akan cuba menegakkan benang yang basah..i teringin lah nak tanya dengan you cempaka.. kenapa you selalu tolak cinta i?" zikri bertanya dalam nada sinis.
cempaka mengecilkan matanya. kecil besar biji matanya memandang figura zikri.
" sebab i tak pernah sukakan you.." alasan cempaka.
" bukan sebab you sukakan kaum sejenis ke?" provok zikri.
" well.. terpulanglah you nak cakap apa.. nak tuduh apa.. i rasa i cakap banyak pun tak guna..lagipun buang masa sahaja i terangkan semuanya kepada you.. you siapa sampai i perlu jelaskan semuanya?" cempaka malas nak membela dirinya. suka hatilah orang nak cakap apa pun. lagipun benda ni tiada kaitan pun dengan hidup zikri.
" fuad.. dinner hari ni.. saya yang bayarkan.. makanlah apa yang korang nak.. semuanya di bawah nama saya.." cempaka ingin segera pulang. kepalanya sudah terasa berpusing. dia sudah mula rasa penat dan mual. mual dengan bau makanan dan mual dengan fitnah bodoh zikri. baik balik dari melayan cerita bodoh zikri ni.