webnovel

Brothers or Boy Friend?

Ayuni Mirai yang cantik dan selalu sengaja menyorok rupanya dari di lihat orang dengan memakai cermin mata dan menutup muka depan dengan ramput depannya, dia juga adalah anak yatim piatu kehilangan ibu bapa semasa berumur 5 tahun tetapi pada suatu hari ketika Ayuni berumur 7 tahun Dia di ambil sebagai anak angkat kepada seorang Usahawan yang kaya tetapi sepasang ini mempunyai 7 orang anak lelaki yang sangat mempunyai rupa yang dapat memikat hati wanita tapi tidak bagi Ayuni, dia sedia menerima mereka sebagai saudara tetapi adakah mereka berfikiran sedemikian? dan adakah kehidupan Ayuni lebih baik?

LzyIra25Ctam · Anime & Comics
Not enough ratings
11 Chs

Adik-beradik baru yang tampan dan pelik.

Ayuni terpegun sambil melihat anak-anak kepada sepasang suami isteri itu.

Ayah ayuni "ok, ini anak yang paling sulung namanya Zek 12 tahun yang kedua ini Juan 10 tahun, yang kembar ni Rezz dan Rex kembar dan kifz yang seumur dengan kamu, yang lebih muda dari kamu Dian setahun muda dan yang paling bungsu Fal set ah ni muda dari Dian, ini lah adik-beradik kamu mulai hari ni."

Ayah Ayuni melihat Ayuni terpegun melihat anak-anak lelakinya, dengan ini Ayah Ayuni berfikir selepas memperkenalkan Ayuni kepada anaknya dia mau membiarkan mereka lebih mengenali satu sama lain dengan ini supaya mereka boleh menjadi rapat. Tiba-tiba ada suara yang sangan menawan tapi sejuk kedengaran,

"Hm...heh~.."

Ayuni terdengar dan terus melihat kehadapan,

rupanya itu adalah salah satu anak kepada ayahnya yang berdiri di hadapannya sambil kelihatan menawan dengan pakaian hodie berwarna biru bergaris merah di lengan,

Rupa-rupanya anak lelaki yang kedua Ayahnya

iaitu Juan. Juan melihat Ayumi sambil meletakkan tangan kanannya di dagu,

Juan "Ayah," ketika berpaling dan menoleh ke arah ayahnya.

Ayah Ayuni "Iya, kenapa?" dengan memandang balik ke arah Juan.

Juan "ini adik perempuan aku?"dengan tona tidak berpuas hati.

Ayah Ayuni "iya, betul jadi kenapa?"

Juan "kenapa hodoh sangat..nampak nerd lah.." sambil melihat ke arah Ayuni.

Ayuni mendengar apa yang di cakap oleh Juan tapi kerana Ayuni selalu dengar perkataan hodoh itu selalu masa berada di rumah anak yatim piatu kerana rupa luarannya. Terus Suara yang sangat kuat kedengaran

Ibu Ayuni "Juan!"

Ayah Ayuni "Juan jangan biadap!" dengan nada suara yang tegas.

Juan "hump~ iya lah.. dah lah aku masuk bilik dulu." dan terus berjalan dari situ.

Ibu Ayuni "Ayuni maaf ya tentang anak ibu yang biadap kepada kamu." dengan muka yang belas kasihan sambil berbisik terus

(biarkan saja ok,rahsiakan rupa mu dulu biar jadi kejutan nanti) sambil meletakkan jari telinjuknya di hadapan bibir dan sebut

"Shhh."

Ayah Ayumi perasan terus senyum ke arah Ayuni dan terus memanggil palayan untuk membawa beg ke dalam bilik Ayuni di tingkat atas. Selepas pelayan-pelayan membawa beg Ayuni ke atas,

Ayah Ayuni "ok semua masuk lah bilik masing-masing, Ayuni kamu mesti penat kan jadi kamu pun pergilah rehat. Pelayan tunjukkan Ayuni ke biliknya." ketika berjalan ke arah sofa.

Ayuni pun di bawa ke biliknya, sebelum itu Ayuni memgucapkan terima kasih kepada ayah dan ibunya. Ayah dan ibu Ayuni senyum ke arah Ayuni dan Ayuni pun berpaling berjalan mengikuti pelayan itu untuk ke biliknya. Apabila sampai ke biliknya,

Pelayan "Cik muda, ini adalah bilik kamu." sambil menundukkan kepalanya dan membuka pintu untuk Ayuni masuk.

Ayuni "Terima kasih, em kamu ni siapa?"

Pelayan "eh..saya tak..em.." sedikit gelabah

pelayan itu menjadi gelabah, Ayuni tahu kalau

sepatutnya seorang pelayan hanya lah pelayan bagi keluarga yang berstatus tinggi tapi bagi Ayuni pelayan atau bukan dia tetap seorang manusia kerana Ayuni bukan lah seorang yang memilih darjat , rupa atau kekayaan seseorang.

Ayumi "tak apa, nama siapa?" dengan senyuman manis.

Pelayan itu adalah salah satu yang berada di luar tadi dan pelayan itu juga tahu bahawa wajah Ayuni sangatlah cantik kerana dia sudah melihatnya sekilas ketika rambut depan Ayuni di tiup angin maka pelayan itu dapan membayangkan bagaimana Ayuni senyum tanpa melihat rupanya yang sekarang. Pelayan itu berasa sangat tenang kerana Ayuni tidak sama seperti gadis kaya yang lain.

Pelayan "Nama saya Vasim Jul,Sila panggil saya Jul Cik muda." ketika menunduk dan senyum ke arah Ayuni.

Ayuni "baiklah." ketika duduk di atas sofa.

Pelayan "Sila rehat Cik muda saya pergi dulu."

sambil menundukkan kepalanya dia menutup pintu.

Ayuni pun berdiri dan terus menundukkan kepalanya dengan mempersona walaupun berpakaian kusut dan berupa demikian.

Ayuni pun terus berjalan ke katilnya dan duduk atas katil tersebut dan mengosok selimut yang lembut itu kerana lama sudah Ayuni tidak menyentuh selimut macam ini. Ayuni nampak yang biliknya tidak berapa keperempuanan tapi Ayuni tetap berpuas hati kerana dia mempunyai bilik macam itu. Terdapat dapur kecil, sinki , tandas dan lain-lain lagi. Di dalam bilik itu seperti sebuah rumah kecil yang cukup besar untuk 4 orang tinggal, Ayuni bersyukur apa yang ada dan masih lagi terpesona melihat biliknya.

Ayuni "waah..." sambil melihat sekeliling bilik.

"..emm.." meletakkan kepalanya di atas bantal.

Ayuni meneluk bantal itu dengan erat dan Ayuni ternampak ada cermin untuk dia mendandan dirinya, Ayuni pun bangun dan berjalan terus ke arah cermin itu. Ayuni pun memandang mukanya di hadapan cermin dan dia menoleh ke arah pintu kalau ada orang masuk dan melihat sekeliling kalau betul-betul selamat. Ayuni menoleh semula dan memandang cermin sambil itu terus memegang spek matanya dan meletakkan cermin matanya di atas meja itu, Ayuni nampak mukanya separuh kerana bahagian matanya di tutupi rambutnya ketika itu semua tingkap berbuka apa bila angin mendayu masuk ke dalam biliknya dengan langsir putih jernih yang berterbangan. Rambut Ayuni yang ditiup angin terselak dan menampakkan wajahnya yang cantik,

Ayuni "hm.." ketika ditiup angin Ayuni menyelak rambutnya dari ke belakang telinga kanannya.

Dan tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu.