webnovel

Bab 1

Boundless

∞ 1

Tahun 20XX, di sebuah rumah sewa, 9.00 malam.

JOHAN (19) menutup pintu biliknya dan kemudian berlari anak ke arah katil. Dia menghempaskan badannya dengan kuat di atas katil tersebut. Dia baru sahaja pulang dari universitinya.

Petang tadi dia perlu menghadiri kelas akaun di universitinya dan sejurus selepas tamat sesi kuliah, dia terus bergegas balik ke rumah sewa. Jarak dia ke universiti hanyalah 1 kilometer. Rumah sewanya itu hanyalah bersebelahan tembok universiti. Dia merupakan pelajar Jurusan Akaun Tahun 1 di Universiti Sultan Zainol (USZai), Johor.

"Aku nak jadi superhero yang selamatkan dunia! Awe-vengers Assemble! Hahaha! Ah, tak sabar nak tengok Awe-vengers: Ending Game rabu nanti. Tengok seorang pun jadilah, nak buat macamana, awek tak ada. Kalaulah aku ni hensem sikit je dari Chris Evans. Sikit pun jadilah, aku tak minta banyak! Haih!" bebel Johan seorang diri.

Johan mengalihkan kepala ke arah sisi. "Roomate aku tak ada. Terbaik! Bolehlah aku karaoke siot!" Johan melompat turun dari katil dan terus menggapai tualanya. Dia membuka baju serta seluarnya dan mencampakkan baju serta seluarnya itu ke dalam bakul baju kotor. Pada saat itu, dia hanya memakai boxer Doraemon miliknya.

"Jangan berkelana entah ke mana, hilang takhta, hancur Negara! Pulanglah segera, menghalau durjana. Airmata merungkai segalanya!!! Tujuh petala langit ku seru namanya, tujuh petala bumi gerun akarnya, keris sakti kekuasaan Raja, keris sakti kebesaran Negara…aaaaa!" Johan menyanyi sakan sambil membersihkan diri di dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, Johan keluar dari bilik air dengan memakai boxer Doraemon itu sekali lagi. Johan terus ke almari dan memakai kain sarung lelaki serta baju T berlengan pendek. Dia ingin menunaikan solat Ishak sebelum menonton filem keluaran Marvelous secara marathon selepas ini.

Dia merupakan peminat tegar Marvelous dan DCi serta segala filem dan komik mengenai superhero. Semenjak dia kecil lagi dia mahu menjadi adiwira yang menyelamatkan bumi dan disegani oleh orang ramai.

Usai menunaikan solat Ishak, Johan terus terlentang di atas katilnya sambil kepalanya melentok di atas bantal. Dia menonton filem superhero kegemarannya dengan menggunakan telefon pintarnya itu. Dia sudah menonton filem yang sama sudah hampir 100 kali.

"Alangkah baiknya kalau aku tiba-tiba sahaja dianugerahkan kuasa-kuasa seperti ini. Kalau aku dapat kuasa terbang, aku akan ke serata dunia setiap hari. Hahaha! Kalau kuasa yang paling kuat seperti Superman, aku akan selamatkan dunia dari perompak, peragut dan pembunuh! Huhuhuhu! Tetapi setiap superhero, mestilah akan ada supervillain, bukan. Kalau macam itu, aku mahukan supervillain yang lembap dan tidak kejam, senang kerja. Dan…! Aku mahukan heroin yang boek punya! Kahkah!"

Johan berkekek-kekek di atas katil sambil matanya masih ralit menonton cerita Irony-Man. Dia akhirnya terlena di atas katil selepas satu jam setengah menonton filem tersebut.

* * *