webnovel

Black Hunter Origin

Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.

Kaitou_X · Fantasy
Not enough ratings
13 Chs

Pengetahuan Asas di Black Hunter Universe #1.

Apa khabar semuanya? Ini saya, Kaitou X sang penulis Black Hunter. Demi mempermudahkan anda semua untuk lebih mengenali latar belakang dunia milik kesah buatan saya ini, saya disini akan mencuba untuk membimbing anda.

Mari kita bermula dengan membahas serba sedikit mengenai sistem dan aturan yang berlaku di Black Hunter Universe, iaitu sistem status.

Sistem status adalah sistem yang menjadi seperti sistem pengenalan untuk setiap pekara di dunia ini. Sama ada itu manusia, item, tumbuhan, mineral ataupun Monster, semuanya memiliki status pribadinya sendiri. Sistem ini mirip dengan konsep yang dimiliki oleh game-game RPG, tetapi ianya sedikit lebih kompleks kerana mengandungi unsur logika yang cukup pekat didalamnya.

Para peminat kesah Isekai atau penggemar game RPG pasti tidak asing lagi dengan semua perkara ini, tetapi untuk menghormati para pembaca yang tidak berpengalaman saya akan berusaha semaksima mungkin untuk memberikan penerangan ringkas dan mudah difahami.

1. Hp., Mp., dan Sp.

- Mari kita bermula dengan apa itu Hp. (Health Point) Mp. (Magic Point) dan Sp. (Stamina Point).

Hp. Adalah penanda jumlah darah milik seseorang, atau lebih tepatnya ia menjadi bukti bahawa sesorang itu masih lagi hidup sekitarnya angka Hp. masih belum menjadi kosong.

Mp. pula adalah jumlah tenaga Magic atau 'Mana' yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi jumlahnya maka semakin besar tenaganya magic yang seseorang itu miliki.

Dan Sp. adalah Stamina, ianya tidak jauh beza dengan Mp. kerana kegunaannya juga hampir sama. Hanya saja Sp. itu lebih cenderung untuk Skill jenis Skill fizikal. Tetapi, tidak seperti Hp. Dan Mp., Sp. tidak dapat terisi sendiri, melainkan perlu dengan memakan makanan.

Jumlah ketiga perkara ini akan sentiasa meningkatkan seiring dengan bertambahnya Level.

2. Level (Lv.).

- Level adalah perkara yang mewakili kemampuan setiap makhluk didunia ini, semakin tinggi Levelnya maka seseorang itu akan semakin kuat dalam bidangnya. Level seseorang itu meningkat dengan menggunakan EXP point, EXP point atau sebutan lainnya ialah poin pengalaman.

Simplenya, semakin banyak pengalaman seseorang maka Level mereka akan semakin tinggi. Cara memperoleh EXP itu berbeza untuk setiap Jop, Level Jop jenis petarung meningkat dengan pertarungan dan Level Jop jenis lainnya meningkat dengan melakukan pekerjanya.

3. Jop.

- Jop itu adalah suatu kategori yang dimaksudkan untuk menyesuaikan kemahiran seseorang itu dengan sesebuah pekerjaan. Jop seorang itu memang tidak ditentukan semenjak lahir, tetapi tepat setelah menginjak usia 15 tahun. Jop itu hanya dimiliki oleh makhluk yang memiliki akal dan tubuh fizik, oleh kerana itu monster atau makhluk berjenis jiwa tidak memilikinya.

Normalnya bagi penduduk asli di Black Hunter Universe, seseorang itu cuma memiliki satu Jop sahaja, tetapi tidak jarang juga ada yang memiliki lebih daripada 1 jop. Perkara itu dapat berlaku dikeranakan beberapa sebab, seperti kerja keras, tuah, ataupun berkat faktor-faktor tertentu.

Jop juga dapat berubah melalui suatu proses yang dipanggil promosi. Ini adalah suatu kondisi dimana seseorang itu telahpun memenuhi persyarikatan untuk merubah Jop mereka menjadi Jop jenis lain.

4. Ras.

- Ras itu adalah katogeri spesis/ bangsa bagi setiap makhluk hidup. Ada ratusan ras berbeza yang terdapat didunia ini, dan setiap ras memiliki kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Ras seseorang itu tetap dan telah ditentukan semenjak lahir tetapi ada juga kes dimana ada beberapa makhluk yang dapat mengubah ras mereka, kondisi itu dipanggil evolusi.

Kebiasaannya ras seseorang itu ditentukan berdasarkan ras ibu bapa, sebagai contohnya jika kedua ibu bapa itu adalah satu ras yang sama maka anak mereka juga akan sama seperti mereka. Tetapi jika kedua ibu bapanya itu berbeza ras maka anak mereka juga akan menjadi ras berbeza dari keduanya yang dipanggil Half atau ras kacukkan yang merupakan gabungan kedua ras ibu bapanya.

5. Statistik/ Stats.

- Statistik atau Stats adalah jumlah keupayaan yang dimiliki oleh setiap orang. Ianya digolongkan dalam 6 jenis, iaitu STR, AGL, VTL, DEX, INT, dan LUKY.

STR (Strength) memiliki erti kekuatan fizikal, AGL (Agility) ialah kelajuan, VTL(Vitality) ketahanan tubuh, DEX(Dexterity) ketangkasan riflek, dan INT(Intelligence) kecerdasan. Lalu ada juga LUKY(Karma), yang memiliki erti tuah atau nasib. Simplenya, Stat itu adalah bahagian yang menunjukkan apakah yang menjadi kelebihan dan kekurangan milik seseorang.

Dibahagikan kepada dua dikeranakan dalam hal ini ada sedikit perbezaan antara penduduk asli Black Hunter Universe dengan para Dimensional Travel.

Penduduk asal Black Hunter Universe itu perlu menaikkan stats mereka secara manual dengan cara berkerja, para Dimensional Travel juga dapat meningkatkan stat mereka dengan cara seperti itu, akan tetapi mereka juga dapat mengatur dan menambah point pada stats mereka menggunakan point yang akan mereka terima setiap kali naik Level.

Nilai LUKY/ KARMA adalah yang paling sukar untuk ditingkatkan. Ini dikeranakan ianya hanya dapat diubah menggunakan Skill point atau melalui amalan. Alasannya adalah dikeranakan bahagian ini mewakili tuah dan sifat seseorang.

Oh ya, Nilai KARMA itu juga sedikit unik dikeranakan ianya mampu sampai ke angka negatif. Itu dikeranakan ianya menampilkan sifat seseorang itu baik ataupun jahat. 1000 adalah untuk orang yang sangat baik, dan -1000 adalah untuk orang yang sangat jahat.

Sang Penulis (iaitu saya sendiri) sengaja menggabungkan Luky dan Karma adalah untuk menunjukkan bahawa orang yang baik akan memiliki hidup yang tenteram kerana selalu dirahmati. [Alasan lainnya adalah dikeranakan sang penulis ingin meniru sistem nilai karma yang terdapat di Overlord].

6. Element/ Adribut.

- Bahagian ini merujuk kepada Bakat dan Unsur apa yang dimiliki oleh seseorang individu itu berdasarkan element.

Semua orang di Black Hunter Univers terlahir dengan element tersendiri, dan kebanyakan Adribut element melambangkan jenis magic element apakah yang paling sesuai dengan pemiliknya. Tetapi Element nyatanya tidak hanya terbatas kepada jenis magic.

Eliment pada setiap orang itu berbeza bilangannya, sesetengah orang cuma memiliki 1 element, sementara 2 untuk normal, 3 jarang, 4 special dan 5 itu hampir tidak ada.

Jenis-jenis Eliment itu ada banyak, dan dibahagikan kepada 2 jenis. Jenis yang pertama adalah jenis Eliment Alam, seperti Air, Api, Tanah, Angin, Petir dan sebagainya. Sementara jenis yang lain pula adalah Eliment dengan sifat yang lebih Universal, seperti Panas, Dingin, Pantulan, Lembut, Keras dan banyak lagi.

Eliment yang dimiliki oleh seseorang itu ditentukan berdasarkan beberapa faktor tertentu, antaranya keturunan, bakat, pemahaman, dan personaliti.

7. Title.

- Title adalah gelaran yang diperoleh daripada sesuatu pencapaian.

Setiap Title di dunia ini bukan hanya sekadar hiasan belaka, kerana setiap title memiliki efek khasnya tersendiri yang berkaitan dengan nama title tersebut. Ada kalanya title memberikan efek Buff kepada diri sendiri dan rakan sekumpulan, ada juga title yang memberikan Debuff kepada musuh, dan ada juga title yang hanya sekadar gelaran kehormatan semata. Sebagai contoh, ada sebuah title bernama 'Goblin Slayer', efek title ini adalah membuatkan setiap goblin normal ketakutan.

8. Skill.

- Skill atau kemahiran, adalah suatu penguasaan seseorang terhadap sesuatu perkara.

Di Black Hunter Universe, Skill adalah antara perkara asas yang dimiliki oleh semua makhluk. Skill memiliki pelbagai sifat, jenis, tingkatan dan kegunaan, jumlah Skill didunia ini sudah sangat-sangat banyak bahkan sampai hampir tidak terkirakan.

Magic juga sejenis Skill, tetapi ianya memiliki beberapa ciri khas dan persyarikatan tertentu yang perlu dipenuhi dahulu sebelum dapat digunakan oleh seorang itu.

Skill terbahagi kepada 2 sifat berbeza, Aktif, Pasif. Skill Aktif adalah Skill yang hanya dapat diaktifkan ketika nama Skillnya disebutkan atau setidaknya difikirkan saat hendak digunakan. Skill Pasif pula adalah Skill yang sentiasa bekerja meskipun tanpa disedari. Tetapi ada juga sesetengah Skill yang memerlukan syarat tertentu untuk digunakan.

Setidaknya ada 6 golongan Skill yang diketahui setakat ini, iaitu Normal, Epic, Special, Unik, Ultimate dan Legendary.

Skill Normal biasanya adalah Skill-Skill asas yang dapat dimiliki oleh sesiapa sahaja ketika melakukan sesuatu aktiviti. Ini adalah jenis Skill yang paling banyak dan umum di dunia ini.

Lalu Skill Epic pula adalah Skill dengan tingkatan yang lebih tinggi daripada Skill Normal, atau boleh juga dikatakan bahawa Skill Epic adalah versi lanjutan daripada Skill Normal. Hanya mereka yang betul-betul memahami kemampuan mereka sendiri sahaja yang mampu memperoleh Skill jenis ini.

Skill Special pula adalah antara Skill ajaib kerana Skill seperti ini adalah antara pengecualian bagi hukum dunia. Skill jenis ini cukup jarang dan misteri, oleh kerana itu hanya beberapa orang tertentu sahaja yang dapat memilikinya.

Seterusnya adalah Skill Unik, Skill jenis ini adalah Skill yang eksklusif, jarang dan berharga. Skill jenis ini tidak ada duanya dan hanya dapat dimiliki oleh satu orang pada satu masa sahaja. Skill jenis ini sebahagiannya agak merbahaya dan tidak mudah dikawal, tetapi sekiranya berjaya dikuasai maka Skill jenis ini akan sangat-sangat berguna.

Dan yang terakhir adalah Skill Ultimate, dinamakan seperti itu kerana Skill seperti ini merupakan Skill dengan tingkatan tertinggi. Boleh dikatakan, Skill Ultimate ini adalah versi evolusi akhir daripada semua jenis Skill sebelum-sebelum ini.

Ultimate Skill adalah Skill dengan tingkatan tertinggi kerana Skill seperti ini bahkan mampu mengubah hukum dunia dan memungkinkan apa yang mustahil.

Skill-Skill jenis ini biasanya terkait dengan mitologi, baik itu dari dunia lain ataupun mitologi daripada Black Hunter Universe itu sendiri. Skill jenis ini kebanyakannya memiliki nama yang berasaskan lagenda-lagenda kuno, seperti nama-nama dewa-dewi atau nama daripada monster kuno.

Oh ya, untuk pengetahuan anda semua, Skill Series Pahlawan itu berada di luar rantaian evolusi Skill. Oleh kerana itu, meskipun kekuatannya setara dengan Ultimate Skill, akan tetapi ianya tergolong sebagai skill dengan katogeri khusus. Saya menamatkan katogeri itu sebagai Legendary Skill kerana semua Skill jenis itu Unik sekaligus abnormal.

Okey, baiklah. Rasanya itu sahaja yang dapat saya terangkan mengenai Sistem Status. Jika ada kurang jelas maka saya minta maaf, maklumlah saya sendiri masih belum menyempurnakan proses perancangan Sistem Status ini. Jadi berkemungkinan di masa hadapan akan ada lebih banyak perkara baru.

Note: Di Black Hunter Universe tidak ada yang namanya Skill Points, ini dikeranakan Skill-Skill di Black Hunter Universe itu hanyadapat ditingkatkan dengan berlatih dan memahirinya.

Kalau begitu... Terima kasih kerana sudi membaca, and.... Kaitou say... Bye! 😎