Safiy berjalan ke bilik rehat. Dia terserempak dengan Fawwaz. Fawwaz seperti sedang menunggu dia.
"Fawwaz... lepas ni kau pula"
"Aku tahulah...tapi aku tak yakin aku boleh menang...."
"Aku tau kau boleh...", Safiy pergi berehat keseorangan.
Fawwaz berjalan ke tempat lain dan ternampak seseorang, iaitu orang yang bakal dia lawan, Syakirin. Syakirin sedang berbual dengan Shazmir dan Adam. Dia berpaling dan nampak Fawwaz. Dia melambaikan tangannya. Fawwaz membalas lambaian lalu dia sambung perbualan.
"Itu pun dia...kuasa angin aku bukan hebat sangat macam Saga tu...kalau aku kalah habislah."
Selepas itu, masa rehat telah tamat. Pengacara itu berjalan di sekitar gelanggang.
"Perlawanan seterusnya bukan perlawanan biasa-biasa, bukan perlawanan main-main. Perlawanan ini boleh membuatkan mangsa cedera parah atau maut akibat kuasa elektrik yang tinggi. Dijemput!!!! Syakirin!!!"
"Syakirin! Syakirin! Syakirin!", ramai penonton bersorak.
Syakirin berjalan keluar dengan bergaya.
"Dan.... melawannya ialah!!! Fawwaz!!!"
"Buu!! Pergi matilah budak!!", jerit penonton lain. Safiy yang terdengar suara itu hampir tergelak.
Fawwaz berjalan keluar. Mereka berdua berada di dalam gelanggang arena.
"PAAM!! Mula!!!"
"Syakir....aku nak cakap sesuatu....aku mengaku kalah..."
"Mana boleh macam tu....kalau nak mengaku kalah, kau kena aku pukul sampai habis....Ha! Ha! Ha! Ha!"
DUSH!!!, Syakirin sepak Fawwaz sehingga terpelanting jauh. Fawwaz memuntahkan sedikit darah. Syakirin berjalan sambil keluar percikan elektrik. Fawwaz berdiri dan cuba keluarkan kuasanya namun__
"Kenapa? Kenapa aku tak dapat keluarkan kuasa aku—"
BUSH!!!, Fawwaz ditumbuk pada dada dan terpelanting lagi.
KRAK!!, dinding arena itu retak. Badan Fawwaz makin parah. Dia dapat merasakan arus elektrik mengalir di dalam badan.
Syakirin yang berada di tengah gelanggang sedang membuat kuasa terkuat dia. Awan menjadi mendung dan kilat menyambar. Keluar naga petir dan bergerak ke arah Fawwaz.
"Itulah serangan maut Syakirin!!!!", jerit pengacara.
Safiy yang sedang duduk di bilik berehat terkejut.
"Habislah....masuk pulak dia dalam hospital nanti...haih..."
BOOOM!!!!, tempat itu meletup. Kesemua penonton bersorak kepada Syakirin.
SRRKK!!!, semua penonton terkejut. Syakirin dilibas pedang dari belakang oleh Fawwaz. Syakirin terkejut. Fawwaz membuat serangan bertubi-tubi kepada Syakirin. Syakirin hanya dapat menahan dengan pedang kilat. Syakirin terkejut melihat wajah Fawwaz yang senyap dan seram.
"...."
"Fawwaz...kau okey tak?"
SLASH!!, Syakirin dilibas dari belakang lagi. Bahagian belakang badan dia cedera parah. Darah menitik ke lantai.
"Argh! Tak mungkin aku boleh kalah!!! Ambik ni!!!"
DORMM!!, banyak kilat dipanah ke dalam kawasan gelanggang. Fawwaz dapat mengelak kesemua kilat itu dan muncul di hadapan Syakirin yang sedang melutut kesakitan.
SRUKK!!!, Syakirin ditikam dari depan. Dia rebah ke lantai. Semua penonton terkejut.
"APAKAH?!!"
"MUSTAHIL!!!"
"Nampaknya... pemenang kita ialah...."
TUM!!, Fawwaz juga tumbang.
"Maaf!! Perlawanan ini dikira seri!!! Tiada sesiapa menang!!"
Beberapa doktor mendekati. Mereka menyembuhkan Syakirin tetapi tiada kesan. Dia perlu dibawa ke hospital. Fawwaz dibawa masuk. Semua penonton terkedu dengan perlawanan itu.
______________________________________
Fawwaz terus bangun daripada tidur. Dia dapati dia berada di hospital. Di sebelah katil terlantar Syakirin dengan badan yang dipenuhi balutan. Keadaan di luar malam. Fawwaz cuba membuat kuasa angin namun tiada apa-apa yang terkeluar.
"Tak mungkin...aku takde kuasa. Tapi macam mana boleh hilang?"
"Kau kecewakan aku Fawwaz!!!", di hadapan katilnya ada Rusyaidi.
"Kecewa? Apa maksud kau?"
"Kesemua pelajar aku ajar, semua berjaya 100% tapi kau orang pertama dalam sejarah aku...mana kuasa yang aku ajar?!!"
"Mana aku tahu... tengok ni dia tak keluar..."
"Kau gagal!!! Mulai hari ini,. Saga akan ajar kau...orang yang tiada bakat dalam kekuasaan tak layak hidup...", Rusyaidi hilang. Fawwaz hanya menelan liur.
TUK! TUK! TUK!, pintu bilik diketuk. Safiy masuk dan ke katil Fawwaz.
"Fawwaz!! Kau selamat!!!", Safiy hampir menangis.
"Okay..."
"Kau ni hebatlah.... setiap orang yang lawan Syakirin pasti tewas, tapi kau hidup, tak cedera parah. Doktor kata tenaga elektrik dekat badan kau hilang macam tu saja dan—"
"Dan apa?"
"Nanti ada kelas tahanan... Cikgu John nak jumpa..."
"Kenapa cikgu John selalu ambil berat tentang kita?"
"Entahlah... biasalah guru penyayang, kau rehatlah dulu..."
TING!, Safiy teleport hilang. Fawwaz kembali tidur.
***********************************
Syakirin rebah di atas lantai gelanggang. Fawwaz berada di hujung gelanggang terkejut.
"Tak mungkin!!! Tu bukan aku!!!"
"Ya..itu ialah kau!!!"
Tiba-tiba, kawasan sekeliling jadi gelap. Kemudian, muncul bandar yang musnah. Dilihat lagi, Saga dicekik oleh seseorang yang memakai sut perisai bermantel hitam. Saga terus mati. Seseorang itu nampak Fawwaz dan bergerak ke arahnya.
"Siapa kau sebenarnya?? Kenapa semua bayangan ni selalu berlaku?!"
"Aku....ialah...KAU!!!"
SRUKK!!, Fawwaz ditikam pada dada.
Bajunya terkoyak dan digunakan untuk mengelap darah. Ada bayangan yang dikenali di hadapannya iaitu...!!
***********************************
"Ahhh!!", Fawwaz bangun daripada tidur. Dia sedar dia berada di dalam biliknya. Dia pergi ke tingkap dan melihat keadaan di luar 'Gelap'. Fawwaz keluar dari bilik dan secara mengejut ditiup angin taufan lalu masuk masuk ke dalam bilik Saga. Saga dan Patrol sudah lama menunggu.
"Hei, nama kau Fawwaz kan?"
WUUUHHH!!, angin memberi tekanan kepada Fawwaz untuk tunduk pada mereka.
"Pengetua telah sahkan bahawa kau ni milik kami!!"
"Tapi, kenapa??"
"Ahhh!!! Jangan banyak soal. Jadi, kami dengar kau tiada kuasa. Kami akan beri satu peluang. Kalau kau nak hidup, tunjukkan kuasa kau!!"
DUSHH!!, Fawwaz disepak dan terlanggar pintu. Saga menghunus kan pedang besar pada tengkuk Fawwaz. Fawwaz terludah darah ke tepi.
"Tunjukkan kuasa kau..."
"Jap...Saga...Sabar sikit...", Patrol berbisik kepada Saga.
Selepas perbualan antara Saga dan Patrol, Saga menyimpan pedang dia semula.
"Dengar sini, kami akan beri kau tempoh. Kau keluar sekarang sebelum aku tukar fikiran.", pintu bilik Saga terbuka.
Fawwaz bergegas keluar dengan segera.
Fawwaz pergi ke tempat yang selalu dia melepak. Fawwaz cuba mengeluarkan kuasanya namun dia gagal lagi.
"Kenapa aku takde kuasa ni?? Hari tu ada jaa, kenapa peristiwa dahulu berulang lagi???"
"Kau malukan aku Fawwaz...", muncul Rusyaidi lagi. Keluar dua akar pokok melilitkan kedua-dua tangan Fawwaz.
"Apa kau merepek ni!! Aku ada kuasa lahh!! Lepaskan aku!!"
"Jangan nak tipu aku. Kau ingat aku tak boleh tengok tenaga dalaman kau. Kau tiada satu pun tenaga dalaman, Fawwaz. Itu sudah menunjukkan bahawa kau tiada kuasa.."
Tiba-tiba, kedua-dua akar itu terbakar jadi abu. Ezral muncul di hadapan Fawwaz dengan mengejut.
"Tak habis-habis lagi dengan perangai kau tu. Biarkan jelah dia hidup. Dia kawan kita."
"Aku ni, Pengetua. Kau jangan sibuklah"
"Sekarang!"
Safiy muncul di sebelah Fawwaz dan mereka berdua teleport me tempat lain.
______________________________________
Pada keesokan harinya, di bilik tahanan. Mr John sudah lama menunggu di meja guru.
"Kenapa Mr John nak jumpa saya?"
"Sila duduk....saya ada perkara nak dibincangkan..."
Fawwaz duduk di atas kerusi di hadapan meja guru. Mr John bermain pen.
"Kenapa cikgu nak jumpa saya?"
"Fawwaz, kamu dah buat masalah besar. Kamu tahukan sesiapa yang tiada kuasa layak dibunuh serta-merta..."
"Saya tahu cikgu, tapi ada tak cara nak menyelesaikan cara ini?"
"Jangan risau.."
Mr John keluarkan satu botol air. Dia berikan kepada Fawwaz.
"Apa ni cikgu?"
"Kalau kamu minum air ni, kuasa kamu akan kembali 100% dan jadi lebih hebat."
"Tapi..."
"Kalau kamu tak mahu, pulangkan semula botol tu..."
"Okey maaf, saya akan minum."
GULP! GULP! GULP!, Fawwaz minum air itu dengan gelojoh. Dia baling botol kosong itu ke dalam tong sampah. Tanpa disedari, Mr John mengukir senyuman sinis.
UHUK!! WARGHH!!, Fawwaz batuk dan muntah darah terpercik ke atas meja. Matanya menjadi kabur.
"Cikgu, apa dah ja—"
DUM!!!, Fawwaz jatuh pitam. Pandangan terakhir Fawwaz ialah Mr John bangun dari tempat duduknya.
***********************************
Fawwaz berjalan di dalam hutan keseorangan. Di hadapannya ternampak sekumpulan pelajar bersama Saga sedang menyeksa seseorang iaitu....
!! Fawwaz terkejut.